Pages

Friday, October 5, 2018

Pengalaman keguguran..untuk pertama kalinya..

Ini pengalaman pertama aku lalui proses keguguran..post sebelum ni aku ada ceritakan perasaan aku bila tau aku telah keguguran..ku coretkan di sini agar ia menjadi kenangan supaya kelak boleh aku ingat kembali apa yang aku rasakan kini..



28 Sept 2018, Jumaat ( Hari ke-9 selepas tau aku telah miscariage)

Lepas balik dari hospital minggu lepas, aku mengalami bleeding setiap hari..tapi bleeding tu tak banyak..cuma sikit-sikit dan keluar sekali dengan darah beku sikit..darah yang keluar (dekat pad) pula bewarna coklat gelap..tapi sejak 2-3 hari yang lalu (selasa-khamis), darahnya sudah bertukar menjadi warna terang (fresh blood) dan kuantiti yang keluar nampak banyak sikit tapi still tak penuh pun 1 pad.. minggu tu aku kerja dari rumah sebab bos aku takut apa2 jadi kalau aku berada di ofis..

Aku pendamkan kegusaran aku..tapi akhirnya aku tak mampu nak pendam lagi..khamis,aku whatssap adik aku yang doktor O&G tu..aku tanyakan dia tentang darah yang keluar tapi masih tak full 1 pad..katanya takpe..belum lagi tu..nanti kalau ada rasa sakit dan keluar darah banyak,terus ke hospital..ok,legalah sikit dia cakap macam tu..

Dan Jumaat, aku hantar anak aku yang sulung pergi ke sekolah..dan berjanji akan ambil dia balik sekolah nanti..petang tu, lepas ambil dia, aku singgah ke pasaraya kejap..konon nak belikan dia perfume pocket Dashing tu..tapi tak ada pula..so, aku janji nak pergi Tesco malam nanti..

Sampai kat rumah, aku berbual2 kejap dengan jiran depan rumah dan tak lama kemudian aku masuk ke rumah..sementara tunggu anak2 aku mandi ( 3 AD mandi sekali ), aku buka laptop kejap..tiba2, aku rasa macam darah keluar..bila aku bangun, lagi banyak darah keluar..waktu tu jam 7.30malam..kemudian aku duduk balik..sebab masa tu aku dah cuak..aku tutup laptop dan ambil tuala.Aku panggil anak2 aku keluar dari bilik air..anak aku yang sulung keluar dulu..

'Kenapa mama?' tanya dia..
'Mama rasa darah keluar banyak..mama nak pergi bilik air atas..Ammaar suruh adik2 keluar dan pakai baju..cepat ye..' arah aku..dan kemudian aku dengar dia dah panggil adik2 dia keluar..

Aku terus ke bilik air atas..aku bawa sekali 2 pad..masa tu perut tetiba rasa nak membuang..aku risau sebab hari sebelumnya aku mengalami cirit-birit..sepanjang ke bilik air tu, darah memang asyik keluar aje..elok je sampai bilik air, aku tengok pad dah penuh setengah..belum sempat aku duduk,darah dah meleleh2 kat kaki..elok je aku duduk, darah keluar sekali dengan seketul darah beku..kemudian darah keluar lagi macam air..bau darah dan darah yang banyak buat aku hampir pitam..aku hampir menangis dan berdoa agar darah cepat berhenti..dan tak lama tu darah berhenti sekejap..cepat2 aku basuh dan pakai pad..siap basuh semua, aku turun ke bawah dan capai handphone..jam dah pukul 7.50 malam.Aku terus call kakak aku minta dia hantar aku ke hospital..tanpa banyak tanya, kakak aku kata ok..mujurlah rumah dia pun dekat aje dalam taman rumah aku jugak..

Sementara kakak aku datang, aku pun siap2 pakai tudung..beg semua dah ready sejak aku tau aku keguguran minggu lepas.Tengah siap2, mak aku datang panggil anak2 aku suruh pergi ke rumahnya ..rumah mak aku ni sebelah rumah aku je..anak2 aku dah mengekor aku je..nak ikut..terutamanya yang no 2..si ayish..dah nangis2..yang sulung diam aje..yang no 3 si Aqueel dah ikut aku sampai ke kereta..dia kata 'aqueel nak duduk dalam kereta aje..' akhirnya mereka masuk juga ke rumah neneknya selepas dipujuk oleh kakak aku dan mak aku..

On the way ke hospital, aku sempat call adik ipar aku ( dia doktor juga) yang aku nak pergi hospital. Dia pun terkejut dan cakap akan bagitau adik aku..sebab sebelum call dia,aku ada call adik aku tapi tak bersambut. Tak lama tu, adik aku wasap minta tunjuk gambar ketulan yang keluar tu.Oh ya, adik aku dah pesan, kena bawa ketulan yang keluar tu untuk tunjuk kat doktor nanti.Aku dah siap bungkus dalam tisu dah..huhu..so aku ambik jugaklah gambar ketulan tu.Dia kata kantung tu belum keluar lagi.Dan aku borak2 dengan kakak aku sampai tiba kat hospital jam 8.30malam.Aku minta kakak aku hantar aku terus ke PAC hospital.Elok je aku keluar kereta, tetiba aku rasa ada sesuatu nak keluar dari bawah..dan terasa darah keluar dengan banyak..aku terus tekan kain aku..aku mula jalan perlahan2 ke arah PAC sambil sebelah tangan pegang buku pink.Makcik guard nampak aku terus dia pimpin aku masuk ke dalam..

