Pages

Friday, October 5, 2018

Pengalaman keguguran..untuk pertama kalinya..

Ini pengalaman pertama aku lalui proses keguguran..post sebelum ni aku ada ceritakan perasaan aku bila tau aku telah keguguran..ku coretkan di sini agar ia menjadi kenangan supaya kelak boleh aku ingat kembali apa yang aku rasakan kini..



28 Sept 2018, Jumaat ( Hari ke-9 selepas tau aku telah miscariage)

Lepas balik dari hospital minggu lepas, aku mengalami bleeding setiap hari..tapi bleeding tu tak banyak..cuma sikit-sikit dan keluar sekali dengan darah beku sikit..darah yang keluar (dekat pad) pula bewarna coklat gelap..tapi sejak 2-3 hari yang lalu (selasa-khamis), darahnya sudah bertukar menjadi warna terang (fresh blood) dan kuantiti yang keluar nampak banyak sikit tapi still tak penuh pun 1 pad.. minggu tu aku kerja dari rumah sebab bos aku takut apa2 jadi kalau aku berada di ofis..

Aku pendamkan kegusaran aku..tapi akhirnya aku tak mampu nak pendam lagi..khamis,aku whatssap adik aku yang doktor O&G tu..aku tanyakan dia tentang darah yang keluar tapi masih tak full 1 pad..katanya takpe..belum lagi tu..nanti kalau ada rasa sakit dan keluar darah banyak,terus ke hospital..ok,legalah sikit dia cakap macam tu..

Dan Jumaat, aku hantar anak aku yang sulung pergi ke sekolah..dan berjanji akan ambil dia balik sekolah nanti..petang tu, lepas ambil dia, aku singgah ke pasaraya kejap..konon nak belikan dia perfume pocket Dashing tu..tapi tak ada pula..so, aku janji nak pergi Tesco malam nanti..

Sampai kat rumah, aku berbual2 kejap dengan jiran depan rumah dan tak lama kemudian aku masuk ke rumah..sementara tunggu anak2 aku mandi ( 3 AD mandi sekali ), aku buka laptop kejap..tiba2, aku rasa macam darah keluar..bila aku bangun, lagi banyak darah keluar..waktu tu jam 7.30malam..kemudian aku duduk balik..sebab masa tu aku dah cuak..aku tutup laptop dan ambil tuala.Aku panggil anak2 aku keluar dari bilik air..anak aku yang sulung keluar dulu..

'Kenapa mama?' tanya dia..
'Mama rasa darah keluar banyak..mama nak pergi bilik air atas..Ammaar suruh adik2 keluar dan pakai baju..cepat ye..' arah aku..dan kemudian aku dengar dia dah panggil adik2 dia keluar..

Aku terus ke bilik air atas..aku bawa sekali 2 pad..masa tu perut tetiba rasa nak membuang..aku risau sebab hari sebelumnya aku mengalami cirit-birit..sepanjang ke bilik air tu, darah memang asyik keluar aje..elok je sampai bilik air, aku tengok pad dah penuh setengah..belum sempat aku duduk,darah dah meleleh2 kat kaki..elok je aku duduk, darah keluar sekali dengan seketul darah beku..kemudian darah keluar lagi macam air..bau darah dan darah yang banyak buat aku hampir pitam..aku hampir menangis dan berdoa agar darah cepat berhenti..dan tak lama tu darah berhenti sekejap..cepat2 aku basuh dan pakai pad..siap basuh semua, aku turun ke bawah dan capai handphone..jam dah pukul 7.50 malam.Aku terus call kakak aku minta dia hantar aku ke hospital..tanpa banyak tanya, kakak aku kata ok..mujurlah rumah dia pun dekat aje dalam taman rumah aku jugak..

Sementara kakak aku datang, aku pun siap2 pakai tudung..beg semua dah ready sejak aku tau aku keguguran minggu lepas.Tengah siap2, mak aku datang panggil anak2 aku suruh pergi ke rumahnya ..rumah mak aku ni sebelah rumah aku je..anak2 aku dah mengekor aku je..nak ikut..terutamanya yang no 2..si ayish..dah nangis2..yang sulung diam aje..yang no 3 si Aqueel dah ikut aku sampai ke kereta..dia kata 'aqueel nak duduk dalam kereta aje..' akhirnya mereka masuk juga ke rumah neneknya selepas dipujuk oleh kakak aku dan mak aku..

