Pages

Wednesday, August 19, 2015

Pengalaman Bersalin buat kali ke 3- 2015

Baby bulan Ramadhan 
Sukur ke hadrat Illahi kerana aku telah selamat melahirkan heroku yang ke -3 ,3 hari sebelum raya Aidilfitri baru ni..sepatutnya aku dijangka bersalin pada 8.7.2015 tapi hero dalam perut ni nampaknya taknak keluar2 lagi,maka doktor bagi tempoh selama seminggu dan jika tak de rasa sakit2 jugak,silalah serahkan diri kat hospital pada 14.7.2015.Sepanjang tempoh menunggu untuk ke tarikh yang doktor bagi tu, hati aku dub dab dub dab..tak senang duduk memikirkan kemungkinan2 yang akan berlaku..sampaikan aku pernah terfikir nak pergi scan hari2 nak tengok keadaan baby ku ni..hari2 aku duk kira gerak baby..risau kalau dia tak aktif..

13.07.2015 (Isnin- hari ke 26 Ramadhan)

Dan,pada hari minggu ke 40 + 5 hari, pagi tu aku tak sedap hati dah..kenapa baby aku kurang gerak..aku fikir mungkin dia tidur..so,lepas hantar anakku yang sulung ke tadika,aku buat kerja rumah,menyapu,mengemop..basuh baju,sidai baju..pun aku rasa gerakannya mahu pun tendangannya sangatlah perlahan..hurmm...aku runsing..mungkin dia lapar sebab aku berpuasa..sepanjang ramadhan kali ni,baru 3 hari aku tak puasa sebab demam dan tak larat..dan hari tu,aku buka puasa dengan air durian belanda..huh..sedapnya rasa masam2 manis..dan aku jamah sikit makanan yang ada serta kurma beberapa biji..jam 11.30 pagi, aku ambil ammaar dari tadika dan singgah mcD beli mc ciken untuk aku dan aiskrim serta set nuget untuk budak berdua ni,ammaar dan aariz..lepas makan,aku duk rehat sambil tunggu kick dari baby..tunggu dan tunggu sampailah jam 3 ptg, aku baru dapat 7 kali gerak je..saaangat lambat dan slow je kick nya..hati bertambah tak sedap lantas aku call incik suami bagitau pergerakan baby slow..incik suami tanya aku ada rasa sakit perut ke ape ke..aku cakap tak..dia minta aku tunggu sementara dia bagitau bos dia yang dia nak balik.oklah..

biasanya,kalau dah jam 3 petang aku dah dapat lebih dari 10 kali gerakan..tapi entah kenapa hari tu memang slow sangat..bila incik suami balik dan lepas solat asar, kami pun gerak ke hospital klang.Hati aku tersangatlah sebak bila terkenangkan Ammaar menangis teresak2 nak ikut aku pergi hospital..adiknya si Aariz tak nangis..ape dia nak kisahkan asalkan makanan ada kat tangannya..

Sampai kat PAC Hospital Klang, lepas daftar dan tukar baju dan kain pink, nurse suruh aku baring kat katil tepi dinding untuk check CTG baby sebab masa daftar aku ada bagitau aku datang sebab pergerakan baby slow..adalah dalam 20 minit aku duk terbaring dan mengiring untuk dapatkan bacaan CTG kemudian ada doktor perempuan cina muda aku kira dia MO (Medical Officer) datang bagitau bacaan CTG ok menandakan ada baby ok.Alhamdulillah..syukurlah..kemudian, dokter tu kata nak check bukaan ataupun VE..masa dia seluk tu punyalah lembutnya dan serius tak sakit pun macam yang aku pernah rasa dulu..mungkin jari-jemarinya kecil kot..'dah buka 1 cm' katanya..ooohhh..tu je aku mampu balas..

'lepas ni kita buat scan ye..nanti masuk ke bilik scan..'katanya sambil tunjuk ke arah 1 bilik di depan aku..aku cuma angguk dan terus masuk dan baring sementara menunggu dokter tu datang.Tak lama tu,dokter tu masuk dengan sorang lagi dokter lelaki cina yang aku rasa dia mungkin HO ataupun dokter pelatih..Dokter cina muda tu buat scan kat perut aku,dan tunjuk jantung baby..

