Pages

Tuesday, October 27, 2015

Kasih Mama buat 3 A.D

Semalam..aku mimpi..aku marah2 anak ku yang sulung, Ammaar kerana tak siapkan kerja sekolah..aku baling beg dia..aku betul2 marah..Ammaar cuma pandang aku dengan mata yang sayu..kemudian aku terjaga..aku cari dimana Ammaar…dalam samar2 lampu tidur,aku tak nampak tubuh Ammaar kat katil Queen yang aku dah rapatkan ke katil ku untuk dia dan adiknya (anak no 2 ku), Aariz tidur..maksudnya ada 2 katil size Queen dalam bilik tidurku..Cuma katil dia rendah sikit dari paras tilam ku..aku terpaksa rapatkan kedua2 katil sebab si Aariz kadang2 bangun nak tidur sebantal dengan aku..dulu2 masa baby Aqueel belum lahir,dia yang duk tidur tengah2 antara aku dan incik hasben..now dah ada baby,dia kenalah beralah..

Berbalik pada si Ammaar,dengan mata yang masih terpisat2 tu,aku panjangkan leher tengok ke tepi katilnya..mana tau dia jatuh tergolek ke bawah..tapi takde jugak..yang ada cuma bantal peluk dia je..ehh.aku dah mula risau..mana pulak si Ammaar ni..masa tu aku nampak  sebelah aku macam si Aariz je..sekali aku tengok betul2,rupanya si Ammaar dah tidur tempat si Aariz..tapi, mana pulak si Aariz ni..

Hmmm…syukurlah anak2 aku tak hilang..si Aariz dah betul2 hujung katil..hujung kaki si Ammaar..berbalut dengan kain selimut si Ammaar..dan, aku bangun..betulkan posisi tidur anak2 kesayanganku..aku peluk Ammaar..masa tu Ammaar buka mata..

‘Mama nak betulkan Ammaar..dah tidur ye..’ kataku sambil cium dahi Ammaar..rasa bersalah dari kejadian dalam mimpi tu seolah2 terbawa2 ke alam reality..aku cepat2 istighfar..dan aku sedar,anak aku baru 4 tahun..aku akan cuba untuk tidak berperangai macam seorang ibu yang sengal..biarpun dia tak buat kerja sekolah,aku tak patut baling beg dia..ya Allah..ampunkanlah aku..jauhkanlah aku dari sikap seorang ibu yang takde otak..dan..aku peluk Ammaar dengan lebih erat..Aariz pulak lena je dia tidur walaupun aku betulkan posisi tidurnya..

Aku kemudian bangun dan capai henpon yang aku letak kat birai katil..baru jam 5..dan aku tertidur sehinggalah incik hasben kejut..

‘dah jam 6..bangunlah..’ lantas aku bangun..turun ke bawah,mandi, perah susu untuk bekal baby Aqueel di Taska dan tunaikan solat Subuh..

Untuk anak2 ku, Ammaar, Aariz dan Aqueel..mama kadang2 memang akan jadi hantu..sebab mama tau,mama tak leh control marah mama..tapi mama bersyukur, Allah kurniakan mama sifat keibuan yang mendalam buat kalian..mama tak sanggup tengok kalian sedih..apa yang kalian nak,mama cuba penuhi..tapi tu pun tengok jugak..kena tapis jugak...sebab..kalian kena paham,mama bukan kerja cop duit..hokehhhh..hehehe…luv u all.. 3 A.D..

Wednesday, August 19, 2015

Pengalaman Bersalin buat kali ke 3- 2015

Baby bulan Ramadhan 
Sukur ke hadrat Illahi kerana aku telah selamat melahirkan heroku yang ke -3 ,3 hari sebelum raya Aidilfitri baru ni..sepatutnya aku dijangka bersalin pada 8.7.2015 tapi hero dalam perut ni nampaknya taknak keluar2 lagi,maka doktor bagi tempoh selama seminggu dan jika tak de rasa sakit2 jugak,silalah serahkan diri kat hospital pada 14.7.2015.Sepanjang tempoh menunggu untuk ke tarikh yang doktor bagi tu, hati aku dub dab dub dab..tak senang duduk memikirkan kemungkinan2 yang akan berlaku..sampaikan aku pernah terfikir nak pergi scan hari2 nak tengok keadaan baby ku ni..hari2 aku duk kira gerak baby..risau kalau dia tak aktif..