Tak sempat duduk, nurse terus suruh aku duduk di katil dekat PAC tu, suruh tukar kain dan tukar pad kat katil tu jugak..dia bagi aku pad yang hospital tu dan juga kain warna pink..aku cakap ada sumting dah keluar..nurse tu kata tak apa..buka aja.kalau jatuh ke lantai pun tak apa..nanti diorang ambil..aku pun tukarlah kain dan salin pad dengan berhati2..aku nampak ada seketul besar ketulan darah yang kat pad aku..seluar dalam pulak dah kena darah..kemudian aku tunjuk dekat nurse tu..dia kata 'ohh..ni darah beku..dia dah nak keluar tu..awak baring dulu nanti doktor datang check..' kata nurse tu sambil dia balut pad yang ada seketul darah beku dan seluar dalam tu dengan kain batik aku..dia letak kat tepi katil hujung kaki sebab nanti doktor akan tengok..

Dan aku pun baring lah..tapi hati aku tersangatlah berdebar-debar..aku takut..kemudian nurse lain datang ambil tekanan darah aku..nurse tu tanya, aku ok ke tak..aku cakap aku takut..berdebar-debar..gemuruh..semua adalah..nurse tu suruh aku rilex..dia nak ambil tekanan darah..1st tekanan darah aku tinggi..nurse minta aku rilex lagi...dia ambil lagi sekali tekanan darah..baru ok..aku terlalu takut..cuak..sampai tekanan darah kena ambil 2 kali..

lepas tu, aku dibiarkan berehat kat katil..aku baring..mata tak boleh pejam..aku baca selawat.. istighfar..zikir..doa nabi yunus...al Fatihah..ayat kursi,,semua aku baca..barulah rasa takut tu reda sikit..tak lama tu, doktor pun datang kat aku..doktor cina,perempuan..lembut sangat suaranya..macam adik ipar aku lembutnya..tenang rasa hati aku..dia soal aku untuk ambil details..dia kata macam pernah tengok aku..yelah doktor..kan minggu lepas saya jumpa doktor..barulah dia ingat aku..lepas dia tengok ketulan semua, dia cakap dengan aku nak scan..dia tunjuk kat aku 'mulut itik' yang akan digunakan nanti..

Aku bangun untuk masuk ke dalam bilik scan..ada seorang doktor perempuan..aku agak dia MO..medical officer...dan doktor cina tadi mungkin HO (pelatih)..doktor MO pun terangkan kat aku apa yang nak dia buat..dia nak scan ikut bawah..sebab nak tengok kantung masih ada lagi atau tak kat dalam rahim ni..mula2 dia guna mulut itik tu untuk check bukaan rahim..masa mulut itik tu masuk, aku tarik nafas dan tak angkat punggung serta rilex..itu tips dari adik aku..dia pesan macam tu untuk kurangkan rasa sakit..Alhamdulillah memang tak sakit..lepas tu dia masukkan pulak alat scan tu yang berbentuk panjang..rasa senak..kaki aku menggigil2 masa tu..takut..

Doktor MO tu cakap kantung aku masih ada dalam rahim..masih tebal..dia tak berani nak tarik keluar sebab aku ada kesan parut czer..sebab risikonya silap2 akan berlaku pendarahan yang tak diingini..so, dia akan bagi aku ubat untuk kantung tu keluar sendiri..ubat tu akan di cucuk di punggung..macam cucuk ubat perancang yang kat punggung tu..kalau kantung tak keluar juga, aku kena masuk OT untuk emergency cuci (D&C)..aduhai..aku berdoa mudah2an dia keluar sendiri..dia tanya aku bila last aku makan..sebab aku kena start puasa..aku kata last aku makan dalam jam 7 malam..

Lepas aku keluar dari bilik scan tu, aku bagitau nurse yang aku nak ke bilik air untuk basuh,pakai pad dan tukar kain..selesai urusan dalam bilik air, akupun balik ke katil aku..Tak lama tu, doktor cina tu datang tanya aku ada sakit jantung ke tak..ada alahan ke..sebab kejap lagi diorang nak bagi aku ubat punggung tu..sebelum tu, aku kena ambil darah dulu..dalam 5 minit lepas tu, jam 10.50 malam, nurse pun datang bawa ubat..sekali lagi nurse tanya aku, ada sakit jantung ke..penyakit apa2 ke..aku kata tak ada..dan, ubat tu pun selamat dah masuk ke punggung aku...dan nurse pasang drip air..

Doktor MO datang kat aku..dia tanya kalau2 aku ada rasa cramp dekat perut atau rasa macam nak buang air..aku kata tak ada lagi buat masa ni..dan doktor MO tu pesan, kalau ada rasa sakit bagitau dia atau nak pergi bilik air, buang air ke,jangan buang air kat bowl tu..dia suruh buang je kat lantai..sebab takut kantung tu jatuh ke dalam bowl tu..kalau tak larat, minta nurse temankan..

sejak ubat tu masuk, 10 minit lepas tu aku dah rasa sakit2 pinggang..lenguh2 kaki..masa ni aku sedih sangat..sebab aku harap suami aku ada di sisi..walaupun takde kat tepi katil aku pun, setidak2nya aku tau dia ada kat luar bilik tu tunggu aku..tapi..suami aku tak ada..dia masih di Belgium..dia wasap aku minta maaf sebab dia tak ada wakyu aku kat hospital ni..aku pun minta maaf juga kat dia..dalam waktu yang sama, aku kesian kat kakak aku..dia dah tunggu aku dari 8.30malam lagi..

Doktor MO tu kata, lepas ubat tu diberikan, dalam masa sejam kalau kantung tu tak keluar, aku kena proceed untuk di hantar ke wad..dan tunggu bilik OT kosong baru aku kena cuci..memang kena buat pagi tu jugak..Ya Allah.. aku berdoa dan berharap sangat dia keluar..

