Pages

Thursday, October 25, 2012

untuk apa?

sayang..sayang itu untuk apa?

sayang..sudah ku bilang aku sayang kamu bah..

sayang pada kamu untuk selama2nya..

Sunday, October 21, 2012

Bercuti di Sabah -- Part 1

Kali ni aku nak cerita pasal cuti2 kami ke Sabah seminggu lepas raya Aidilfitri 2012 yang lepas..Sebenarnya aku balik kampung belah incik hubby kat Kota Kinabalu, Sabah.So balik kampung merangkap cuti2 Malaysia juga..Rasanya dah setahun lebih kot aku tak balik Sabah.Last aku balik masa Ammaar baru 4 bulan dalam perut..Dan kali ni aku balik bawa Ammaar yang dah setahun 5 bulan..lama kan?Sebenarnya dalam tempoh setahun 5 bulan tu Mak n Ayah mentua aku yang turun ke sini..sebab adik ipar aku konvo..So takdelah rasa macam lama sangat tak jumpa kan..

29.08.2012 ( Rabu)

Flight aku ke Kota Kinabalu pukul 9.20malam..tapi hari tu aku and incik hasben keje lagi..tapi balik keje kitorang terus mandi dan gerak ke LCCT..barang2semua aku dah pack seminggu awal sebelum berlepas lagi..hahaha...begitu bersemangat sekali kan..tu pun puas bergaduh dengan Ammaar..aku kemas dia tolong punggah balik..beg tu dia sorong dari dalm bilik bawa ke depan..dari depan bawa ke dapur..bila beg tumbang dia biar aje..geram haku..

Dari rumah jam 7.00 petang dan sampai LCCT jam 7.45 macam tu..kitorang park kereta dekat Zon C LCCT dan esoknya adik aku ambil kereta aku bawa balik rumah..tiket untuk satu hari lebih tu dalam rm65 macam tu..lebih kurang la..Zon C ni takde lah jauh sangat pun dengan airport..jalan kaki tak sampai 10 minit dah sampai kaunter luggage dah..

Park kereta di Zon C ,LCCT
Tunggu nak simpan luggage
Sementara nak naik flight,incik hasben aku la yang jaga Ammaar..aku dah tak larat dah nak kejar si kecik tu sana sini..tah dengan sape2 pun dia layan..langsung tak takut orang..Masa beratur nak naik flight tu aku terkejut tiba2 Ammaar pegang sampul duit raya..ehh..mana ko dapat ni Ammaar?pastu aku pusing belakang tetiba mamat sabah yang beratur belakang aku senyum..maksudnya dia lah yang bagi..thanks yer incik sabah..hehe..kan aku kata..anak aku ni mudah mesra dengan orang..mamat tu pun suka layan si kecik ni..

Tengoklah muka Ammaar..gatai je kan..
Akhirnya sampai gak kitorang kat Airport Kota Kinabalu jam 12 malam lebih..dari KL ke Kota Kinabalu ni dalam 2 jam 30 minit..masa dalam flight tu bobos pulak si Ammaar..habis seluar jeans aku basah..tu la tak reti duk diam langsung...

Lepas dah salam peluk2 dengan mak mentua aku,kitorang balik ke rumah mentua aku di Taman Keramat, Likas.Esok pagi aku plan nak gi pulau..Pulau Manukan, Pulau Mamutik dan Sapi..Jeles sebab hari tu family aku gi aku tak dapat ikut..hehehe..

To Be Continue -- Bercuti ke Sabah--Part 2

Saturday, October 20, 2012

Cuti-cuti ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

 Korang pernah pergi Bukit Tinggi tak? Bukan kat Indon tu tapi kat negara kita aje..kat Bentong, Pahang.. Tempatnya sangat cantik dan sangat sesuai untuk korang2 yang nak pegi honeymoon..Aku suka view dan bangunan2 kat situ..French view gitu..

Aku pergi aritu dengan my whole family..dan 2 orang kawan aku , Nurul dan Ita (officemate) ..aku ajak diorang join sekali sebab aku rasa macam diorang ni takde life langsung..asyik fikir pasal keje aje..kesian sebab diorang tak enjoy hidup macam remaja lain..hehe..so semuanya 4 biji kereta..ramai kan?

Jom lah aku share gambar2 yang kitorang ambil masa kat sana..

