Pages

Friday, October 31, 2014

MC lagi..

Kali ni bukan aku yang MC..tapi bos haku...katanya aku yang bagi virus sakit kat dia sampai dia demam..selsema dan batuk...hahahha...memang sebelum Deepavali haritu aku tak sihat..selsema sakit tekak..tu pun aku balik half day sebab dah tak larat..terus gi klinik panel dan dapat MC..aku masuk je keje tengok bos aku dah sok sek sok sek hidung dia..dah berjangkit la tu..mana taknya,meja aku dengan bos aku berdepan je..takde partition ape2..memang..tiap kali aku selsema, tak lama pastu dia pulak kena..hehehe..

kesian bos aku..dah 2 hari dah tak datang opis ni..tak dapatlah aku tengok dia tido tersengguk2 depan aku lagi hari ni..hihi..bos..bos...tu baru virus sakit selsema+demam+batuk..kalau virus cinta..haaaaa....lagi tah camane...kihkihkihkih...oh noooo...my heart only for my luvly husband...lelaki yang sangat memahami diriku ini..Insha Allah..cintaku hingga ke hujung nyawa...hehe..

Thursday, October 30, 2014

Daftar Ammaar Danish ke Tabika Kemas

Alhamdulillah..syukur kerana selesai sudah mendaftarkan anak ku yang sulung ke Tabika Kemas untuk 4 tahun.Tadi isi form, lepas tu attachkan sekali dokumen yang diperlukan seperti :

1) Surat Beranak anak - 2 salinan
2) IC Ibu dan Bapa - 2 salinan
3) Slip gaji Ibu dan Bapa ( jika bekerja) - 2 salinan
4) Gambar passport anak - 2 keping

Nanti diorang akan call balik untuk buat pembayaran dan ambil baju sekolah.

Masa sampai Tabika tadi, Ammaar tanya mana beg dia..sebab dia nampak budak2 semua bawa beg sekolah..

1st impression aku terhadap Ammaar masa mula2 dia masuk kelas tu, aku nampak dia teruja tapi malu2 dan dia tengok sekeliling kelas tu..pastu dah lama2 hilang rasa malunya tu selepas dia nampak lego..dia ambil lego yang ada roda dan sambung jadi macam keretapi..takpelah, aku biarkan aje sementara aku nak isi form..dah siap isi form dan berborak sekejap dengan cikgu dia, aku ajak dia balik..ehh..ehh...dia tak nak pulak..siap menangis tak nak balik..cikgu nya pun turut pujuk..pun tak jalan..mungkin dia ingat dah masuk sekolah kot..hehhee...bersemangat betul anak aku yang sorang ni..baguslah..mudah2an minat dan semangatnya akan terus bertambah apabila start sekolah nanti..

InshaAllah..mama doakan Ammaar Danish menjadi anak yang bijak dan soleh.aminn....

Friday, October 24, 2014

Pengalaman cabut gigi bongsu..


Akhir bulan Jun 2014 haritu (sebelum puasa) tetiba gusi aku belah kanan bengkak.Bila check aku tengok ia berpunca dari gusi gigi geraham bongsu belah bawah.Esoknya aku cakap dengan bos nak halfday sebab nak gi klinik kesihatan Port Klang nak check gigi..bos aku tak cakap banyak sebab dah tengok pipi aku kembung semacam..hehe..

Sampai kat klinik, aku jadi seram sejuk..aku memang tak suka gi jumpa dentist..sebab tu gigi aku tak pernah kena cabut..kalau ada pun boleh kira berapa kali je termasuk masa sekolah2 dulu..tak lama pastu nurse tu panggil nama aku..

‘ok puan, sila baring..saya nak tengok gigi mana yang sakit..’ alahai... ensemnya dokter ni..ahahah...dan aku pun baring dan merelakan mulut aku di jelajahi dengan alat-alatan dokter tu...

Lepas dia bagi tau nurse kedudukan gigi mana yang problem untuk di rekod, kemudian dokter tu pun  explain la.. 

‘Puan,memang ada bengkak tapi kat sini tak boleh nak cabut gigi puan tu..kita akan refer kes puan ke Hospital Klang sebab gigi geraham puan ke empat2nya tumbuh senget dan kemungkinan kena buat pembedahan sikit untuk cabut gigi tu..’

opppssss....operate?aduhai...sedangkan check gigi ni pun aku dah cuak inikan pulak nak operate..warghhh...mau nangis di buatnya...

Lepas dapat surat rujukan dari klinik gigi tu,dan makan ubat yang diberikan,bengkak tu pun mula surut. Baru2 ni aku pun pergi serah gigi aku kat klinik gigi hospital klang.memandangkan dah 2 hari aku menanggung sakit akibat gigi tu bengkak kembali.