11.45malam..Doktor MO tu tanya aku lagi..ada rasa sakit tak..aku kata tak ada..aku bagitau yang aku sakit pinggang dan lenguh2 kaki aje..dan doktor tu suruh aku masuk bilik untuk scan balik..aku bagitau doktor tu yang aku nak pergi bilik air dulu nak cuci dan tukar pad sebab aku rasa ada darah keluar selepas 10 minit masuk ubat punggung tu..doktor tu ok je..

aku pun cubalah bangun dari baring..elok aje aku bangun,aku rasa ada benda keluar..aku pun tengok..aku nampak kantung tu keluar..bentuknya bulat..warna putih..dalam warna putih tu ada seketul warna gelap..aku panggil doktor dan nurse..diorang datang check..doktor sahkan memang kantung..Alhamdulillah..aku syukur sangat2..doktor suruh masuk untuk scan..


Doktor scan lagi..kali ni aku dah tak menggigil..tapi senak masih ada sebab doktor scan ke kiri ke kanan..Alhamdulillah..doktor kata dah keluar semua..rahim dah kosong..lepas tu dia scan atas perut pula nak double confirm..syukur ya ALLAH...dan doktor kata boleh discaj setengah jam lepas ni..Alhamdulillah..Alhamdulillah..lepas bersihkan darah semua dan tukar kain, doktor suruh tunggu sebab diorang nak prepare surat untuk discaj..Kakak aku tolong bayarkan dan ambilkan ubat..bayaran cuma Rm1 je..sementara tunggu kakak aku bayar, nurse datang keluarkan jarum kat tangan aku..

Syukurlah..semuanya telah dipermudahkan..tapi kantung tu diorang ambil nak hantar ke makmal untuk buat kajian kenapa ia tak membesar..sempat juga aku ambil gambar nak tunjuk kat incik suamiku..sekarang, aku tengah berpantang..aku dapat MC 7 hari sebab dia keluar complete..kalau kena cuci atau D&C, MC 2 minggu..

Dalam takut2 dan sedih, akhirnya aku telah lalui pengalaman ni sendiri..walau tanpa suami aku di sisi, tapi ALLAH telah permudahkan segalanya..berkat doa mak..suami dan keluarga aku serta kawan2 yang mendoakan..terima kasih semuanya..lepas ni kena rehat 6 bulan dulu baru boleh plan untuk next baby pula..itupun kalau ada rezeki..InshaAllah..





Wednesday, September 19, 2018

Kehilangan yang sangat dirasai..

Hari ni..19 Sept 2018, Rabu..

Seperti mendungnya cuaca di luar, begitulah mendungnya jiwa ini..

Hari ini, aku telah dikhabarkan oleh doktor yang scan di PAC, bahawa aku telah keguguran..missed miscarriage...aku keguguran sewaktu aku sedang hamil 10 minggu..bermakna 2 bulan lebih aku telah mengalami mabuk dan loya..tetapi pengakhirannya begini..ya..aku tau, ini semua kerja Allah..Allah lebih tau apa yang  terbaik untukku..aku redha dengan ketentuan-Nya.

Tetapi..sekuat mana pun aku untuk cuba terima takdir ini, air mata masih juga menitis..menangis bukan kerana aku tak redha , tetapi menangis agar emosi aku menjadi sedikit reda..lega..kerana suamiku masih di sisi..menemaniku ke PAC hospital dan menunggu hingga selesai dapat tarikh untuk D&C..di capai tanganku dan digenggam erat..

"sabarlah sayang..bukan rezeki kita kali ni..Allah dah tentukan takdirnya.."

Air mata kembali menitis..cepat2 aku lap sebab malu orang tengok..

Kisahnya begini..Ahad lepas, aku pergi ke rumah adik aku di Cheras..masa aku buang air kecil, aku nampak ada darah sikit dalam bowl tandas tu.. macam bertali..tapi kecil aje..lepas sejam, aku buang air lagi tapi tak ada pun darah tu..so lepas tu dah tak de dah la..hinggalah semalam..sebelum aku balik keje, aku buang air dulu dekat toilet opis..aku nampak ada darah sikit di bowl..hati dah tak sedap..masuk je kereta, aku terus call incik suami..dia pun dah risau..petang tu aku singgah klinik dekat dengan rumah, plan nak scan sekali,tapi ada doktor lelaki je..terus tak jadi..so,aku plan nak ke klinik depan taman aku esok pagi..sebab ada doktor perempuan..lagipun aku pun biasa dah dengan doktor tu..malamnya aku wasap adik aku yang doktor O&G, tapi dia tak reply..takpelah,mungkin dia sibuk sebab dia dah nak exam final year untuk jadi Pakar O&G.

Dan hari ni, aku bangun siap2 nak gi klinik yang aku dah plan tu..jumpa doktor tu, aku bagitau ada darah sikit..terus dia kata nak buat scan..dan, masa scan ni lah doktor tu bagitau kerisauan dia..size kantung tak berubah..sama macam size masa scan 3 minggu lepas..dan dia tak nampak apa2 dalam kantung..masa ni jantung macam terhenti sekejap..hati dah sebak..tapi doktor yang baik tu pujuk..dia minta aku terus ke hospital..dia buatkan surat semua..

sementara surat siap, aku terus call incik suami..suara dah tersekat2..nak citer kat dia pun tak boleh..tapi nasib dia paham..dia masa tu dah on the way pergi kerja..dia patah balik ke rumah dan tunggu aku kat rumah.

aku sampai rumah, dia datang kat aku..cuba pujuk aku..aku dah sebak lagi..kemudian, kami siap2 untuk terus ke hospital..buku pink,kain batik semua aku bawa masuk dalam beg tangan..anak2 aku yang 3 orang tu dah sibuk nak ikut..bila papanya kata papa janji balik rumah balik, baru diorang ok..

Sampai hospital, aku terus ke PAC..nurse tanya kenapa..aku pun bagi surat doktor yang bersampul siap lekat kat nurse..pastu aku dah dengar dia kata misscariage..nurse suruh tukar kain  untuk prepare nak buat vaginal scan..atau scan dari bawah untuk nampak lagi jelas keadaan dalam rahim..