Ni masa mula2 sampai..Nurul tengah setting camera..
Ammaar with papa.
jom jalan2..
Kena jalan kaki.dulu2 ada train naik ke atas..
cantik kan view kat belakang tu..
Akhirnya sampai jugak kat atas nih..
Kena panjat tangga lagi..
mom n dad..
Dalam rumah Jepun
Depan Tatami Spa
Ada taman yang cantik dekat sini
Air yang mengalir dekat taman ni sangat menenangkan fikiran.
Pemandangan gunung -ganang dari atas.Ada kabus2 lagi..
Ni tempat nak parking kereta.
Ni lah Colmar Tropicale at Bukit Tinggi,Pahang.
With AIman n my bro
My Family
Berlatar belakang Colmar Tropicale.
Ok..jom kita tengok apa ada kat dalam..

Ada jam..hehe






Dalam ni ada bangunan2 lain..ada hotel..ada restoren western..ada kedai souvenir dan lain2 lah..aku beli t-shirt dan of course fridge magnet Colmar Tropicale ni untuk di letakkan kat fridge aku..
nampak tak ada bangunan2 lain.hehe
Ok..kat luar tadi tu kalau kita turun tangga ke bawah kita akan jumpa tasik yang cantik..ada angsa putih..hitam..itik pun ada..kat sini anak buah aku si Irfan kena patuk dengan angsa hitam kat atas mata dia..haha..menangis kesakitan dia..tu lah..duk dekat2 sangat dnegan angsa tu haa tu lah makan dia...hehe.

Angsa Putih..
Ok lepas tu jom kita gi Animal Park pulak..kat sini ada arnab..kuda..burung merak..dan animal2 lain..Oh ya..nak gi ke sini kitorang naik train dia..alaa..macam kat zoo tu..free aje..kitorang naik train ni sebab malas nak gi ambil kereta kat park tadi..


Nak masuk ke Animal Park
Arnab yang sangat jinak..
Anak2 buah ku yang terpegun tengok kuda.
Dah puas berjalan2 kat Bukit Tinggi, dah tiba masa untuk pulang..Kitorang tunggu kat Animal Park ni sementara driver2 yang lain balik naik train ambil kereta..hehe..

On the way nak balik ke Klang,sempat jugak singgah di Hutan Lipur Lentang tuk mandi-manda..memang dah plan dah nak singgah sini..yang paling seronok anak2 buah aku la..termasuk bapak2nya..aku jugak yang tak mandi-manda sebab masa tu Ammaar selsema..so kena jaga dia tergolek2 atas tikar..masa ni Ammaar 7 bulan..sebab tu dia tergolek2 aje..haha..lama kan baru aku nak story cite nih..hehe

Amboi seronoknya diorang..papa Ammaar pun bukan main lagi..
Ammaar golek2 tak dapat mandi.
Lebih kurang kul 5 petang kitorang pun gerak balik ke Klang..InsyaAllah ada masa boleh gi jalan2 kat Bukit Tinggi lagi..tapi kalau gi lagi nak tido sana semalam..Oklah..tu aja cerita pasal Bukit Tinggi..Jumpa lagi..


Friday, October 19, 2012

Birthday Incik Hasben

Hari ni birthday incik Hasben yang ke 30..hemm..apa nak buat yer..beli kek??buat party?hehe...Jom Ammaar,kita beli kek untuk papa..hadiah??hemm...mana mama mampu nak belikan motor besar tu..moto mainan boleh la..hehe..ok,nanti mama bagi sumting special untuk papa k..

To my lovely husband , Incik Madz..semoga abang sentiasa sihat,dimurahkan rezeki dan bahagia selalu..sayang akan sentiasa di sisi abang selalu..Selamat Hari Lahir Suamiku..I Love You so Much..

Salam sayang dari Sayang dan Ammaar Danish..

Tour to Sarawak- 25~27.05.2012-Part 2

Hari ke 3 (Ahad) di Kuching,Sarawak.

Pasar Serikin

Pagi2 lagi kitorang dah bersiap untuk ke Pasar Serikin..Pasar ni cuma ada pada hari Ahad saja.Kat sana pukul 10 pagi dah macam tengahari..Panas giler..badan Ammaar pun dah naik ruam dah sebab peluh..Sampai kat Serikin lebih kurang jam 10.00 pagi..Kitorang berpecah untuk cari barang masing2..sebab dalam kul 11.30 dah nak gerak balik ke bandar Kuching sebab tiket flight adik tengahari dalam kul 1 lebih..