13.07.2015 (Isnin- hari ke 26 Ramadhan)

Dan,pada hari minggu ke 40 + 5 hari, pagi tu aku tak sedap hati dah..kenapa baby aku kurang gerak..aku fikir mungkin dia tidur..so,lepas hantar anakku yang sulung ke tadika,aku buat kerja rumah,menyapu,mengemop..basuh baju,sidai baju..pun aku rasa gerakannya mahu pun tendangannya sangatlah perlahan..hurmm...aku runsing..mungkin dia lapar sebab aku berpuasa..sepanjang ramadhan kali ni,baru 3 hari aku tak puasa sebab demam dan tak larat..dan hari tu,aku buka puasa dengan air durian belanda..huh..sedapnya rasa masam2 manis..dan aku jamah sikit makanan yang ada serta kurma beberapa biji..jam 11.30 pagi, aku ambil ammaar dari tadika dan singgah mcD beli mc ciken untuk aku dan aiskrim serta set nuget untuk budak berdua ni,ammaar dan aariz..lepas makan,aku duk rehat sambil tunggu kick dari baby..tunggu dan tunggu sampailah jam 3 ptg, aku baru dapat 7 kali gerak je..saaangat lambat dan slow je kick nya..hati bertambah tak sedap lantas aku call incik suami bagitau pergerakan baby slow..incik suami tanya aku ada rasa sakit perut ke ape ke..aku cakap tak..dia minta aku tunggu sementara dia bagitau bos dia yang dia nak balik.oklah..

biasanya,kalau dah jam 3 petang aku dah dapat lebih dari 10 kali gerakan..tapi entah kenapa hari tu memang slow sangat..bila incik suami balik dan lepas solat asar, kami pun gerak ke hospital klang.Hati aku tersangatlah sebak bila terkenangkan Ammaar menangis teresak2 nak ikut aku pergi hospital..adiknya si Aariz tak nangis..ape dia nak kisahkan asalkan makanan ada kat tangannya..

Sampai kat PAC Hospital Klang, lepas daftar dan tukar baju dan kain pink, nurse suruh aku baring kat katil tepi dinding untuk check CTG baby sebab masa daftar aku ada bagitau aku datang sebab pergerakan baby slow..adalah dalam 20 minit aku duk terbaring dan mengiring untuk dapatkan bacaan CTG kemudian ada doktor perempuan cina muda aku kira dia MO (Medical Officer) datang bagitau bacaan CTG ok menandakan ada baby ok.Alhamdulillah..syukurlah..kemudian, dokter tu kata nak check bukaan ataupun VE..masa dia seluk tu punyalah lembutnya dan serius tak sakit pun macam yang aku pernah rasa dulu..mungkin jari-jemarinya kecil kot..'dah buka 1 cm' katanya..ooohhh..tu je aku mampu balas..

'lepas ni kita buat scan ye..nanti masuk ke bilik scan..'katanya sambil tunjuk ke arah 1 bilik di depan aku..aku cuma angguk dan terus masuk dan baring sementara menunggu dokter tu datang.Tak lama tu,dokter tu masuk dengan sorang lagi dokter lelaki cina yang aku rasa dia mungkin HO ataupun dokter pelatih..Dokter cina muda tu buat scan kat perut aku,dan tunjuk jantung baby..

Lepas semuanya dah check,aku diminta duduk kat luar bilik sementara tunggu untuk di hantar ke wad.Masa mula2 daftar tadi nurse dah inform terus masuk wad sebab esok memang aku dah kena admit pun..so terus je duk kat wad katanya..

AKu ditempatkan kat wad 1A katil sebelah tingkap..walaupun sebelah tingkap dan pintu koridor, malam tu aku rasa panas sangat..takde angin langsung..tulah kalau badan dah biasa sangat kena ekon macam tu lah jadinya..menggelupur cari kertas untuk jadikan kipas..sebab dah tak tahan panas sangat,aku call incik suami mintak dia bawa kipas esok pagi..aku tanya icnik suami dia berbuka apa kat rumah mak tadi,katanya dia tak lalu nak makan..bila ditanya,dia kata dia teringatkan aku..hatinya risau sampai tak de selera nak makan...alololo..suwetnya incik suamiku..(padahal mata aku dah berair dah..)

disebabkan tak boleh nak tidur sangat,aku borak2 dengan akak2 sebelah katil aku..akak sebelah katil aku dah 4 hari masuk wad..tanda darah dah keluar banyak dan tanda sakit tu dah ada tapi bukaan masih 4 cm..esok pagi kena induce katanya..bila dengar induce,aku terasa dah sakitnya macam mana..dalam hati aku berdoa..janganlah kena induce..

14.07.2015 -(Selasa, hari ke-27 Ramadhan)

Dalam panas2 tu, tah camana aku boleh tertidur jugak..Jam 3 pagi aku dikejutkan oleh akak nurse yang cantik untuk ambil tekanan darah dan check bacaan denyut jantung baby guna doppler kecil tu..lepas tu, aku bangun untuk ke toilet..hurmm..ada darah..ini ke tanda darah yang orang selalu cakap tu..syukurlah..masanya dah tak lama..bisik hatiku..tapi aku terfikir jugak,mungkin darah ni sebab dokter check bukaan tadi..entahlah..aku tengok akak kat sebelah aku pun dah bangun,bersiap nak buat CTG tapi dia cakap nurse suruh dia makan dulu..nak makan apa,ape pun takde..ada milo je katanya..aku buka laci aku tengok ada roti,dan aku hulurkan roti yang incik suami belikan untuk aku petang tadi kepadanya..takpelah,esok aku suh incik suami belikan yang lain untuk aku..

lepas tu aku sambung tidur balik..jam 5 pagi, sekali lagi nurse datang kejut aku untuk buat CTG pulak..nurse suruh aku makan dulu sebab nak bagi ada tenaga sikit..alamak..makan ape??aku dah bagi roti aku kat akak sebelah tadi..hurm...nasib baik ada kurma yang aku ambil dari rumah mak..jadi aku makan sebiji kurma kemudian minum air masak..