2 doktor perempuan yang check..sorang doktor tu yang scan..aku agak Doktor MO dan sorang lagi tu Doktor housemen..dia masukkan probe scan tu ke bawah..takdelah sakit pun..mungkin sebab aku rilex kan dan bersedia.. lepas tu dia dah scan, dia tunjuk kat aku..dia kata dalam kantung kosong..dan kantung pula dah tak cantik..aku nampak dah berlekuk..tak bulat..

kemudian, dia jelaskan ada 2 option untuk aku pilih..option pertama, tunggu sampai dia keluar sendiri..dan nanti terus ke hospital untuk cuci sikit..option ke 2..D&C..cuci lah..kena masuk ward..

so,aku pilih option pertama..sebab incik suami nak pergi Belgium ahad ni..2 minggu atas urusan kerja...nasib doktor faham..so dia bagi juga date untuk masuk wad 3 minggu lagi..sehari selepas incik suami balik dari Belgium, esoknya aku dah kena masuk wad..

Doktor bagi MC 3 hari..so minggu ni aku rest je kat rumah..jika ada bleeding yang banyak,kena terus ke hospital..aku harap2 biarlah dia turun sendiri dan lepas incik suami balik..

"Nanti awak jangan tak datang ye tarikh tu.." nurse tu ingatkan aku..ye..nurse..nanti saya datang..ermm..baik2 nurse kat situ..ikut ajelah arahan diorang..so takdelah diorang nak marah2 kita..kalau ngengada tu memang selalu mendapatlah..

Dalam kereta, aku call mak bagitau apa yang terjadi..aku sebak lagi..

"Mak..takde rezeki lah kali ni.."

Incik suami pujuk lagi dan terus memberi kata2 positif..ya..aku yakin, ada hikmah untuk semua ujian yang Allah berikan..

Sampai rumah, aku baring..dan aku panggill ketiga-tiga hero aku..Ammaar, Aariz..Aqueel..

" sayang2 semua..ni mama nak cakap sikit..adik baby dalam perut mama dah takde ye.." 

Dan masing2 kata "haaa??alaaa..kenapa.."

Aariz kata " Tadi mama pergi hospital,doktor dah cucuk mama lepas tu doktor ambil baby sebab baby comel ye? " tergelak aku..aku peluk aariz..si abang ngah ni perasaan dia lembut..seolah2 memahami..
si abang nya pulak sedih juga..tapi muka macam takde perasaan..yang si kecil pula,Aqueel..terus tarik baju nak tengok perut aku..alahai sayang2 ku...aku bersyukur kerana telah di beri rezeki 3 anak lelaki yang banyak akal ni..

Sekarang.. Allah sedang menguji aku dan inck suami..di saat incik suami nak pergi tinggalkan aku dan anak2 buat sementara ni, Allah turunkan ujian..aku berdoa semoga sepanjang ketiadaan incik suamiku nanti, tiada apa2 perkara yang merunsingkan terjadi..

Demi Allah, aku rasa sangat sedih..sampai incik suami ajak keluar..dia kata dia  tak sanggup tengok aku asyik menangis aje..

sekarang...aku tak lagi rasa loya..ia seolah2 memberi hint bahawa aku tidak lagi mengandung buat masa ini..kalau tidak, rasa loya dan nak muntah serta badan yang super letih akan aku rasa bila petang menjelma..

Semoga aku dikuatkan semangat untuk lalui semu ni..apa yang aku risau adalah masa D&C nanti..takutnyaaaa....

Sunday, December 17, 2017

Proposal Final Year Project (Msc)

Sejak 2 hari ni aku stress betul..stress dengan proposal final year project untuk Master course ni..tu lah..buat last minute kan..padan lah muka..huhu..

Untuk final year projek ni Supervisor aku Dr. T dah bagi tajuk awal2..cuma aku tak ada masa nak study pasal antena aku nih..sejak aku pindah keje ni, susah tul nak curi2 masa nak studi..keje tak habis2..dulu2 masa keje kampeni lama, banyak je masa free..tapi sekarang..hurmm..datang keje pagi,petang balik..pastu rushing nak ambil anak2 kat taska..pastu masak..(tu kalau rajin..kalau malas, beli lauk je dari kantin,balik umah masak nasi)..sabtu ahad alternate ada kelas..kalau takde kelas, tentu ada hal nak gi kenduri tu lah..inilah..huhu..aku pun tak tau lah camana aku boleh sampai ke semester 4 sekarang ni..sem depan dah final year..

Ni dari pagi tadi aku hadap laptop..buat Literature review..minimum 20 reference..sekarang baru ada 16..adooiii..letih lah..tapi nasib baik incik hubby tolong sikit buatkan proposal..Semalam aku rasa macam nak nangis kot..sebab aku tak dapat nak buat Problem statement dan objective untuk proposal aku..aku blurrr....aku wasap Dr. T kata aku nak jumpa..tapi Dr T kata jumpa isnin sebab dia tengah tengok student dia buat presentation..balik rumah, aku tension..aku susah hati.incik hubby tanya kenapa..aku jawap..'PROPOSAL tak buat lagi..tolonglah...!!' huhuhuhu...

Lepas makan..dia buka laptop..dia baca jurnal..lepas tu dia terangkan apa yang perlu aku buat...ok..aku dah nampak sikit..so aku terangkan balik apa yang aku fikir..memandangkan antena aku ni untuk WiMAX application, aku nak try buat antena untuk range 3.5GHz - 5GHz..aku ubah parameter jurnal yang sebelum ni..aku design antena..buat patch array..pastu simulate guna software CST..jurnal sebelum ni antena untuk Wi-Fi..range 2.4GHz..lepas dah ada idea tu, aku buat draft untuk problem statement,objective dengan scope of study..pastu aku wasap kat supervisor aku (Dr. T)..bagi dia tengok dulu..nanti jumpa dia, baru diskas balik..sekurang2nya aku ada benda lah nak tunjuk kat dia nanti..then..Dr T wasap kata jumpa dia kat lab hari isnin petang..oklah..lega aku..