Lepas semuanya dah check,aku diminta duduk kat luar bilik sementara tunggu untuk di hantar ke wad.Masa mula2 daftar tadi nurse dah inform terus masuk wad sebab esok memang aku dah kena admit pun..so terus je duk kat wad katanya..

AKu ditempatkan kat wad 1A katil sebelah tingkap..walaupun sebelah tingkap dan pintu koridor, malam tu aku rasa panas sangat..takde angin langsung..tulah kalau badan dah biasa sangat kena ekon macam tu lah jadinya..menggelupur cari kertas untuk jadikan kipas..sebab dah tak tahan panas sangat,aku call incik suami mintak dia bawa kipas esok pagi..aku tanya icnik suami dia berbuka apa kat rumah mak tadi,katanya dia tak lalu nak makan..bila ditanya,dia kata dia teringatkan aku..hatinya risau sampai tak de selera nak makan...alololo..suwetnya incik suamiku..(padahal mata aku dah berair dah..)

disebabkan tak boleh nak tidur sangat,aku borak2 dengan akak2 sebelah katil aku..akak sebelah katil aku dah 4 hari masuk wad..tanda darah dah keluar banyak dan tanda sakit tu dah ada tapi bukaan masih 4 cm..esok pagi kena induce katanya..bila dengar induce,aku terasa dah sakitnya macam mana..dalam hati aku berdoa..janganlah kena induce..

14.07.2015 -(Selasa, hari ke-27 Ramadhan)

Dalam panas2 tu, tah camana aku boleh tertidur jugak..Jam 3 pagi aku dikejutkan oleh akak nurse yang cantik untuk ambil tekanan darah dan check bacaan denyut jantung baby guna doppler kecil tu..lepas tu, aku bangun untuk ke toilet..hurmm..ada darah..ini ke tanda darah yang orang selalu cakap tu..syukurlah..masanya dah tak lama..bisik hatiku..tapi aku terfikir jugak,mungkin darah ni sebab dokter check bukaan tadi..entahlah..aku tengok akak kat sebelah aku pun dah bangun,bersiap nak buat CTG tapi dia cakap nurse suruh dia makan dulu..nak makan apa,ape pun takde..ada milo je katanya..aku buka laci aku tengok ada roti,dan aku hulurkan roti yang incik suami belikan untuk aku petang tadi kepadanya..takpelah,esok aku suh incik suami belikan yang lain untuk aku..

lepas tu aku sambung tidur balik..jam 5 pagi, sekali lagi nurse datang kejut aku untuk buat CTG pulak..nurse suruh aku makan dulu sebab nak bagi ada tenaga sikit..alamak..makan ape??aku dah bagi roti aku kat akak sebelah tadi..hurm...nasib baik ada kurma yang aku ambil dari rumah mak..jadi aku makan sebiji kurma kemudian minum air masak..

Masa buat CTG tu,mula2 kena terlentang,lepas tu mengiring..sebab baby aku tidur pulak...kesian akak nurse tu kena tekan2 perut aku suh baby bangun..dalam 30 minit, barulah aku boleh balik ke katil,.masa ni aku dah rasa sakit sikit2 contractionnya..aku baring atas katil..konon2 nak tidur..tapi sakitnya makin kuat..aku pun bangun untuk berjalan2 sekitar katil aku..agar cepat jalan dibuka..aku borak2 dengan sorang budak indon yang baru lepas bersalin..dapat anak lelaki..katanya kena bayar deposit rm1200 sebab dia bukan warganegara..bestnya dah bersalin..dah senang dah tak perlu rasa sakit lama2..

Dalam jam 6.30 pagi,aku gi mandi..sebab aku rasa macam dah tak lama je aku nak bersalin dan aku amat berharap air ketuban akan pecah..tapi tak jugak pecah macam yang aku rasa masa bersalin anak no 2 dulu..lepas mandi,aku kena tunggu kat depan bilik pemeriksaan untuk check bukaan..disebabkan doktor bizi plus ramai yang nak kena check bukaan,dalam jam 9 jugaklah baru doktor check..doktor perempuan India yang check bukaanku..baru 3 cm katanya..then, aku ke toilet semula untuk cuci miss V dan tukar pad sebelum balik ke katil.