Masa buat CTG tu,mula2 kena terlentang,lepas tu mengiring..sebab baby aku tidur pulak...kesian akak nurse tu kena tekan2 perut aku suh baby bangun..dalam 30 minit, barulah aku boleh balik ke katil,.masa ni aku dah rasa sakit sikit2 contractionnya..aku baring atas katil..konon2 nak tidur..tapi sakitnya makin kuat..aku pun bangun untuk berjalan2 sekitar katil aku..agar cepat jalan dibuka..aku borak2 dengan sorang budak indon yang baru lepas bersalin..dapat anak lelaki..katanya kena bayar deposit rm1200 sebab dia bukan warganegara..bestnya dah bersalin..dah senang dah tak perlu rasa sakit lama2..

Dalam jam 6.30 pagi,aku gi mandi..sebab aku rasa macam dah tak lama je aku nak bersalin dan aku amat berharap air ketuban akan pecah..tapi tak jugak pecah macam yang aku rasa masa bersalin anak no 2 dulu..lepas mandi,aku kena tunggu kat depan bilik pemeriksaan untuk check bukaan..disebabkan doktor bizi plus ramai yang nak kena check bukaan,dalam jam 9 jugaklah baru doktor check..doktor perempuan India yang check bukaanku..baru 3 cm katanya..then, aku ke toilet semula untuk cuci miss V dan tukar pad sebelum balik ke katil.

Tengah rehat2 kat  katil,datang nurse tanya kat aku nak dengar ceramah pasal penyusuan baby ke tak..aku cakap boleh jugak coz aku taknak layan sangat sakit contraction yang dah aku rasa sejak 5 pagi tadi tapi kali ni dah rasa agak kuat sikit sakitnya tapi still boleh tahan..masa dengar ceramah tu,aku tak dapat duduk diam tiap kali contraction datang selang 5 minit..tapi dalam sakit2 tu,dapat jugak aku ilmu tentang cara nak buat bila bengkak susu terjadi dan cara nak urut untuk lancarkan susu keluar..masa ni aku nampak incik suami datang bawa makanan untuk aku..tak lama lepas tu,incik suami pun balik sebab katanya bukan waktu melawat..tapi aku sempat jugak mesej kat dia yang bukaan dah 3 cm..

Balik je ke katil, ada 2 orang doktor sedang check file akak kat sebelah aku..sorang dokter perempuan India yang aku agak dia MO dan sorang lagi dokter lelaki cina,HO mungkin.Lepas check katil sebelah,dokter tu datang kat katil aku..aku duduk sebab tak best pulak kalau dokter datang aku tengah baring..nampak kurangnya kesopanan di situ..melainkan kalau aku betul2 tak larat..masa ni contraction makin kuat dari tadi..sampai aku berkerut2 dan dahi ku berpeluh sambil aku baca doa nabi yunus serta ayat kursi.Kemudian dokter perempuan India tu soal siasat aku..dia  tanya kenapa aku C-Zer dulu..dan tanya aku ada bawa buku tak..of kos lah aku tak bawa buku merah lama tu,dan aku tanya kalau dia nak,aku boleh mintak incik suami bawakan..dia kata takpelah..then,dia diskas ape tah ngan dokter cina tu..tetiba dia cakap ngan aku,nak check bukaan aku sebab dia tengok aku macam sakit sangat sampai berpeluh2..aku kata ok je lah dan aku tunggu dokter tu kat bilik pemeriksaan.

Aku tengok jam dah pukul 10 pagi.Dalam beberapa minit,datang dokter tu..rupa2nya dah buka 5 cm dan dia pecahkan air ketuban.Dokter cakap air ketuban aku dah kaler brown lite..tahla..bahasa mudahnya,baby aku dah berak dan dah makan taiknya sikit..Dokter kemudian besarkan jalan jadi 6 cm..dokter suruh aku cuba teran..aku pun teranlah..tapi takde lah kuat sangat sebab feel nak meneran tu belum ada lagi..Then dokter cakap kat nurse suruh bawa aku kat katil tengah dan check CTG..mungkin masa check CTG nanti bukaan boleh jadi lagi besar..dan aku dengar dokter suruh prepare untuk hantar aku ke labour room..