Sebenarnya aku rasa macam nak give up dah ni..serabut..dari semester lepas lagi aku rasa serabut..dengan kerja lagi..dengan assignment lagi..test lagi..ni proposal thesis lagi..adoiii..tapi encik hubby pujuk..dia kata takpe..nanti dia tolong..Alhamdulillah..ringan sikit beban kat kepala otak ni..

Ya Allah, kuatkanlah imanku..kuatkanlah semangatku untuk terus tamatkan Master aku ni..demi anak2..kerjaya tu belum tau lagi..sebab aku sambung belajar ni sebenarnya nak buktikan kat anak2 yang aku pun boleh belajar sampai peringkat Master..so diorang kena target untuk belajar lebih dari aku ngan papanya..Untuk kerjaya, dulu kononnya target nak jadi lecturer..tapi memandangkan kerjaya lecturer pun macam susah je nak dapat, so ia dah tak jadi point penting bagi aku..lagipun aku pun dah bekerjaya masa aku sambung master ni..dan one more thing kenapa aku sambung master ni, sebab incik hubby pun dah ada master dalam bidang yang sama..so aku nak sama level ngan dia..hahaha..bezanya dia degree dalam bidang elektrik..aku bidang electronic..tapi master bidang yang sama..kalau incik hubby sambung Phd, aku angkat tangan dulu lah..aku rasa tak mampu kot ikut dia sambung Phd..sedangkan yang master ni pun dah macam apa je..

Semoga aku berjaya siapkan proposal aku dan lepas ni nak study pula  untuk test Mobile ahad minggu depan..semoga aku berjaya..aminn...

Wednesday, December 13, 2017

Teman lama

Dah lama rasanya aku tak menulis..terlalu sibuk nampaknya sampai aku lupa dengan blog ni..ya..blog ni lah satu2 nya tempat untuk aku luahkan isi hatiku..

Alhamdulillah..aku tak tahu nak ungkap dengan kata2. bagaimana perasaannya bila kita jumpa kawan@teman lama yang dah lama kita tak jumpa..ya..7 tahun aku tak jumpa dia..dia yang aku kenal sewaktu aku bekerja di sebuah kilang di shah alam..kilang pertama aku kerja lepas habis degree dulu..dia yang banyak membantu aku..dia yang banyak mendengar luahan dan keluhan bila aku sakit hati atau kena marah ngan bos..dia lah yang sudi memujuk..menceriakan dan menghiburkan..

semoga tak lost contact lagi..

Friday, November 4, 2016

my Birthday..

seperti tajuk di atas..ye..hari ni hari lahir aku..terima kasih kawan2 yang telah mengucapkan selamat kepada aku siang tadi sampailah malam..tapi,dari pagi tadi sampailah jam 11.30malam tadi, aku menunggu ucapan dari orang yang paling dekat dengan aku..sayangnya dia lupa..lupa pada tanggal 4 nov..sedih sangat..aku diam kan aja..aku masih bertahan..biarlah..biarlah..biarlah..tapi, hati aku sakit..hurmm..wahai mata, pejamlah..mudah2an hatiku akan tenang pagi esok..sekian..

Tuesday, October 27, 2015

Kasih Mama buat 3 A.D

Semalam..aku mimpi..aku marah2 anak ku yang sulung, Ammaar kerana tak siapkan kerja sekolah..aku baling beg dia..aku betul2 marah..Ammaar cuma pandang aku dengan mata yang sayu..kemudian aku terjaga..aku cari dimana Ammaar…dalam samar2 lampu tidur,aku tak nampak tubuh Ammaar kat katil Queen yang aku dah rapatkan ke katil ku untuk dia dan adiknya (anak no 2 ku), Aariz tidur..maksudnya ada 2 katil size Queen dalam bilik tidurku..Cuma katil dia rendah sikit dari paras tilam ku..aku terpaksa rapatkan kedua2 katil sebab si Aariz kadang2 bangun nak tidur sebantal dengan aku..dulu2 masa baby Aqueel belum lahir,dia yang duk tidur tengah2 antara aku dan incik hasben..now dah ada baby,dia kenalah beralah..

Berbalik pada si Ammaar,dengan mata yang masih terpisat2 tu,aku panjangkan leher tengok ke tepi katilnya..mana tau dia jatuh tergolek ke bawah..tapi takde jugak..yang ada cuma bantal peluk dia je..ehh.aku dah mula risau..mana pulak si Ammaar ni..masa tu aku nampak  sebelah aku macam si Aariz je..sekali aku tengok betul2,rupanya si Ammaar dah tidur tempat si Aariz..tapi, mana pulak si Aariz ni..

Hmmm…syukurlah anak2 aku tak hilang..si Aariz dah betul2 hujung katil..hujung kaki si Ammaar..berbalut dengan kain selimut si Ammaar..dan, aku bangun..betulkan posisi tidur anak2 kesayanganku..aku peluk Ammaar..masa tu Ammaar buka mata..

‘Mama nak betulkan Ammaar..dah tidur ye..’ kataku sambil cium dahi Ammaar..rasa bersalah dari kejadian dalam mimpi tu seolah2 terbawa2 ke alam reality..aku cepat2 istighfar..dan aku sedar,anak aku baru 4 tahun..aku akan cuba untuk tidak berperangai macam seorang ibu yang sengal..biarpun dia tak buat kerja sekolah,aku tak patut baling beg dia..ya Allah..ampunkanlah aku..jauhkanlah aku dari sikap seorang ibu yang takde otak..dan..aku peluk Ammaar dengan lebih erat..Aariz pulak lena je dia tidur walaupun aku betulkan posisi tidurnya..

Aku kemudian bangun dan capai henpon yang aku letak kat birai katil..baru jam 5..dan aku tertidur sehinggalah incik hasben kejut..