1st barang yang aku beli adalah topi Ammaar..tu pun sebab Aiman merengek2 nak topi..maka terpaksalah aku belikan untuk dia dan Ammaar sekali..cantik topi Ammaar tu tapi sayangnya topi tu hilang dalam van..tah macamane tah boleh hilang..mungkin tercicir..

Aku jalan lagi dan jumpa tikar getah yang sesuai untuk Ammaar..Aku dapat beli dengan harga RM16..tu pun dah habis tawar dah..hehe..dan aku beli juga kain batik dan pelikat untuk mak mentua aku dan incik hasben..kain pelikat dia cantik2 dan murah2 lagi..tak de pulak gambar kitorang kat pasar Serikin nih..puas aku godek2 dalam hard disk tapi takde jugak..sorry lah ye sebab  takde pic..

Pasar Satok

Lepas hantar adik aku ke airport,Pak Jumat bawa kitorang beli ikan masin terubuk...wahh..murah2..ade yang 3 ekor rm10..ade yang 2 ekor rm10 dan ada yang seekor rm 10..semuanya bergantung pada saiz..kalau beli 6 percuma 1..
Ikan Terubuk masin di Pasar Satok



Muzium Kuching

Selepas habis memborong ikan masin terubuk tu, destinasi terakhir kami adalah ke Muzium Kuching.Kat sini semuanya tentang kucing..nak bawa kamera boleh tapi kena bayar yer..kat sini sempat jugak aku beli t-shirt gambar Kucing dengan harga rm 25..untuk kenang-kenangan..






Airport Kuching

Lepas ronda2 di Muzium Kuching,Pak Jumat bawa kitorang balik ke hotel..packing barang2 dan bersiap untuk ke Airport..yeah..masa untuk pulang..tapi beforetu Pak Jumat bawa kitorang makan kat satu kedai makan kat andar Kuching..kat sini pisang goreng with cheese dia memang best..perghhh..memang sedap..tapi sorry beb..aku tak ingat apa nama kedainye..

Dah sampai Airport,aku tengok Ammaar ni macam nak selsema balik jek..so aku pun bagi ubat kat dia..haha..gerenti tido dalam flight ni..huh..memang memerlukan semanat yang kental untuk gi travel berdua aje dengan si kecik ni..kalau papanya ada aku takde la susah sangat..terima kasih jugak tuk adik beradik aku yang lain yang banyak tolong aku jaga si kecik Ammaar nih..dan especially tuk anak2 buah aku yang paling suke layan Ammaar..

Masa dekat Airport ni ada satu kejadian berlaku..haha..semuanya gara2 kakak ipar kepada kakak aku yang tertinggal slip imigresen kat dalam beg besar dia..beg besar dia dah masuk dalam kargo lak tu..so terpaksa la  crew2 air asia punggah balik beg2 tu...sebelum tu flight memang dah delay..tapi ditambah lagi dengan kejadian tu,maka bertambah2 la delay nya..slip tu kena bagi balik dekat imigresen before kita tinggalkan Airport..

Dan akhirnya dapat gak kitorang naik flight..delay dekat sejam kot..dalam flight tu Ammaar tido tak sedarkan diri selepas minum ubat selsema..tapi bila sampai kat lcct dia leh muntah pulak..aiyooo...abes baju mama..bila ammaar dah tak sihat makanya dapatlah aku cuti esoknya..hehe..

hasil dari shopping di Kuching,Sarawak..dalam kotak tu ikan masin..kek lapis dalam beg besar tu..
Maka, tamatlah aktiviti cuti2 ku ke Sarawak selama 3 hari 2 malam..Sekian..

Wednesday, October 17, 2012

Tour to Sarawak -25~27.05.2012 --Part 1

Pada Mei  lepas (2012) aku dan adik-beradik aku pergi bercuti ke Sarawak..Sepatutnya mak dan abah aku pun pergi tapi disebabkan clash dengan jadual cuti2 diorang ke Jakarta-Bandung maka tak dapatlah diorang join kitorang adik beradik ni..dan yang buat aku sedih, incik hasben aku pun tak join sebab waktu ni dia dah nak dekat exam untuk semester 2 Master dia..maka, berdua sajalah aku dan Ammaar naik belon ke Kuching,Sarawak..tiket kami adik beradik semuanya tak sama time pergi ni..nak dapat tiket murah la kan..