Aku tak sempat nak mesej incik suami sebab nurse bawa aku terus ke katil tengah dengan wheel chair..kat katil tengah tu aku sorang je yang ada..katil kiri dan kanan takde orang..aku nampak ada 2 orang patient hujung katil aku tengah tengok aku..mungkin diorang rasa ngeri atau takut bila dengar aku mengerang..aku takdelah mengerang kuat sangat tapi diorang masih boleh dengar..Sementara nurse yang aku boleh anggap macam mak2 pasangkan CTG,datang dokter cina tadi ambil darah aku.Aku biarkan aje jarum tu masuk ke tangan aku dan aku berdoa kepada Allah semoga aku dipermudahkan untuk bersalin..nurse tu baik sangat..dia siap cakap,kalau rasa sakit ,panggil je dia..nak teran,teran sikit2..

aku tengok jam, dah pukul 10.15pagi..aku dah rasa contraction yang kuat..aku panggil nurse..nurse tadi tu datang..dia check bukaan baru 7cm..nurse layan aku dengan baik sangat..serius aku rasa selesa dengan nurse tu..10.20 pagi, sekali lagi contraction datang dengan kuatnya..aku teran sikit dan panggil urse tadi..dia datang dan check bukaan sekali lagi..dah 8 cm..waktu ni baru aku teringat,air selusuh 'kelapa dara Anugerah' tertinggal kat dalam laci..dan pada waktu ni,nurse dah tolak stretcher dan suruh aku pindah ke atas stretcher tu.

Aku di bawa ke labour room..syukurlah kali ni nurse yang akan sambut anak aku..dan semua dalam labour room tu perempuan..termakbul doa aku sebelum ni..Dalam masa yang singkat tu,aku dah rasa nak meneran..Ya Allah,aku meneran 7 kali untuk keluarkan kepala baby..disebabkan kepalanya besar,aku terberak sekali..huhuhu..dan aku tanpa sedar dah terangkat punggung sikit..kemudian,aku teruskan meneran untuk keluarkan badan baby pulak..

Alhamdulillah..mulut aku tak berhenti2 mengucapkan syukur kepada Allah kerana aku dah berjaya lahirkan sorang lagi khalifah Allah jam 10.31 pagi seberat 3.5 kg..nurse hanya tunjuk kejap je kat aku dan tanya apa jantinanya..bila aku cakap boy,dia terus bawa baby aku keluar..biasanya dia letak atas badan..tapi disebabkan baby dah makan taik sikit,so nurse nak sedut keluar dan bersihkan baby..dan nurse keluarkan uri dan darah beku..banyak jugak darah aku keluar masa ni..

Aku tak kena gunting..cuma koyak sikit kata nurse tu..walaupun koyak sikit,tetap kena jahit 3 lapisan..wooo..yang ni takde bius..cuma dia spray je..paling sakit masa dia jahit kat kulit..fuhh..gigit kain la jawapnya..aku tak sabar nak abes semua ni..sakit nya cuma aku dan orang yang dah rasa je tau..

Selepas siap semuanya,aku di tolak ke luar labour room..sementara tunggu baby,ada nurse pelatih bawakan aku air milo dan bagi aku minum..aku minum sampai habis dan ucap terima kasih..wahh..baik betul nurse2 ni..

Tak lama lepas tu, nurse panggil nama aku, sebelum dia serahkan baby aku,dia tanya,apa jantina baby aku..aku cakap boy dan check no kat tag tu..Nurse letakkan baby kat sisi aku dan suruh aku susukan baby..masa mula2 aku tengok baby aku,aku lihat pipinya sangat bambam..mata sepet..baby masa tu belum pandai nak menghisap..tapi lama2 dia dah ok..aku nyusukan dia walaupun aku tau mungkin mula2 baby akan penat nak isap sebab susu aku tak keluar lagi..takpe..aku fikir positif je..

Dalam 20 minit lepas tu,nurse datang untuk hantar aku balik ke katil..tapi masa keluar dari labour room,nurse berhenti kat luar pintu panggil incik suamiku..waktu ni aku sedih sikit sebab incik suami takde..aku cakap kat nurse yang incik suami aku belum sampai lagi..sebab aku tak sempat nak inform dia sebelum ke labour room tadi..

sampai kat katil,aku terus capai henpon..kebetulan dia pun call aku bagitau dia dah on the way ke hospital sebab takut takde parking..dia bawakan kipas sekali untuk aku..aku bagitau dia,cepatlah datang,boleh tengok baby bambam dia..ade ke patut dia cakap aku tipu dia..aku cakap yang au dah bersalin,dia masih tak percaya..haihhhh....aku biarkan aje lah sampai dia datang sendiri dan tengok..

Terkejut dia bila nampak baby bambam dia kat tepi katil aku..ape?ingat benda macam ni aku nak memain ke..hadoiilah suamiku..dia angkat dan cium..kemudian dia azan dan qamatkan baby..


