Pages

Thursday, May 26, 2011

baby Ammaar Danish sebulan 2 minggu


diam tak diam,baby Ammaar dah sebulan lebih dah..semalam aku dah pun habis pantang..sebenarnya masa hari ke 40 pun aku dah macam dah habis pantang..lagipun mak mentua aku datang minggu lepas,so,aku lah yang kene masak n mengemas semua..kesian mak mentuaku penat..takpe,memang aku nak bagi mak mentua aku datang sini rehat2 aje..

baby Ammaar sekarang ni dah besar sikit...pipi pun dah tembam..tangan kaki semua dah ada isi..aku bagi dia susu formula dan breastfeeding juga..kalau tak bagi BF,nanti abes basah baju aku sebab susu meleleh keluar..

Alhamdulillah,baby Ammaar tak banyak ragam sangat..dia nangis bile dia lapar atau pampers dia basah..memang tak susah jaga dia..cuma papanya la yang kadang-kala hilang sabar kalau dengar si Ammaar ni merengek2 walaupun dah bagi 4 oZ susu..kalau malam si Ammaar ni merengek nak susu,papanya langsung tak bangun..tak sedar katanya..nak tak nak,mamanya juga yang bangun..pujuk dan bagi susu..iskk..kalau mama dah masuk keje,nanti siapa yang nak bangun?'sayang la..'kata dia..amboii...semuanya mama juga yang kena..

dahi baby Ammaar dah semakin sulah..luas sudah dahinya..tak tahu la ikut siapa..takpelah,bijak tu nanti..hehe..time mandi,Ammaar memang suke..dia akan diam aje..seronok mandikan dia..sekarang aku dah pandai mandikan dia..nak harap papanya mandikan,hurmm..tunggu Ammaar besar sikit jawabnya...

InsyaAllah,anak mama,Ammaar Danish akan membesar dengan sempurna dan sihat..mama dan papa akan sentiasa menjaga keperluan Ammaar..mudah2an dah besar nanti akan berjasa dengan orang tua..amin..

Friday, May 6, 2011

Selamat Hari Ibu

2011..tahun ni aku dah bergelar seorang ibu..seronok menjadi ibu ni..feel dia lain sangat..nak2 lagi bile si kecilku merengek2 minta susu dan di belai..apabila menatap matanya,tetiba hadir satu perasaan yang dinamakan kasih yg tak terhingga buatnya..

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana mengurniakan anugerah yang tak ternilai ini..si anak ini menjadi penyambung generasiku..wahai anakku,semoga menjadi seorang anak yang soleh,bijak dan berjasa kepada org tuamu..ibumu ini sampai pening kepala bangun pagi2 bile mendengar kau merengek..risau di gigit nyamuk atau semut atau ape2 ajelah..ibumu ini bersengkang mata sampailah kau lena kembali..betapa sayangnya mama padamu wahai Ammaar Danish.

Selamat Hari Ibu buatku , buat ibuku dan mak mentuaku dan juga ibu2 di luar sana...