Pages

Sunday, March 2, 2014

Short Trip ke Pulau Ketam

lepas cuti raya cina aritu , adik aku ada cakap nak gi Pulau Ketam..aku ingat malas nak join dia so aku gi umah kawan aku kat Pulau Indah jap..masa tu dah jam 3 ptg..tetiba adik aku call tanya aku ada kat mana..pastu dia cakap nak gi Pulau Ketam dengan mak aku..dah ada kat jeti Port Klang dah pun..memandangkan dia berdua je pergi aku fikir mesti tak best kalau berdua je kan..so aku cakap kat adik aku suruh tunggu aku..aku join la sekali walaupun aku tau kat Pulau Ketam tu tak ape pun yang best selain dari seafoodnya..

Aku pun bergegas la balik dari rumah puan Emar kat Pulau Indah..next time la kita borak2 lagi ye Emar..hehe..on the way balik tu, aku call incik suami mintak dia buatkan susu untuk si Ammaar..Incik suami ngan baby Aariz tak ikut sebab incik suami kata dia malas..Lepas ambil susu,terus aku ke jeti Port Klang..cari parking dan beli tiket feri pergi balik.. harga tiket feri yang ber-aircond tu rm7 sehala..feri panjang..si Ammaar tak payah tiket..free..masa naik feri jam 4.15pm..

Perjalanan ke Pulau Ketam ambil masa 30 minit je kalau naik feri panjang ni..kalau feri yang free air tu lama sikit..45 minit..dalam feri tu ada 6 orang je penumpang nya..ramai yang suka naik feri free air..mungkin sebab tiketnya lagi murah kot..

Sepanjang perjalanan tu, ombak takdelah kuat mana pun..sesekali je dilanggar ombak sebab ada feri lain lalu..si Ammaar pulak tido dalam pangkuan adik aku..aku tengok jam..hurmm..bila la nak sampai ni..bukan sebab aku mabuk laut tapi bau cat dalam feri ni kuat sangat..maklumlah raya cina kan..dengan feri2 diorang cat baru..

Dalam 4.45 pm kitorang pun sampai kat jeti Pulau Ketam..ape yang ada kat sana?ermmm...panas ade la..hehe..tak la..kat Pulau Ketam ni adalah satu perkampungan atas air yang mana penduduknya majoritinya adalah kaum Cina..tapi kat Pulau Ketam ni ada Balai Polis..ada Surau..ada Klinik Kesihatan..besar jugaklah klinik nya tu..kebanyakan kedai2 dan hotel ada sediakan perkhidmatan sewa basikal..dari basikal kecik..basikal besar..basikal manual..basikal auto..semua ada..rm 5 untuk sejam..dekat atas jeti tak boleh bawa kenderaan bermotor..tak kira lah basikal yang ada motor tu apatah lagi motosikal..kalau bawa jugak siap sedialah kena saman nanti..
Pulau Ketam sekarang tak macam dulu..masa zaman sekolah2 dulu aku ada jugak pergi trip ke sini..dulu perkampungan diorang ni semuanya kayu je..sekarang jalan dia pun dah bersimen..banyak perubahan dah..


Lepas dah tak de benda nak cari, adik aku ajak makan..aku tanya la sorang peniaga ni..dia cakap kat situ semua restoran halal..takde masak pork..tapi nak rasa selamat boleh la makan dekat restoren sebelah surau tu..ramai pelancong yang islam makan kat situ..so, hanya tinggal sejam je lagi sebelum feri terakhir..adik aku oder sotong goreng tepung dan udang goreng cereal..aku mintak nasi sepinggan..tak lama pas tu,makanan pun sampai..sotong goreng tepung dia memang best...rangup..dan udang goreng cereal tu pun memang sedap..dia macam udang goreng butter jugak tapi yang ni manis lagi..



aku dapat makan sekor udang je..sebab...lidah aku dah rasa gatal dan mulut pun dah rasa kebas..haaa....aku memang ada alergik tak boleh makan udang tak kira lah udang tu fresh ke tak...tapi dah dasar nafsu tak boleh kawal aku bedal jugak lah..hahaha...last2 aku tapau udang tu bawa balik..sepinggan sotong goreng tepung tu rm 25 dan sepinggan udang tu rm30..udang tu mahal sikit sebab udang besar..

lepas adik aku bayar, kitorang pun pergi ke jeti..sampai je kat jeti dah ada feri tunggu dah..apa lagi, kitorang pun terus la naik feri untuk balik..masa balik tu ramai la pulak orang..nasib ada seat lagi..

jam 6.30 pm kitorang pun sampai kat jeti Pelabuhan Klang..maka berakhirlah trip yang amat singkat ni..sekian..