'Sedih abang..' katanya tetiba sambil menatap wajah baby..
'kenapa?'tanya aku..
 rupanya dia sedih sebab tak dapat tunggu aku kat luar labour room tadi..alololo..suweetnya..

takpelah sayang..nak buat camane..dia pun tak sangka cepat sangat baby nak keluar..lepas tu,dia turun ke kantin belikan nasi dan air milo panas untuk aku..kemudian dia balik dan janji nak datang petang nanti dengan Ammaar..

Petang tu,dia datang bawa roti dan coklat...haihhh...tepuk dahi aku..last2 dia bawa balik coklat tu..macam2 incik suamiku ni..

Jam 8 malam,nurse bagitau aku boleh balik dah..syukurlah baby semua sihat dan terus aku call incik suami..gembira dia dengar aku dan baby boleh balik..jam 9 malam dia datang,dan setelkan semua bil..Alhamdulillah,segalanya telah dipermudahkan..

Wednesday, May 13, 2015

Hadiah Hari Ibu..

Masa tengah sibuk buat report kat opis ni, tetiba aku teringat tentang hadiah Hari Ibu dari Ammaar Danish..dan, lantas aku buka blog ni untuk ku coretkan sesuatu..

Pagi 10 May tu, Ammaar dan papa Ammaar dah wish Selamat Hari Ibu untuk aku di susuli dengan ciuman di pipi dan dahi..si kecik Aariz tu pun ikut jugak..si kecik tu sekarang ni apa je yang abang dia buat, dia akan follow..haihh..kengkadang terpaksa pegang rotan untuk takut2 kan dia..mujarab jugak rotan ni untuk mereka berdua yang tersangatlah aktifnya..

Dan malam tu, lepas makan bersama, Ammaar sibuk main legonya..Aariz pulak dah tertidur keletihan sebab siang tu papanya buka kolam bagi diorang berendam..Aku tak pandang sangat masa Ammaar main lego tu sebab aku nak tengok berita kat tv..tetiba, Ammaar datang dekat aku..dia bagi sesuatu..
'Nah mama..hadiah hari ibu...' aku pun toleh...hahhahaahha..aku gelak dan terharu jugak waktu tu..
aku ambil dan ucap terima kasih serta aku cium pipi dan kepalanya..
'Terima kasih Ammaar..cantik..tapi kenapa bagi mama kapal terbang ni?' tanyaku sambil membelek kapal terbang yang dia buat dari lego..siap ada tayar bagai...
' ye lah mama..nanti mama boleh jalan2 naik kapal terbang ni....' hehhhehe....


makin bijak si Ammaar..thanks Ammaar..mama akui Ammaar memang kreatif bina apa2 je dari lego.. maksud nama Ammaar pun 'pembina yang baik' kan..memang sesuai dengan diri Ammaar..

Walaupun hanya lego, mama tetap hargai pemberian dari Ammaar..terima kasih sayang..Ammaar memang seorang anak yang baik..yang bijak...cuma kadang2 kenakalan Ammaar boleh buat mama nak jadi hulk hogen okeh...hehe..ok.nak sambung buat kerja..next month audit..k..bai..

Thursday, April 30, 2015

Happy Birthday Ammaar - 4 years old - 12 April 2015

12.4.2011..lahirlah seorang putera yang di namakan Ammaar Danish di dunia dengan kaedah Ceazer jam 7.08minit di Hospital Klang..

Kini 12.4.2015..genaplah umur si putera ini 4 tahun..Alhamdulillah..dengan limpah kurnia dari Allah, mama di beri peluang untuk melihat putera sulung mama ni membesar depan mata mama..walaupun kadangkala kenakalan Ammaar sangat2 menguji kesabaran mama namun kasih sayang mama tetap utuh buatmu wahai si anak...







Untuk sambutan hari jadi Ammaar kali ni, mama dah plan temanya adalah Thomas and Friends..so,mama dah tempah kek dengan JasmeenHomeDelight, dah beli cawan,pinggan,topeng semuanya Thomas and Friends..Semangat mama kau ni haa nak sambut besday anak mama yang hensemm ni..untuk hadiah besdaynya, mama dah beli sebulan yang lepas..keretapi roller coaster..puas mama pujuk Ammaar untuk beli lain kali je tapi Ammaar dah tak makan dek pujuk dah..dia tarik jugak tangan gi kat kedai tu..hurmm...mama masih ingat, Ammaar memujuk mama untuk belikan keretapi tu..Ammaar cakap, kesianlah kat Ammaar..mama,Ammaar takde keretapi tu..dan macam2 lagi yang Ammaar cakap..Ammaar pujuk mama banyak kali sampai hati mama pun cair..dalam dompet mama ngam2 ada rm100..masa tu rasanya mama nak beli barang mama kot kat GM tu..alih2 terbeli pulak keretapi Ammaar yang berharga rm80 tu..hurmm...padahal keretapi thomas and friends Ammaar yang bermacam2 jenis tu sape yang beli?mama jugak..nak mintak papa Ammaar beli, takyah la harap..sebab papa Ammaar akan beli mainan lain yang lebih tahan lama seperti basikal Ammaar tu..beli lego sampai 3 plastik..mainan2 macam tu kalau mintak kat papa Ammaar, mesti papa akan belikan..mainan yang cepat rosak dan jahanam, semuanya mama..keretapi Thomas Ammaar tu kalau mama kira2 dah beratus dah mama laburkan tau..huhu..tapi takpelah, dah memang minat Ammaar ngan Thomas kan..mama akan cuba buat Ammaar gembira menjadi anak mama n papa...