Tengah rehat2 kat  katil,datang nurse tanya kat aku nak dengar ceramah pasal penyusuan baby ke tak..aku cakap boleh jugak coz aku taknak layan sangat sakit contraction yang dah aku rasa sejak 5 pagi tadi tapi kali ni dah rasa agak kuat sikit sakitnya tapi still boleh tahan..masa dengar ceramah tu,aku tak dapat duduk diam tiap kali contraction datang selang 5 minit..tapi dalam sakit2 tu,dapat jugak aku ilmu tentang cara nak buat bila bengkak susu terjadi dan cara nak urut untuk lancarkan susu keluar..masa ni aku nampak incik suami datang bawa makanan untuk aku..tak lama lepas tu,incik suami pun balik sebab katanya bukan waktu melawat..tapi aku sempat jugak mesej kat dia yang bukaan dah 3 cm..

Balik je ke katil, ada 2 orang doktor sedang check file akak kat sebelah aku..sorang dokter perempuan India yang aku agak dia MO dan sorang lagi dokter lelaki cina,HO mungkin.Lepas check katil sebelah,dokter tu datang kat katil aku..aku duduk sebab tak best pulak kalau dokter datang aku tengah baring..nampak kurangnya kesopanan di situ..melainkan kalau aku betul2 tak larat..masa ni contraction makin kuat dari tadi..sampai aku berkerut2 dan dahi ku berpeluh sambil aku baca doa nabi yunus serta ayat kursi.Kemudian dokter perempuan India tu soal siasat aku..dia  tanya kenapa aku C-Zer dulu..dan tanya aku ada bawa buku tak..of kos lah aku tak bawa buku merah lama tu,dan aku tanya kalau dia nak,aku boleh mintak incik suami bawakan..dia kata takpelah..then,dia diskas ape tah ngan dokter cina tu..tetiba dia cakap ngan aku,nak check bukaan aku sebab dia tengok aku macam sakit sangat sampai berpeluh2..aku kata ok je lah dan aku tunggu dokter tu kat bilik pemeriksaan.

Aku tengok jam dah pukul 10 pagi.Dalam beberapa minit,datang dokter tu..rupa2nya dah buka 5 cm dan dia pecahkan air ketuban.Dokter cakap air ketuban aku dah kaler brown lite..tahla..bahasa mudahnya,baby aku dah berak dan dah makan taiknya sikit..Dokter kemudian besarkan jalan jadi 6 cm..dokter suruh aku cuba teran..aku pun teranlah..tapi takde lah kuat sangat sebab feel nak meneran tu belum ada lagi..Then dokter cakap kat nurse suruh bawa aku kat katil tengah dan check CTG..mungkin masa check CTG nanti bukaan boleh jadi lagi besar..dan aku dengar dokter suruh prepare untuk hantar aku ke labour room..

Aku tak sempat nak mesej incik suami sebab nurse bawa aku terus ke katil tengah dengan wheel chair..kat katil tengah tu aku sorang je yang ada..katil kiri dan kanan takde orang..aku nampak ada 2 orang patient hujung katil aku tengah tengok aku..mungkin diorang rasa ngeri atau takut bila dengar aku mengerang..aku takdelah mengerang kuat sangat tapi diorang masih boleh dengar..Sementara nurse yang aku boleh anggap macam mak2 pasangkan CTG,datang dokter cina tadi ambil darah aku.Aku biarkan aje jarum tu masuk ke tangan aku dan aku berdoa kepada Allah semoga aku dipermudahkan untuk bersalin..nurse tu baik sangat..dia siap cakap,kalau rasa sakit ,panggil je dia..nak teran,teran sikit2..

aku tengok jam, dah pukul 10.15pagi..aku dah rasa contraction yang kuat..aku panggil nurse..nurse tadi tu datang..dia check bukaan baru 7cm..nurse layan aku dengan baik sangat..serius aku rasa selesa dengan nurse tu..10.20 pagi, sekali lagi contraction datang dengan kuatnya..aku teran sikit dan panggil urse tadi..dia datang dan check bukaan sekali lagi..dah 8 cm..waktu ni baru aku teringat,air selusuh 'kelapa dara Anugerah' tertinggal kat dalam laci..dan pada waktu ni,nurse dah tolak stretcher dan suruh aku pindah ke atas stretcher tu.