On the way ke hospital, aku sempat call adik ipar aku ( dia doktor juga) yang aku nak pergi hospital. Dia pun terkejut dan cakap akan bagitau adik aku..sebab sebelum call dia,aku ada call adik aku tapi tak bersambut. Tak lama tu, adik aku wasap minta tunjuk gambar ketulan yang keluar tu.Oh ya, adik aku dah pesan, kena bawa ketulan yang keluar tu untuk tunjuk kat doktor nanti.Aku dah siap bungkus dalam tisu dah..huhu..so aku ambik jugaklah gambar ketulan tu.Dia kata kantung tu belum keluar lagi.Dan aku borak2 dengan kakak aku sampai tiba kat hospital jam 8.30malam.Aku minta kakak aku hantar aku terus ke PAC hospital.Elok je aku keluar kereta, tetiba aku rasa ada sesuatu nak keluar dari bawah..dan terasa darah keluar dengan banyak..aku terus tekan kain aku..aku mula jalan perlahan2 ke arah PAC sambil sebelah tangan pegang buku pink.Makcik guard nampak aku terus dia pimpin aku masuk ke dalam..

Tak sempat duduk, nurse terus suruh aku duduk di katil dekat PAC tu, suruh tukar kain dan tukar pad kat katil tu jugak..dia bagi aku pad yang hospital tu dan juga kain warna pink..aku cakap ada sumting dah keluar..nurse tu kata tak apa..buka aja.kalau jatuh ke lantai pun tak apa..nanti diorang ambil..aku pun tukarlah kain dan salin pad dengan berhati2..aku nampak ada seketul besar ketulan darah yang kat pad aku..seluar dalam pulak dah kena darah..kemudian aku tunjuk dekat nurse tu..dia kata 'ohh..ni darah beku..dia dah nak keluar tu..awak baring dulu nanti doktor datang check..' kata nurse tu sambil dia balut pad yang ada seketul darah beku dan seluar dalam tu dengan kain batik aku..dia letak kat tepi katil hujung kaki sebab nanti doktor akan tengok..

Dan aku pun baring lah..tapi hati aku tersangatlah berdebar-debar..aku takut..kemudian nurse lain datang ambil tekanan darah aku..nurse tu tanya, aku ok ke tak..aku cakap aku takut..berdebar-debar..gemuruh..semua adalah..nurse tu suruh aku rilex..dia nak ambil tekanan darah..1st tekanan darah aku tinggi..nurse minta aku rilex lagi...dia ambil lagi sekali tekanan darah..baru ok..aku terlalu takut..cuak..sampai tekanan darah kena ambil 2 kali..

lepas tu, aku dibiarkan berehat kat katil..aku baring..mata tak boleh pejam..aku baca selawat.. istighfar..zikir..doa nabi yunus...al Fatihah..ayat kursi,,semua aku baca..barulah rasa takut tu reda sikit..tak lama tu, doktor pun datang kat aku..doktor cina,perempuan..lembut sangat suaranya..macam adik ipar aku lembutnya..tenang rasa hati aku..dia soal aku untuk ambil details..dia kata macam pernah tengok aku..yelah doktor..kan minggu lepas saya jumpa doktor..barulah dia ingat aku..lepas dia tengok ketulan semua, dia cakap dengan aku nak scan..dia tunjuk kat aku 'mulut itik' yang akan digunakan nanti..

Aku bangun untuk masuk ke dalam bilik scan..ada seorang doktor perempuan..aku agak dia MO..medical officer...dan doktor cina tadi mungkin HO (pelatih)..doktor MO pun terangkan kat aku apa yang nak dia buat..dia nak scan ikut bawah..sebab nak tengok kantung masih ada lagi atau tak kat dalam rahim ni..mula2 dia guna mulut itik tu untuk check bukaan rahim..masa mulut itik tu masuk, aku tarik nafas dan tak angkat punggung serta rilex..itu tips dari adik aku..dia pesan macam tu untuk kurangkan rasa sakit..Alhamdulillah memang tak sakit..lepas tu dia masukkan pulak alat scan tu yang berbentuk panjang..rasa senak..kaki aku menggigil2 masa tu..takut..