Dan birthday Ammaar kali ni mama sediakan goodies beg untuk semua kanak2 yang ada sambut besday Ammaar..huh..bunyik macam ramai je padahal semua anak buah..hehe..goodies beg lupa pulak nak ambil gambar..tapi dalam beg tu ada belon..ada mercun yang tarik2 tu keluar kertas tu..ape tah namanya...dan ada botol air Big Hero 6 untuk yang lelaki dan yang gegurl botol air Frozen..aku beli kat GM jugak...dapat beli borong rm13 1 biji..

Oklah, mama nak ucapkan..Selamat Hari Jadi buat anak mama ,Ammaar Danish yang ke -4 tahun..semoga Ammaar menjadi anak yang soleh,yang bijak dan berjaya dunia akhirat..mama doakan Ammaar besar nanti jadi seorang doktor pakar ok..Insha Allah..

Thursday, April 16, 2015

Luggage untuk Ammaar

Lepas bawa Aariz jumpa dokter kat klinik Port Klang, aku ajak Ammaar gi GM Klang kejap..semata2 nak cari alat muzik harmonika yang dia duk minta2 dari isnin haritu..sebab abang2 sepupunya ada beli harmonika tu kat melaka so dia pun duk teringin la benda alah tu..maka,dari satu kedai ke satu kedai dia suruh aku tanyakan ada jual ke tak..hurmm...kesian Ammaar...takde satu kedai pun yang jual..tapi takpe, dia dah puas hati dah sebab dapat dengar dari mulut orang kedai sendiri memang takde jual benda tu..tetapi,ianya tak berakhir di situ aje..dia pujuk pulak aku belikan dia benda alah cam kat bawah ni ha..tawar-menawar dapatlah rm15 dengan tanpa bateri..hurmmm...


pastu jalan2 lagi,jumpalah beg luggage thomas and friends ni..dia pegang takmo lepas dah beg tu..tapi aku pujuk tuk cari kat kedai lain dapatlah rm90..tapi jenis yang macam telur ni..aku pikir2 macam kecik pulak beg yang telur ni..nampak macam takleh isi banyak pulak..so aku decide untuk gi tengok yang kedai tadi..beg tu bentuk 4 segi so ada 2 compartment dan nampak besar sikit...tawar punye tawar tokey kedai bagi rm100..huh...melayang sudah $$ ku..punyelah si Ammaar ni suka tak hingat terus dia ajak aku balik..hamboiiii...dah dapat barang dia terus ajak balik...bijak2..

beg macam ni rm90
aku amik beg yang ni..rm100..
balik rumah, Ammaar excited giler tunjuk kat abang2 dan kakak2 sepupunya yang dia ada beg thomas..huhu..kanak2 memang begini kan..dan ada cousinnya ketawa tengok semua barang2 Ammaar adalah Thomas n Friends..dan aku explain kat anak2 buah aku yang Ammaar minat Thomas n friends masa umurnya 2 tahun..bila Ammaar dah minat, maka secara tak langsungnya dah jadi hobi aku jugak mengumpul barang2 yang ada kaitan ngan Thomas..kasut..stokin..baju..seluar..pelampung..baju renang..tuala..beg..mainan tak payah cakaplah..memang dah beratus duit aku abes ngan keretapi thomas je..kek besday pun thomas..siap tempah lagi tu..haiilah anak..semuanya mama buat untuk kamu..

Ok..baju2 nya pun dah siap pack dalam beg Thomas tu..ada 2 bahagian..so 1 bahagian untuk ammaar...dan 1 lagi bahagian aku letak baju2 aariz..cukuplah tu..sekurang2nya takdelah nak kongsi beg dengan aku lagi..hehe...

So,Ammaar hari2 tanya bila nak gi Sarawak..dah tak sabar nampaknya..sabar ye..27.3.15 kita terbang ok!!

Friday, March 13, 2015

Terbaik Bagimu..

Lagu ni ku tujukan khas buat dia..