Untuk pengetahuan, kalau waktu temujanji tu kul 10 pagi, tak payahlah datang awal2 kul 8 pagi..Datanglah pukul 9 ke..9.30 pg ke..kang kalau korang lama tunggu kang ,korang pula yang bising kat gomen..aku lainlah..sebab aku pagi tu hantar bebudak gi taska kul 8 pagi dan terus ke hospital..

Dalam kul 10 pagi tu, nama aku pun di panggil..Dokter perempuan cina yang check gigi aku..Masa tu tangan aku dah menggigil2 sebab takut..pastu dokter cina muda tu pun cakap..petang tu jugak kena cabut memandangkan aku dah lama sakit dari bulan 6 lagi..dan kemungkinan kalau tak boleh cabut cara biasa, kena operate sikit.Dia suh aku datang bawa relative sebab takut kalau operate nanti aku pening ke tak larat ke kan..Nasiblah incik husband boleh balik halfday.Aku pun tak sangka yang dokter tu nak cabut hari tu jugak..

Tengahari tu,aku makan kenyang2 pastu pukul 2 ptg kitorang gerak ke hospital..Dalam jam 3 petang, dokter cina tu panggil nama aku..dia cakap,nak cuba cabut cara biasa dulu.kalau tak dapat baru operate.

Ok..mula2 dia kasi bius kat gusi bawah dulu 2 jarum..then 2 jarum lagi kat gusi atas..satu kat tepi gusi atas dan satu lagi kat lelangit.yang dekat lelagit tu rasa sakit sikit macam kena gigit semut..sikit je pun..boleh tahan je..

Dalam 5 minit macam tu, aku pun rasa bibir dan lidah aku dah kebas sepenuhnya..haaaa...dokter pun start dah buat keje dia..mula2 dia tolak  gigi tu..pastu goyang ke kiri ke kanan pulak..taknak cabut jugak then dia tolak lagi..dalam 5 minit jugaklah aksi tolak menolak gigi bawah tu berlaku tetiba dokter tu cakap dah siap..lepas tu dia cakap nak cabut gigi atas pulak..haihh..tak abes lagi seksa aku..

Untuk gigi atas,adegan tadi berulang semula..tolak ke kiri..tolak ke kanan..haihh..yang atas ni liat sikit..sampaikan dokter tu dah arahkan MA untuk prepare pisau untuk belah..dalam hati aku dub dab dub dab...janganlah belah ke jahit ke..nak jaganya bukan main susah lagi nanti..pastu MA tu dah hulurkan pisau dah..tapi dokter tu cakap nanti dulu..dia nak cuba jugak cabut gigi atas..

yang ni ambik masa 5-10 minit sebab susah nak cabut..dah penat aku nganga mulut tetiba dokter cakap dah siap..dia masukkan kain gauze (kain kasa) dalam mulut pastu suh aku gigit ..aku tanya dokter tu, tak payah operate? Dan dokter tu cakap tak perlu..aku tunjuk tanda bagus kat dokter tu..hahaha..sebab berjaya cabut gigi aku tanpa operate..hehe..tahniah dokter!!

Alhamdulillah..semuanya dah selesai..aku just bayar kat kaunter klinik tu rm 4 aje untuk cabut gigi bongsu aku..dahla pendaftaran untuk 1st time free aje..kalau tak kena bayar rm5..mungkin next kena bayarlah..

Lepas ambil ubat semua,incik suami pun bawaku pulang..part yang tak tahannya bila ubat bius tu dah nak habis..dalam jam 5 petang tu aku dah rasa berdenyut2 kat gusi yang kena cabut tu..aku makan panadol dulu..konon2 boleh tahan lagi..sekali bila bius dah habis betul denyutannya tak boleh nak cakap wooo...mau nangis...cepat2 telan pain killer 2 biji..lepas tu aku cakap dengan incik suami aku nak rest..nak tido jap..nasiblah incik suami ku memahami..aku pun tido sampai kul 8 lebih..incik suami kejut tanya nak makan tak..aku cakap nak tapi jap lagi lah..masa tu sakit tu dah kurang denyutannya..tapi under control la..dalam jam 10 malam, aku bangun,makan bubur dan telan lagi panadol..aku tak makan dah pain killer just teruskan makan panadol je.pastu sambung tido balik sampai kul 6.30 pagi..

Dan Alhamdulillah, aku boleh pergi kerja macam biasa dan makan nasi lemak lagi..bos aku pandang pelik je..kata cabut gigi..tapi makan nasi lemak...katanya..hahhaa...bos,saya sakit belah kanan je..stopkan function mengunyah belah kanan je,belah kiri masih berfungsi macam biasa..kalau tak boleh kunyah saya telan aje...

Tapi..seminggu jugaklah aku kena jaga kawasan gusi aku yang dah berlubang tu..sebab takut ada bacteria lak duk berumah dalam tu..so,lepas makan pastikan kumur2 dengan Listerine ke  atau air paip kuat2..kasi sisa2 makanan tak sumbat dalam tu...ok..