Doktor MO tu cakap kantung aku masih ada dalam rahim..masih tebal..dia tak berani nak tarik keluar sebab aku ada kesan parut czer..sebab risikonya silap2 akan berlaku pendarahan yang tak diingini..so, dia akan bagi aku ubat untuk kantung tu keluar sendiri..ubat tu akan di cucuk di punggung..macam cucuk ubat perancang yang kat punggung tu..kalau kantung tak keluar juga, aku kena masuk OT untuk emergency cuci (D&C)..aduhai..aku berdoa mudah2an dia keluar sendiri..dia tanya aku bila last aku makan..sebab aku kena start puasa..aku kata last aku makan dalam jam 7 malam..

Lepas aku keluar dari bilik scan tu, aku bagitau nurse yang aku nak ke bilik air untuk basuh,pakai pad dan tukar kain..selesai urusan dalam bilik air, akupun balik ke katil aku..Tak lama tu, doktor cina tu datang tanya aku ada sakit jantung ke tak..ada alahan ke..sebab kejap lagi diorang nak bagi aku ubat punggung tu..sebelum tu, aku kena ambil darah dulu..dalam 5 minit lepas tu, jam 10.50 malam, nurse pun datang bawa ubat..sekali lagi nurse tanya aku, ada sakit jantung ke..penyakit apa2 ke..aku kata tak ada..dan, ubat tu pun selamat dah masuk ke punggung aku...dan nurse pasang drip air..

Doktor MO datang kat aku..dia tanya kalau2 aku ada rasa cramp dekat perut atau rasa macam nak buang air..aku kata tak ada lagi buat masa ni..dan doktor MO tu pesan, kalau ada rasa sakit bagitau dia atau nak pergi bilik air, buang air ke,jangan buang air kat bowl tu..dia suruh buang je kat lantai..sebab takut kantung tu jatuh ke dalam bowl tu..kalau tak larat, minta nurse temankan..

sejak ubat tu masuk, 10 minit lepas tu aku dah rasa sakit2 pinggang..lenguh2 kaki..masa ni aku sedih sangat..sebab aku harap suami aku ada di sisi..walaupun takde kat tepi katil aku pun, setidak2nya aku tau dia ada kat luar bilik tu tunggu aku..tapi..suami aku tak ada..dia masih di Belgium..dia wasap aku minta maaf sebab dia tak ada wakyu aku kat hospital ni..aku pun minta maaf juga kat dia..dalam waktu yang sama, aku kesian kat kakak aku..dia dah tunggu aku dari 8.30malam lagi..

Doktor MO tu kata, lepas ubat tu diberikan, dalam masa sejam kalau kantung tu tak keluar, aku kena proceed untuk di hantar ke wad..dan tunggu bilik OT kosong baru aku kena cuci..memang kena buat pagi tu jugak..Ya Allah.. aku berdoa dan berharap sangat dia keluar..

11.45malam..Doktor MO tu tanya aku lagi..ada rasa sakit tak..aku kata tak ada..aku bagitau yang aku sakit pinggang dan lenguh2 kaki aje..dan doktor tu suruh aku masuk bilik untuk scan balik..aku bagitau doktor tu yang aku nak pergi bilik air dulu nak cuci dan tukar pad sebab aku rasa ada darah keluar selepas 10 minit masuk ubat punggung tu..doktor tu ok je..

aku pun cubalah bangun dari baring..elok aje aku bangun,aku rasa ada benda keluar..aku pun tengok..aku nampak kantung tu keluar..bentuknya bulat..warna putih..dalam warna putih tu ada seketul warna gelap..aku panggil doktor dan nurse..diorang datang check..doktor sahkan memang kantung..Alhamdulillah..aku syukur sangat2..doktor suruh masuk untuk scan..


Doktor scan lagi..kali ni aku dah tak menggigil..tapi senak masih ada sebab doktor scan ke kiri ke kanan..Alhamdulillah..doktor kata dah keluar semua..rahim dah kosong..lepas tu dia scan atas perut pula nak double confirm..syukur ya ALLAH...dan doktor kata boleh discaj setengah jam lepas ni..Alhamdulillah..Alhamdulillah..lepas bersihkan darah semua dan tukar kain, doktor suruh tunggu sebab diorang nak prepare surat untuk discaj..Kakak aku tolong bayarkan dan ambilkan ubat..bayaran cuma Rm1 je..sementara tunggu kakak aku bayar, nurse datang keluarkan jarum kat tangan aku..