‘dah jam 6..bangunlah..’ lantas aku bangun..turun ke bawah,mandi, perah susu untuk bekal baby Aqueel di Taska dan tunaikan solat Subuh..

Untuk anak2 ku, Ammaar, Aariz dan Aqueel..mama kadang2 memang akan jadi hantu..sebab mama tau,mama tak leh control marah mama..tapi mama bersyukur, Allah kurniakan mama sifat keibuan yang mendalam buat kalian..mama tak sanggup tengok kalian sedih..apa yang kalian nak,mama cuba penuhi..tapi tu pun tengok jugak..kena tapis jugak...sebab..kalian kena paham,mama bukan kerja cop duit..hokehhhh..hehehe…luv u all.. 3 A.D..

Wednesday, August 19, 2015

Pengalaman Bersalin buat kali ke 3- 2015

Baby bulan Ramadhan 
Sukur ke hadrat Illahi kerana aku telah selamat melahirkan heroku yang ke -3 ,3 hari sebelum raya Aidilfitri baru ni..sepatutnya aku dijangka bersalin pada 8.7.2015 tapi hero dalam perut ni nampaknya taknak keluar2 lagi,maka doktor bagi tempoh selama seminggu dan jika tak de rasa sakit2 jugak,silalah serahkan diri kat hospital pada 14.7.2015.Sepanjang tempoh menunggu untuk ke tarikh yang doktor bagi tu, hati aku dub dab dub dab..tak senang duduk memikirkan kemungkinan2 yang akan berlaku..sampaikan aku pernah terfikir nak pergi scan hari2 nak tengok keadaan baby ku ni..hari2 aku duk kira gerak baby..risau kalau dia tak aktif..

13.07.2015 (Isnin- hari ke 26 Ramadhan)

Dan,pada hari minggu ke 40 + 5 hari, pagi tu aku tak sedap hati dah..kenapa baby aku kurang gerak..aku fikir mungkin dia tidur..so,lepas hantar anakku yang sulung ke tadika,aku buat kerja rumah,menyapu,mengemop..basuh baju,sidai baju..pun aku rasa gerakannya mahu pun tendangannya sangatlah perlahan..hurmm...aku runsing..mungkin dia lapar sebab aku berpuasa..sepanjang ramadhan kali ni,baru 3 hari aku tak puasa sebab demam dan tak larat..dan hari tu,aku buka puasa dengan air durian belanda..huh..sedapnya rasa masam2 manis..dan aku jamah sikit makanan yang ada serta kurma beberapa biji..jam 11.30 pagi, aku ambil ammaar dari tadika dan singgah mcD beli mc ciken untuk aku dan aiskrim serta set nuget untuk budak berdua ni,ammaar dan aariz..lepas makan,aku duk rehat sambil tunggu kick dari baby..tunggu dan tunggu sampailah jam 3 ptg, aku baru dapat 7 kali gerak je..saaangat lambat dan slow je kick nya..hati bertambah tak sedap lantas aku call incik suami bagitau pergerakan baby slow..incik suami tanya aku ada rasa sakit perut ke ape ke..aku cakap tak..dia minta aku tunggu sementara dia bagitau bos dia yang dia nak balik.oklah..

biasanya,kalau dah jam 3 petang aku dah dapat lebih dari 10 kali gerakan..tapi entah kenapa hari tu memang slow sangat..bila incik suami balik dan lepas solat asar, kami pun gerak ke hospital klang.Hati aku tersangatlah sebak bila terkenangkan Ammaar menangis teresak2 nak ikut aku pergi hospital..adiknya si Aariz tak nangis..ape dia nak kisahkan asalkan makanan ada kat tangannya..

Sampai kat PAC Hospital Klang, lepas daftar dan tukar baju dan kain pink, nurse suruh aku baring kat katil tepi dinding untuk check CTG baby sebab masa daftar aku ada bagitau aku datang sebab pergerakan baby slow..adalah dalam 20 minit aku duk terbaring dan mengiring untuk dapatkan bacaan CTG kemudian ada doktor perempuan cina muda aku kira dia MO (Medical Officer) datang bagitau bacaan CTG ok menandakan ada baby ok.Alhamdulillah..syukurlah..kemudian, dokter tu kata nak check bukaan ataupun VE..masa dia seluk tu punyalah lembutnya dan serius tak sakit pun macam yang aku pernah rasa dulu..mungkin jari-jemarinya kecil kot..'dah buka 1 cm' katanya..ooohhh..tu je aku mampu balas..

'lepas ni kita buat scan ye..nanti masuk ke bilik scan..'katanya sambil tunjuk ke arah 1 bilik di depan aku..aku cuma angguk dan terus masuk dan baring sementara menunggu dokter tu datang.Tak lama tu,dokter tu masuk dengan sorang lagi dokter lelaki cina yang aku rasa dia mungkin HO ataupun dokter pelatih..Dokter cina muda tu buat scan kat perut aku,dan tunjuk jantung baby..

Lepas semuanya dah check,aku diminta duduk kat luar bilik sementara tunggu untuk di hantar ke wad.Masa mula2 daftar tadi nurse dah inform terus masuk wad sebab esok memang aku dah kena admit pun..so terus je duk kat wad katanya..

AKu ditempatkan kat wad 1A katil sebelah tingkap..walaupun sebelah tingkap dan pintu koridor, malam tu aku rasa panas sangat..takde angin langsung..tulah kalau badan dah biasa sangat kena ekon macam tu lah jadinya..menggelupur cari kertas untuk jadikan kipas..sebab dah tak tahan panas sangat,aku call incik suami mintak dia bawa kipas esok pagi..aku tanya icnik suami dia berbuka apa kat rumah mak tadi,katanya dia tak lalu nak makan..bila ditanya,dia kata dia teringatkan aku..hatinya risau sampai tak de selera nak makan...alololo..suwetnya incik suamiku..(padahal mata aku dah berair dah..)

disebabkan tak boleh nak tidur sangat,aku borak2 dengan akak2 sebelah katil aku..akak sebelah katil aku dah 4 hari masuk wad..tanda darah dah keluar banyak dan tanda sakit tu dah ada tapi bukaan masih 4 cm..esok pagi kena induce katanya..bila dengar induce,aku terasa dah sakitnya macam mana..dalam hati aku berdoa..janganlah kena induce..