Flight aku ke Kuching pukul 7.50 pagi..nasib incik hasben baik hati hantar kami berdua ke airport LCCT..waktu tu Ammaar pulak selsema dan batuk..so sebelum naik flight,aku dah bagi Ammaar ubat dah..naik flight tak sampai 20 minit dah tumbang..haha..setel..kalau tak, langsung tak reti duduk diam..

Kan dah pengsan..
Dalam Flight ke Kuching
Sampai kat Airport Kuching,adik dan abang aku dah tunggu dekat McD ..adik aku flight dari Tawau dan abang aku anak beranak flight awal pagi dari KL..berjaya gak aku travel berdua dengan Ammaar ke Sarawak kan tanpa incik hasben di sisi..punyelah semangat nak melancong kann..hehe..

Sungai Sarawak
Tak lama lepas tu family kakak aku pulak sampai dari KL..wahh..memang meriah la masa tu dengan anak buah aku yang berlari sana-sini tu..tu lom kira anak aku pun join sekaki berlari..Lepas tu akak aku terus contact agen yang akan bawa kitorang jalan2 kat Sarawak ni..nama pakcik tu pakcik Jumat..tapi ok la orangnya..ramah dan mesra..

Van Pakcik Jumat
Dalam van

Anak buah aku

Maka..bermula lah episod cuti2 Malaysia kami ke Sarawak..

Hari pertama , 25.05.2012

Muzium Sarawak

Operation hour Muzium Sarawak
Lepas check in , Pakcik tu bawa kami ke Muzium Sarawak..masa dalam van lagi pak cik tu dah cerita serba sikit pasal muzium ni..yang paling menarik pasal bebola rambut yang diorang jumpa dalam perut buaya..mengikut ceritanya , bebola rambut sebesar bola sepak tu datangnya dari rambut mangsa sang buaya durjana..so,entah berapa banyak mangsa dah yang dia telan sampai boleh jadi bebola tu..bebola tu kalau kita  tengok macam sabut kelapa dah rupenya..dengan kalernya yang warna kuning coklat tu..

Muzium ni ada 2 tingkat..bahagian bawah ada bahagian marin..ada info pasal jenis2 ikan yang terdapat di perairan Sarawak..dan di bahagian lain pula ada set rangka ikan paus..dah macam rangka dinosor jek..hehe



Part yang paling best adalah kat bahagian atas muzium sarawak ni..sebab ada rumah panjang Sarawak..siap ada tengkorak bagai di gantung kat tengah2 rumah tu..

Bergambar depan Muzium Sarawak

Kedai Sarang Burung Sinpiao,Kuching

Lepas penat ronda2 muzium,Pakcik Jumat bawa kitorang ke kedai sarang burung..macam biasa lah ada taklimat pasal sarang burung pastu dia bagi try sup sarang burung..akak aku beli gak suo sarang burung tu..sedap juak terutama sekali yang sejuk punya..anak aku si Ammaar pun duk merengek2 nak minum lagi..tapi mama tak beli..share dengan abang sepupunya aje..hehe..
syarikat yang jual sarang burung
minum sup sarang burung..sedap!!

Selain jual sarang burung,kat sini ada jugak jual serbuk lada hitam..lada putih..gula2 , kopok2 dan jugak souvenir..kat sini murah jugak souvenir dia..so aku beli fridge magnet 4 pcs rm 10..ada jugak 5 pcs rm 10..bergantung pada jenis-jenis nya..yang fridge magnet jenis batu tu murah sikit..

aku beli set lada hitam dan putih

anak buah aku tengah pilih key chain
Keluar aje dari kedai ni hari pun dah petang dan hujan renyai2..so pak Jumat hantar kitorang balik ke hotel untuk mandi solat dan rehat.Untuk dinner kitorang yang akan cari sendiri..Pak Jumat kata hotel yang kitorang duduk tu memang hotel yang strategik sebab betul2 di tengah bandaraya Kuching..so takda masalah kalau nak cari kedai makan...memang dekat aja..jalan kaki pun boleh..