Tajuk Lagu: Terbaik Bagimu
Artis/Penyanyi: Dato Siti Nurhaliza
Rasaku kamu ada
Di setiap sedih juga senangku
Rasanya kamu sudah
Menjadi bintang terang hidupku
Masih kurang rasaku
Mencintai hatimu
Ingin aku jadi terbaik bagimu
Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu
Dengan tenang
Rasaku, kamu ada
Di saat senyum juga tangisku
Rasanya, kamu sudah
Jadi yang terbaik bagi aku
Masih kurang rasaku
Mencintai hatimu
Ingin aku jadi terbaik bagimu
Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu ooh.. oh..
Masih kurang rasaku
Mencintai hatimu
Ingin aku jadi terbaik bagimu
Masih kurangkah aku
Menyayangi hatimu
Mahu aku mengganti setiap sukarmu
Dengan tenang
Masih kurang rasaku
Mencintai hatimu
Ingin aku jadi terbaik bagimu
Dengan tenang

Tuesday, February 17, 2015

Interview Govt...Putrajaya..

Assalamualaikum.

hari ni aku nak share sikit pasal intebiu aku ngan gomen untuk post penolong jurutera gred JA29 under Kementerian Kesihatan Malaysia..Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar ..

Kalau ikut surat panggilan intebiu tu, masa intebiu aku start kul 10 pagi..tapi sebab aku sampai awal, maka dia panggil la awal..dub dab dub dab jantung aku sebab aku memang takde prepare sangat melainkan aku hafal nama menteri kesihatan dan timbalannya aje..objektif ke..misi / visi aku start hafal masa kat depan pintu bilik temuduga...hahahha...aku cuma mengharapkan yang aku masih ingat tentang asas elektronik dan alat2 perubatan yang aku pernah belajar dulu..

Masa tunggu no aku di panggil, aku borak2 ngan budak sebelah..jauh dia datang..dari perlis..sebelum ni dia dah keje jadi pembantu makmal kat sekolah..so memang under gomen jugalah..borak2 ngan dia maka aku tau lah yang dia dulu ambil course elektronik jugak kat poli perlis.rata2 aku tanya budak2 yang datang intebiu tu,diorang muda dari aku dan amik course elektronik..so aku sorang je lah di kalangan budak2 yang aku tanya tu yang amik course medical electronic..tengah sembang2, tetiba pintu depan aku dibuka orang..oohhhh my...lepas ni turn aku...tak lama pastu, no aku pun muncul..Bismillahirrahmannirrahim..

aku pun masuk perlahan2..bagi salam kat 2 orang panel intebiu...

lepas kenalkan diri, dia tanya aku pasal apa cgpa aku masa kat usm jatuh..kat poli siap dapat anugerah ketua jabatan ngan senarai ketua jabatan lagi...hahaha.ni aku dah agak orang akan tanya kenapa..jawapannya sebab masa kat usm aku banyak memain..tak fokus..malas..haaa..tu la makan dia...

then,dia tanya pasal gaji sekarang ngan gaji utk jawatan yang aku mohon skrg..aku cakap aku tak nyesal kalau gaji aku banyak turun..sebab aku bukan nak bayar hutang macam2..aku bayar kerete aje..so,masih ada lagi simpanan untuk aku...ecehhh...padahalllll...

pastu,baru dia masuk bab medical equipment...apa yang aku tau..yang ni memang aku dah agak akan dia tanya..nasib la aku baca balik buku report training aku masa kat Selangor Medical Center dulu..so dapatlah aku jawab dengan baiknya..cara2 macam mana nak selenggara medical equipment tu..haaa..hambik kau membuat ayat terbaik punye..

dah puas dia tanya pasal medical equipment, dia tanya pulak pasal camne kalau aku sorang je wakil technical kat tempat tu..aku cakap takde masalah..sebab sekarang ni aku kerja pun kalau berkaitan dengan masalah reject sebelum dan selepas sesuatu barang tu siap,aku lah yang kena cari punca dan cara nak selesaikannya,kalau aku tak tau pun aku akan diskas dengan suami aku untuk tanya pendapat dia memandangkan suami aku pun dalam bidang electrical engineering..hahhaha..main belasah aje lah labu..

ok,dia tanya lagi..macam mana kalau aku kena panggil buat calibration malam2..atau weekend...ohh... dengan yakinnya aku jawab, boleh encik..memandangkan aku dulu pernah keje kat kilang getah dan aku merupakan orang penting dalam kerja2 meng-calibrate2 ni,aku memang biasa dipanggil dan standby untuk dipanggil bila2 masa jika diperlukan..yup..masa tu aku dah berkahwin dan ada seorang anak kecil...hehehe..

soalan lain..andai kata awak ditempatkan di tempat yang jalannya kena naik 4WD je..lepas tu kena naik bot seberang sungai,macam mana?hehehhe....aku cakap, encik,kampung suami saya pun macam tu encik..jauh kedalam..jalan batu2 merah encik..mandi air sungai..tu takde masalah encik..tapiiii...kalau naik bot, saya takut encik..kena ada life jacket sebab saya memang takut air yang dalam2 ni..hahahhahaa....