Syukurlah..semuanya telah dipermudahkan..tapi kantung tu diorang ambil nak hantar ke makmal untuk buat kajian kenapa ia tak membesar..sempat juga aku ambil gambar nak tunjuk kat incik suamiku..sekarang, aku tengah berpantang..aku dapat MC 7 hari sebab dia keluar complete..kalau kena cuci atau D&C, MC 2 minggu..

Dalam takut2 dan sedih, akhirnya aku telah lalui pengalaman ni sendiri..walau tanpa suami aku di sisi, tapi ALLAH telah permudahkan segalanya..berkat doa mak..suami dan keluarga aku serta kawan2 yang mendoakan..terima kasih semuanya..lepas ni kena rehat 6 bulan dulu baru boleh plan untuk next baby pula..itupun kalau ada rezeki..InshaAllah..





Wednesday, September 19, 2018

Kehilangan yang sangat dirasai..

Hari ni..19 Sept 2018, Rabu..

Seperti mendungnya cuaca di luar, begitulah mendungnya jiwa ini..

Hari ini, aku telah dikhabarkan oleh doktor yang scan di PAC, bahawa aku telah keguguran..missed miscarriage...aku keguguran sewaktu aku sedang hamil 10 minggu..bermakna 2 bulan lebih aku telah mengalami mabuk dan loya..tetapi pengakhirannya begini..ya..aku tau, ini semua kerja Allah..Allah lebih tau apa yang  terbaik untukku..aku redha dengan ketentuan-Nya.

Tetapi..sekuat mana pun aku untuk cuba terima takdir ini, air mata masih juga menitis..menangis bukan kerana aku tak redha , tetapi menangis agar emosi aku menjadi sedikit reda..lega..kerana suamiku masih di sisi..menemaniku ke PAC hospital dan menunggu hingga selesai dapat tarikh untuk D&C..di capai tanganku dan digenggam erat..

"sabarlah sayang..bukan rezeki kita kali ni..Allah dah tentukan takdirnya.."

Air mata kembali menitis..cepat2 aku lap sebab malu orang tengok..

Kisahnya begini..Ahad lepas, aku pergi ke rumah adik aku di Cheras..masa aku buang air kecil, aku nampak ada darah sikit dalam bowl tandas tu.. macam bertali..tapi kecil aje..lepas sejam, aku buang air lagi tapi tak ada pun darah tu..so lepas tu dah tak de dah la..hinggalah semalam..sebelum aku balik keje, aku buang air dulu dekat toilet opis..aku nampak ada darah sikit di bowl..hati dah tak sedap..masuk je kereta, aku terus call incik suami..dia pun dah risau..petang tu aku singgah klinik dekat dengan rumah, plan nak scan sekali,tapi ada doktor lelaki je..terus tak jadi..so,aku plan nak ke klinik depan taman aku esok pagi..sebab ada doktor perempuan..lagipun aku pun biasa dah dengan doktor tu..malamnya aku wasap adik aku yang doktor O&G, tapi dia tak reply..takpelah,mungkin dia sibuk sebab dia dah nak exam final year untuk jadi Pakar O&G.

Dan hari ni, aku bangun siap2 nak gi klinik yang aku dah plan tu..jumpa doktor tu, aku bagitau ada darah sikit..terus dia kata nak buat scan..dan, masa scan ni lah doktor tu bagitau kerisauan dia..size kantung tak berubah..sama macam size masa scan 3 minggu lepas..dan dia tak nampak apa2 dalam kantung..masa ni jantung macam terhenti sekejap..hati dah sebak..tapi doktor yang baik tu pujuk..dia minta aku terus ke hospital..dia buatkan surat semua..

sementara surat siap, aku terus call incik suami..suara dah tersekat2..nak citer kat dia pun tak boleh..tapi nasib dia paham..dia masa tu dah on the way pergi kerja..dia patah balik ke rumah dan tunggu aku kat rumah.

aku sampai rumah, dia datang kat aku..cuba pujuk aku..aku dah sebak lagi..kemudian, kami siap2 untuk terus ke hospital..buku pink,kain batik semua aku bawa masuk dalam beg tangan..anak2 aku yang 3 orang tu dah sibuk nak ikut..bila papanya kata papa janji balik rumah balik, baru diorang ok..