Dinner-- ABC Seafood at Top Spot, Kuching

Lepas mandi solat semua, kitorang decide untuk dinner dekat ABC Seafood..Jalan kaki lenggang kangkung dalam 10 minit je dah sampai.. 


kesian dia..ngantuk sangat..

antara menu2 kami

tinggal kepala saja..


anak buah ku yang dah kekenyangan

Lepas makan balik hotel terus tido..kena tidur awal sebab pagi2 esok nak pergi tengok orang utan dekat Semenggoh..

Hari Kedua , 26.05.2012

Semenggoh Wildlife Centre (Orang Utan Rehabilitation)

Pagi2 lagi kitorang dah siap untuk ke Semenggoh.Anak buah ku Kakak,Aiman,Irfan,Haziq,Lily dan juga Zharfan adalah orang yang paling tak sabar nak tengok Orang Utan..Kalau Ammaar dah besar,dia pun tergolong dalam golongan mereka ber-enam tu..

breakfast dulu kat hotel
denai nak ke tempat Orang Utan..
tu Orang Utan dok bergayut..

Zharfan n Orang Utan
Dah puas tengok Orang Utan kita pergi tengok buaya pulak..

Jong's Crocodile Farm

akak aku beli tiket
with Kakak n Ammaar


telur buaya




Pertunjukan bagi buaya makan
Culture Sarawak Village

Destinasi seterusnya adalah Culture Sarawak Village..nak gi sini kena lalu gunung Santubong..wahh..cantik gunung tu..mengikut Pak Jumat, dulu2 ada kawasan kampung orang Bunian dekat area kaki gunung tu..dulu2 manusia dengan orang Bunian berkawan baik..tapi biasalah manusia..mudah lupa..so lama2 Bunian pun taknak kawan dah dengan manusia then diorang menghilangkan diri...hehe..ok..untuk masuk CUlture Sarawak Village tu tiket masuk sorang dewasa rm 60..tapi disebabkan aku ada student card USM yang takde tarikh tamat belajar so aku dapatlah harga studnet..rm 30..hehe..waktu kitorang sampai sini cuaca tersangatlah panas..berpeluh2 aku dan Ammaar di buatnya..

Dalam Perkampungan Budaya Sarawak ni ada pelbagai rumah mengikut etnik masing2..ada jambatan gantung tapi disebabkan aku bawa Ammaar dengan stroller so tak dapatlah aku nak rasa naik jambatan kecik tu..kawasan ni memang luas..kebetulan pada masa kitorang gi sini diorang ada perayaan..so jumpalah macam2 etnik kat sana..Dan kitorang sempat juga tengok pertunjukan tarian etnik diorang tu..Ammaar sampai tak kelip2 mata tengok diorang menari..



yang ni tarian orang asli dari Banting,Selangor
yeayyy...tepuk tangan...
cakkk!!

Kedai Kek Lapis Dayang Salhah

Balik dari Cultural Sarawak Village,Pak Jumat bawa kitorang pergi beli kek lapis..Oh ya,balik dari Cultural Sarawak Village tu lalu depan MRSM Kuching..dapatlah jugak aku tengok sekolah incik hasben ku dulu..dulu dia sekolah MRSM Kuching dari form 1 sampai form 5..pandai gak dia ek...hehe

Ok berbalik kepada Kedai Kek Lapis Dayang Salhah ni,orang kata kek dia la antara kek lapis yang paling famous..tapi masa kitorang sampai tu mak aihhh...banyak tul umat manusia..terutamanya bebudak sekolah..rombongan kot..so kat sini aku pun shopping kek lapis untuk diri aku dan kawan2 office..korang boleh try dulu kek lapis ni..diorang dah siap otong kecik2 dan masuk dalam bekas..kalau korang rasa sedap,korang bolehla terus beli..


Kat sini pun ada jual Ikan terubuk masin
nampak tak budak2 sekolah je yang ramai..
boleh try dulu sebelum beli
Waterfront Kuching

Dan bagi penutup malam kedua kami di Sarawak, kitorang berjalan2 pula di waterfront..dan naik sampan ke seberang sungai yang ada buaya di malam hari memang amat mengujakan..terima kasih tuk pakcik sampan yang sanggup tunggu kitorang malam tu..tiket naik sampan tu kalau tak silap aku cuma rm 1.50 kot seorang..


dalam sampan
ABC yang tak berapa nak sedap
dekat seberang sungai tu ade food court..so kitorang dinner dekat situ aje..aku order ABC..alamakk..tak sedap pun...


CONTINUE TO PART 2..