Aku di bawa ke labour room..syukurlah kali ni nurse yang akan sambut anak aku..dan semua dalam labour room tu perempuan..termakbul doa aku sebelum ni..Dalam masa yang singkat tu,aku dah rasa nak meneran..Ya Allah,aku meneran 7 kali untuk keluarkan kepala baby..disebabkan kepalanya besar,aku terberak sekali..huhuhu..dan aku tanpa sedar dah terangkat punggung sikit..kemudian,aku teruskan meneran untuk keluarkan badan baby pulak..

Alhamdulillah..mulut aku tak berhenti2 mengucapkan syukur kepada Allah kerana aku dah berjaya lahirkan sorang lagi khalifah Allah jam 10.31 pagi seberat 3.5 kg..nurse hanya tunjuk kejap je kat aku dan tanya apa jantinanya..bila aku cakap boy,dia terus bawa baby aku keluar..biasanya dia letak atas badan..tapi disebabkan baby dah makan taik sikit,so nurse nak sedut keluar dan bersihkan baby..dan nurse keluarkan uri dan darah beku..banyak jugak darah aku keluar masa ni..

Aku tak kena gunting..cuma koyak sikit kata nurse tu..walaupun koyak sikit,tetap kena jahit 3 lapisan..wooo..yang ni takde bius..cuma dia spray je..paling sakit masa dia jahit kat kulit..fuhh..gigit kain la jawapnya..aku tak sabar nak abes semua ni..sakit nya cuma aku dan orang yang dah rasa je tau..

Selepas siap semuanya,aku di tolak ke luar labour room..sementara tunggu baby,ada nurse pelatih bawakan aku air milo dan bagi aku minum..aku minum sampai habis dan ucap terima kasih..wahh..baik betul nurse2 ni..

Tak lama lepas tu, nurse panggil nama aku, sebelum dia serahkan baby aku,dia tanya,apa jantina baby aku..aku cakap boy dan check no kat tag tu..Nurse letakkan baby kat sisi aku dan suruh aku susukan baby..masa mula2 aku tengok baby aku,aku lihat pipinya sangat bambam..mata sepet..baby masa tu belum pandai nak menghisap..tapi lama2 dia dah ok..aku nyusukan dia walaupun aku tau mungkin mula2 baby akan penat nak isap sebab susu aku tak keluar lagi..takpe..aku fikir positif je..

Dalam 20 minit lepas tu,nurse datang untuk hantar aku balik ke katil..tapi masa keluar dari labour room,nurse berhenti kat luar pintu panggil incik suamiku..waktu ni aku sedih sikit sebab incik suami takde..aku cakap kat nurse yang incik suami aku belum sampai lagi..sebab aku tak sempat nak inform dia sebelum ke labour room tadi..

sampai kat katil,aku terus capai henpon..kebetulan dia pun call aku bagitau dia dah on the way ke hospital sebab takut takde parking..dia bawakan kipas sekali untuk aku..aku bagitau dia,cepatlah datang,boleh tengok baby bambam dia..ade ke patut dia cakap aku tipu dia..aku cakap yang au dah bersalin,dia masih tak percaya..haihhhh....aku biarkan aje lah sampai dia datang sendiri dan tengok..

Terkejut dia bila nampak baby bambam dia kat tepi katil aku..ape?ingat benda macam ni aku nak memain ke..hadoiilah suamiku..dia angkat dan cium..kemudian dia azan dan qamatkan baby..


'Sedih abang..' katanya tetiba sambil menatap wajah baby..
'kenapa?'tanya aku..
 rupanya dia sedih sebab tak dapat tunggu aku kat luar labour room tadi..alololo..suweetnya..

takpelah sayang..nak buat camane..dia pun tak sangka cepat sangat baby nak keluar..lepas tu,dia turun ke kantin belikan nasi dan air milo panas untuk aku..kemudian dia balik dan janji nak datang petang nanti dengan Ammaar..

Petang tu,dia datang bawa roti dan coklat...haihhh...tepuk dahi aku..last2 dia bawa balik coklat tu..macam2 incik suamiku ni..

Jam 8 malam,nurse bagitau aku boleh balik dah..syukurlah baby semua sihat dan terus aku call incik suami..gembira dia dengar aku dan baby boleh balik..jam 9 malam dia datang,dan setelkan semua bil..Alhamdulillah,segalanya telah dipermudahkan..