diorang dah senyum2..hahahaa...lepas tu diorang suh aku speaking..free topic..ermmm..aku pun pikir..nak cite ape ni ye..cite pasal myself ajelah..kali ni aku citer pasal kerja aku lepas abes degree dulu..so in english,aku speaking london lah..citer pasal lepas degree aku keje kat kilang buat barang automotive,dari supervisor naik ke executive sebab performance cantik..pastu aku keje kat kampeni medical sebagai specialist untuk mesin katarak..aku kena attend dokter buat operation sebab kalau ada masalah dokter leh trus tanya aku..dan untuk post ni aku kena gi training seminggu kat singapore...haaa....minat diorang nih dengar aku speaking london..

ok..then dia tanya aku pasal banjir kat pantai timur awal tahun haritu..kalau aku kena keaadan macam tu apa komen aku..woooo..aku cakap , aku memang nak membantu dari segi tenaga..aku akan membantu mereka2 selagi terdaya..ecehhh...

hurmm...banyak soalan yang melibatkan diri kita sendiri..diorang nak tengok sikap kita..dan cara kita ni macam mana..contohnya dia ada tanya aku jugak, kalau masa dalam meeting, bos aku ada cakap sesuatu yang salah,so macam mana aku nak tegur bos aku tu..aku jawab, aku bagi bos aku habis cakap dulu,dan bila dia buka tanya pendapat,masa tu aku akan nyatakan yang fakta yang bos aku cakap tu macam tak berapa betul sikit.untuk elakkan sebarang masalah atau kesilapan,sebenarnya fakta itu macam ni..serius aku cakap, aku memang akan tegur bos aku kalau pendapat dan kata2nya tak betul.sebab aku memang tak suka buat kerja yang merugikan masa aku...ewaahhh...tapi sebelum aku tegur bos aku, aku kena ada bukti dan keyakinan sebab orang2 atasan ni kalau nak dengar cakap orang bawahan dia, kita kena cakap dengan yakin..huhuhu..kalau ada bukti yang cukup,memang aku yakin je menjawab..hehehe...

Dan akhir sekali,sebagai penutup interview, panel dari KKM ucapkan terima kasih bebanyak sebab sudi hadir interview dan kalau berjaya, kita akan berjumpa di Kementerian Kesihatan nanti..huhuhu...InshaAllah..

Dan Alhamdulillah,aku dapat jawab segala macam soalan mereka ni dengan hati yang puas..kalau ada rezeki,dapatlah aku post ni..tapi kalau tak dapat, tak apa..rezeki Allah ada di mana2 saja..Semoga Allah meluaskan lagi rezekiku..aminnn...




Wednesday, February 4, 2015

Black out di kilang..

assalamualaikum..

aku cuma nak cerita..baru kejap tadi kat kilang aku berlaku black out..bilik production yang aku duduk tadi letaknya kat belakang sekali..department baru..sekali tetiba blackout pulak..gelap gelita di buatnya..dahlah kasut aku sebelah hilang..kawan aku pulak hilang punch card..meraba2 kitorang mencari tadi..aku keluar dari department pun takde kasut sebelah..hahaha..moral of the story :.jangan tanggal kasut masa bekerja..hehehe..

dalam keadaan kelam kabut tadi aku cakap dengan kuat kat budak yang duk dekat dengan pintu keluar supaya buka pintu dulu..sebab after 5 minute, segala mak bapak pintu yang guna tag akan tertutup secara automatik..haaa..masa tu kalau ada kebakaran ke ape ke, memang rentung dah la sementara nak buka pintu besi tu secara manual..yup..kilang aku punye stail semua pintu department memang macam tu..malah kalau nak masuk ke production pun kena lalu 3 pintu kaca yang semuanya kena pakai punch card..

tak lama lepas tu, dah ada letrik balik..Alhamduliillah..memandangkan aku tengah pregnant so kena berhati2 kalau berlaku black out ni..silap2 boleh terlanggar mesin..kerusi..meja..hurmm...wahai incik bos aku, walaupun ni department baru, tolonglah percepatkan sikit pasang lampu emergency tu..tak pun pasanglah line yang glow in the dark tu..bahaya tau tak!!heh...

ok..tu aje..aku nak siap kemas2 beg..nak balik koje..nak ambil hero2 kesayangan ku kat taska pulak..ok..bai..

Sunday, January 11, 2015

Kisah Tasik Biru..

Tasik Biru..
lama sudah aku tak mendengarnya..
tiba-tiba..
Tasik Biru muncul lagi..
mengingatkan aku pada seseorang..
yang menulis tentang kisah Tasik Biru..

Suatu ketika dulu..
aku mengikuti ceritanya..
mengenali tentang Tasik Biru..
dari setiap coretannya..
dan kata-katanya..

Tapi kini..
tiada lagi ku ikuti kisah si Tasik Biru..
dan si penulisnya..
sepertinya tiada ruang..
untuk bercerita tentang Tasik Biru..

Tasik Biru..
andai masa mengizinkan..
ingin sekali ku temui mu..
wahai si Tasik Biru..

-sekian-