14.07.2015 -(Selasa, hari ke-27 Ramadhan)

Dalam panas2 tu, tah camana aku boleh tertidur jugak..Jam 3 pagi aku dikejutkan oleh akak nurse yang cantik untuk ambil tekanan darah dan check bacaan denyut jantung baby guna doppler kecil tu..lepas tu, aku bangun untuk ke toilet..hurmm..ada darah..ini ke tanda darah yang orang selalu cakap tu..syukurlah..masanya dah tak lama..bisik hatiku..tapi aku terfikir jugak,mungkin darah ni sebab dokter check bukaan tadi..entahlah..aku tengok akak kat sebelah aku pun dah bangun,bersiap nak buat CTG tapi dia cakap nurse suruh dia makan dulu..nak makan apa,ape pun takde..ada milo je katanya..aku buka laci aku tengok ada roti,dan aku hulurkan roti yang incik suami belikan untuk aku petang tadi kepadanya..takpelah,esok aku suh incik suami belikan yang lain untuk aku..

lepas tu aku sambung tidur balik..jam 5 pagi, sekali lagi nurse datang kejut aku untuk buat CTG pulak..nurse suruh aku makan dulu sebab nak bagi ada tenaga sikit..alamak..makan ape??aku dah bagi roti aku kat akak sebelah tadi..hurm...nasib baik ada kurma yang aku ambil dari rumah mak..jadi aku makan sebiji kurma kemudian minum air masak..

Masa buat CTG tu,mula2 kena terlentang,lepas tu mengiring..sebab baby aku tidur pulak...kesian akak nurse tu kena tekan2 perut aku suh baby bangun..dalam 30 minit, barulah aku boleh balik ke katil,.masa ni aku dah rasa sakit sikit2 contractionnya..aku baring atas katil..konon2 nak tidur..tapi sakitnya makin kuat..aku pun bangun untuk berjalan2 sekitar katil aku..agar cepat jalan dibuka..aku borak2 dengan sorang budak indon yang baru lepas bersalin..dapat anak lelaki..katanya kena bayar deposit rm1200 sebab dia bukan warganegara..bestnya dah bersalin..dah senang dah tak perlu rasa sakit lama2..

Dalam jam 6.30 pagi,aku gi mandi..sebab aku rasa macam dah tak lama je aku nak bersalin dan aku amat berharap air ketuban akan pecah..tapi tak jugak pecah macam yang aku rasa masa bersalin anak no 2 dulu..lepas mandi,aku kena tunggu kat depan bilik pemeriksaan untuk check bukaan..disebabkan doktor bizi plus ramai yang nak kena check bukaan,dalam jam 9 jugaklah baru doktor check..doktor perempuan India yang check bukaanku..baru 3 cm katanya..then, aku ke toilet semula untuk cuci miss V dan tukar pad sebelum balik ke katil.

Tengah rehat2 kat  katil,datang nurse tanya kat aku nak dengar ceramah pasal penyusuan baby ke tak..aku cakap boleh jugak coz aku taknak layan sangat sakit contraction yang dah aku rasa sejak 5 pagi tadi tapi kali ni dah rasa agak kuat sikit sakitnya tapi still boleh tahan..masa dengar ceramah tu,aku tak dapat duduk diam tiap kali contraction datang selang 5 minit..tapi dalam sakit2 tu,dapat jugak aku ilmu tentang cara nak buat bila bengkak susu terjadi dan cara nak urut untuk lancarkan susu keluar..masa ni aku nampak incik suami datang bawa makanan untuk aku..tak lama lepas tu,incik suami pun balik sebab katanya bukan waktu melawat..tapi aku sempat jugak mesej kat dia yang bukaan dah 3 cm..

Balik je ke katil, ada 2 orang doktor sedang check file akak kat sebelah aku..sorang dokter perempuan India yang aku agak dia MO dan sorang lagi dokter lelaki cina,HO mungkin.Lepas check katil sebelah,dokter tu datang kat katil aku..aku duduk sebab tak best pulak kalau dokter datang aku tengah baring..nampak kurangnya kesopanan di situ..melainkan kalau aku betul2 tak larat..masa ni contraction makin kuat dari tadi..sampai aku berkerut2 dan dahi ku berpeluh sambil aku baca doa nabi yunus serta ayat kursi.Kemudian dokter perempuan India tu soal siasat aku..dia  tanya kenapa aku C-Zer dulu..dan tanya aku ada bawa buku tak..of kos lah aku tak bawa buku merah lama tu,dan aku tanya kalau dia nak,aku boleh mintak incik suami bawakan..dia kata takpelah..then,dia diskas ape tah ngan dokter cina tu..tetiba dia cakap ngan aku,nak check bukaan aku sebab dia tengok aku macam sakit sangat sampai berpeluh2..aku kata ok je lah dan aku tunggu dokter tu kat bilik pemeriksaan.

Aku tengok jam dah pukul 10 pagi.Dalam beberapa minit,datang dokter tu..rupa2nya dah buka 5 cm dan dia pecahkan air ketuban.Dokter cakap air ketuban aku dah kaler brown lite..tahla..bahasa mudahnya,baby aku dah berak dan dah makan taiknya sikit..Dokter kemudian besarkan jalan jadi 6 cm..dokter suruh aku cuba teran..aku pun teranlah..tapi takde lah kuat sangat sebab feel nak meneran tu belum ada lagi..Then dokter cakap kat nurse suruh bawa aku kat katil tengah dan check CTG..mungkin masa check CTG nanti bukaan boleh jadi lagi besar..dan aku dengar dokter suruh prepare untuk hantar aku ke labour room..