Sampai hospital, aku terus ke PAC..nurse tanya kenapa..aku pun bagi surat doktor yang bersampul siap lekat kat nurse..pastu aku dah dengar dia kata misscariage..nurse suruh tukar kain  untuk prepare nak buat vaginal scan..atau scan dari bawah untuk nampak lagi jelas keadaan dalam rahim..

2 doktor perempuan yang check..sorang doktor tu yang scan..aku agak Doktor MO dan sorang lagi tu Doktor housemen..dia masukkan probe scan tu ke bawah..takdelah sakit pun..mungkin sebab aku rilex kan dan bersedia.. lepas tu dia dah scan, dia tunjuk kat aku..dia kata dalam kantung kosong..dan kantung pula dah tak cantik..aku nampak dah berlekuk..tak bulat..

kemudian, dia jelaskan ada 2 option untuk aku pilih..option pertama, tunggu sampai dia keluar sendiri..dan nanti terus ke hospital untuk cuci sikit..option ke 2..D&C..cuci lah..kena masuk ward..

so,aku pilih option pertama..sebab incik suami nak pergi Belgium ahad ni..2 minggu atas urusan kerja...nasib doktor faham..so dia bagi juga date untuk masuk wad 3 minggu lagi..sehari selepas incik suami balik dari Belgium, esoknya aku dah kena masuk wad..

Doktor bagi MC 3 hari..so minggu ni aku rest je kat rumah..jika ada bleeding yang banyak,kena terus ke hospital..aku harap2 biarlah dia turun sendiri dan lepas incik suami balik..

"Nanti awak jangan tak datang ye tarikh tu.." nurse tu ingatkan aku..ye..nurse..nanti saya datang..ermm..baik2 nurse kat situ..ikut ajelah arahan diorang..so takdelah diorang nak marah2 kita..kalau ngengada tu memang selalu mendapatlah..

Dalam kereta, aku call mak bagitau apa yang terjadi..aku sebak lagi..

"Mak..takde rezeki lah kali ni.."

Incik suami pujuk lagi dan terus memberi kata2 positif..ya..aku yakin, ada hikmah untuk semua ujian yang Allah berikan..

Sampai rumah, aku baring..dan aku panggill ketiga-tiga hero aku..Ammaar, Aariz..Aqueel..

" sayang2 semua..ni mama nak cakap sikit..adik baby dalam perut mama dah takde ye.." 

Dan masing2 kata "haaa??alaaa..kenapa.."

Aariz kata " Tadi mama pergi hospital,doktor dah cucuk mama lepas tu doktor ambil baby sebab baby comel ye? " tergelak aku..aku peluk aariz..si abang ngah ni perasaan dia lembut..seolah2 memahami..
si abang nya pulak sedih juga..tapi muka macam takde perasaan..yang si kecil pula,Aqueel..terus tarik baju nak tengok perut aku..alahai sayang2 ku...aku bersyukur kerana telah di beri rezeki 3 anak lelaki yang banyak akal ni..

Sekarang.. Allah sedang menguji aku dan inck suami..di saat incik suami nak pergi tinggalkan aku dan anak2 buat sementara ni, Allah turunkan ujian..aku berdoa semoga sepanjang ketiadaan incik suamiku nanti, tiada apa2 perkara yang merunsingkan terjadi..

Demi Allah, aku rasa sangat sedih..sampai incik suami ajak keluar..dia kata dia  tak sanggup tengok aku asyik menangis aje..

sekarang...aku tak lagi rasa loya..ia seolah2 memberi hint bahawa aku tidak lagi mengandung buat masa ini..kalau tidak, rasa loya dan nak muntah serta badan yang super letih akan aku rasa bila petang menjelma..

Semoga aku dikuatkan semangat untuk lalui semu ni..apa yang aku risau adalah masa D&C nanti..takutnyaaaa....