Aku tak sempat nak mesej incik suami sebab nurse bawa aku terus ke katil tengah dengan wheel chair..kat katil tengah tu aku sorang je yang ada..katil kiri dan kanan takde orang..aku nampak ada 2 orang patient hujung katil aku tengah tengok aku..mungkin diorang rasa ngeri atau takut bila dengar aku mengerang..aku takdelah mengerang kuat sangat tapi diorang masih boleh dengar..Sementara nurse yang aku boleh anggap macam mak2 pasangkan CTG,datang dokter cina tadi ambil darah aku.Aku biarkan aje jarum tu masuk ke tangan aku dan aku berdoa kepada Allah semoga aku dipermudahkan untuk bersalin..nurse tu baik sangat..dia siap cakap,kalau rasa sakit ,panggil je dia..nak teran,teran sikit2..

aku tengok jam, dah pukul 10.15pagi..aku dah rasa contraction yang kuat..aku panggil nurse..nurse tadi tu datang..dia check bukaan baru 7cm..nurse layan aku dengan baik sangat..serius aku rasa selesa dengan nurse tu..10.20 pagi, sekali lagi contraction datang dengan kuatnya..aku teran sikit dan panggil urse tadi..dia datang dan check bukaan sekali lagi..dah 8 cm..waktu ni baru aku teringat,air selusuh 'kelapa dara Anugerah' tertinggal kat dalam laci..dan pada waktu ni,nurse dah tolak stretcher dan suruh aku pindah ke atas stretcher tu.

Aku di bawa ke labour room..syukurlah kali ni nurse yang akan sambut anak aku..dan semua dalam labour room tu perempuan..termakbul doa aku sebelum ni..Dalam masa yang singkat tu,aku dah rasa nak meneran..Ya Allah,aku meneran 7 kali untuk keluarkan kepala baby..disebabkan kepalanya besar,aku terberak sekali..huhuhu..dan aku tanpa sedar dah terangkat punggung sikit..kemudian,aku teruskan meneran untuk keluarkan badan baby pulak..

Alhamdulillah..mulut aku tak berhenti2 mengucapkan syukur kepada Allah kerana aku dah berjaya lahirkan sorang lagi khalifah Allah jam 10.31 pagi seberat 3.5 kg..nurse hanya tunjuk kejap je kat aku dan tanya apa jantinanya..bila aku cakap boy,dia terus bawa baby aku keluar..biasanya dia letak atas badan..tapi disebabkan baby dah makan taik sikit,so nurse nak sedut keluar dan bersihkan baby..dan nurse keluarkan uri dan darah beku..banyak jugak darah aku keluar masa ni..

Aku tak kena gunting..cuma koyak sikit kata nurse tu..walaupun koyak sikit,tetap kena jahit 3 lapisan..wooo..yang ni takde bius..cuma dia spray je..paling sakit masa dia jahit kat kulit..fuhh..gigit kain la jawapnya..aku tak sabar nak abes semua ni..sakit nya cuma aku dan orang yang dah rasa je tau..

Selepas siap semuanya,aku di tolak ke luar labour room..sementara tunggu baby,ada nurse pelatih bawakan aku air milo dan bagi aku minum..aku minum sampai habis dan ucap terima kasih..wahh..baik betul nurse2 ni..

Tak lama lepas tu, nurse panggil nama aku, sebelum dia serahkan baby aku,dia tanya,apa jantina baby aku..aku cakap boy dan check no kat tag tu..Nurse letakkan baby kat sisi aku dan suruh aku susukan baby..masa mula2 aku tengok baby aku,aku lihat pipinya sangat bambam..mata sepet..baby masa tu belum pandai nak menghisap..tapi lama2 dia dah ok..aku nyusukan dia walaupun aku tau mungkin mula2 baby akan penat nak isap sebab susu aku tak keluar lagi..takpe..aku fikir positif je..

Dalam 20 minit lepas tu,nurse datang untuk hantar aku balik ke katil..tapi masa keluar dari labour room,nurse berhenti kat luar pintu panggil incik suamiku..waktu ni aku sedih sikit sebab incik suami takde..aku cakap kat nurse yang incik suami aku belum sampai lagi..sebab aku tak sempat nak inform dia sebelum ke labour room tadi..

sampai kat katil,aku terus capai henpon..kebetulan dia pun call aku bagitau dia dah on the way ke hospital sebab takut takde parking..dia bawakan kipas sekali untuk aku..aku bagitau dia,cepatlah datang,boleh tengok baby bambam dia..ade ke patut dia cakap aku tipu dia..aku cakap yang au dah bersalin,dia masih tak percaya..haihhhh....aku biarkan aje lah sampai dia datang sendiri dan tengok..

Terkejut dia bila nampak baby bambam dia kat tepi katil aku..ape?ingat benda macam ni aku nak memain ke..hadoiilah suamiku..dia angkat dan cium..kemudian dia azan dan qamatkan baby..


'Sedih abang..' katanya tetiba sambil menatap wajah baby..
'kenapa?'tanya aku..
 rupanya dia sedih sebab tak dapat tunggu aku kat luar labour room tadi..alololo..suweetnya..

takpelah sayang..nak buat camane..dia pun tak sangka cepat sangat baby nak keluar..lepas tu,dia turun ke kantin belikan nasi dan air milo panas untuk aku..kemudian dia balik dan janji nak datang petang nanti dengan Ammaar..

Petang tu,dia datang bawa roti dan coklat...haihhh...tepuk dahi aku..last2 dia bawa balik coklat tu..macam2 incik suamiku ni..

Jam 8 malam,nurse bagitau aku boleh balik dah..syukurlah baby semua sihat dan terus aku call incik suami..gembira dia dengar aku dan baby boleh balik..jam 9 malam dia datang,dan setelkan semua bil..Alhamdulillah,segalanya telah dipermudahkan..