Pages

Sunday, December 28, 2014

Short Trip to Ipoh - Parit Buntar - Nibong Tebal - Batu Kurau - Taiping - Dec 2014 --Part 1

20 December 2014 -- Sabtu

First of all..aku ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat teman sekerja ku Eja dan pasangannya iaitu bos aku jugak, Daniel Ding (muallaf) yang baru je membina mahligai indah pada 12 December 2014 dan majlisnya pada 21 December 2014 di Batu Kurau, Perak.


Ok, trip aku kali ni sebenarnya atas jemputan ke majlis kahwin teman kerja aku ni, Eja..dulu aku pernah cakap..kalau dia kahwin, jauh macam mana pun Insha Allah aku akan pergi..maka, tertunai sudahlah janji ku padanya dengan short trip ni..

Seawal pagi hari Sabtu, 20 hb December 2014, aku dah berkemas apa yang patut..menggoreng sosej..ayam pedas Ayamas..dan kentang goreng buat kunyah-kunyah dalam kereta nanti..sementara tunggu anak bujang aku si Ammaar bangun, aku siapkan Aariz dulu..hurmm..batuk pulak si Aariz..hati aku dah risau..dan berharap Aariz ok2 aje sepanjang trip ni..

Dalam jam 10.30 pagi, cik Puteh ku pun bergerak menuju highway Kesas masuk NKVE , lebuhraya Guthrie dan highway Plus Utara-Selatan.Cuaca pun elok takde hujan cuma jem sikit kat Tapah..Sebelum aku meneruskan perjalananan ke Taiping, kami singgah dulu kat Ipoh..berjejak kasihan dulu dengan sahabat baik ku, Effa masa belajar kat USM dulu...Dengan menggunakan khidmat nasihat pak Waze, maka kami dengan selamatnya telah sampai ke rumah Effa yang terletak di Taman Meru kat Ipoh.Usai solat Zohor, Effa n husbandnya, Wan belanja makan kat Restoren Mecca Tower..menu lunch kitorang hari tu adalah nasi Arab..nyum2..marvelous!!kambing dia memang sedap..ikan dia pun tak rasa macam ikan..hahaha..memang sedap..Thanks Effa n husband..InshaAllah, kalau ada rezeki boleh jumpa lagi dan borak panjang lebar..




Lepas makan2 kami pun teruskan perjalanan ke Taiping..mulanya plan nak singgah zoo Taiping dulu..tapi memandangkan jam dah tunjuk pukul 4.00 petang dan hujan renyai2 pulak, aku pujuk Ammaar untuk pergi Zoo Taiping keesokan harinya..Alhamdulillah, Ammaar setuju..So,kami terus menuju ke Hotel Kelisa, yang terletak kat Bagan Serai, dalam 27 km dari Taiping.Lepas check in, rehat2 kan badan kejap, aku ajak incik suami pergi ke Kampus Kejuruteraan USM kat Nibong Tebal.Tapi sebelum sampai USM, kena lalu Parit Buntar dulu..


Masa lalu pekan Parit Buntar tu..aku memang macam tak percaya je tu Parit Buntar..wahahhahaha...banyak dah berubah..ada jambatan baru..ada shopping mall..ada Mydin Mall..wahhh..hebat..hampir sesat aku di buatnya..Akhirnya, kami pun sampai kat USM..aku suh incik hasben terus ke Pusat pengajian aku dulu..iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik..4 tahun beb..4 tahun aku menimba ilmu kat sini..Alhamdulillah, berjaya jugak aku tamatkan pengajianku kat sini bersama kawan2 yang lain..Aku minta incik hasben ambilkan gambar aku dan anak2 untuk buat kenang2an..aku cakap kat Ammaar.." Inilah sekolah mama..besar tak?" Ammaar kata sekolah mama besar..nanti Ammaar nak sekolah dekat sini..macam mama..aduhai...kembang kuncup jantung hati aku mendengarnya..

EEhhhhh....no..no...no..CANNOT!!! Ammaar tak boleh sekolah kat sini..ini sekolah kejuruteraan!!Ammaar punye sekolah kat USM Kubang Kerian,Kelantan.. Fakulti Kesihatan ok!!Ammaar kan nak jadi doktor pakar Ammaar..pujuk ku..huhu..budak sebesar Ammar yang baru 3 tahun lebih ni apa lah yang dia faham kan..tapi aku sebagai ibunya perlu memberi galakan dan dorongan dari kecil lagi..biarlah bunyinya seperti memaksa..tapi demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang ni , aku kena support dia dari dia kecil..hehe..bersemangat mama ko ni Ammaar..hehhe...dan...seperti biasa, Ammaar hanya angguk..tah paham ke tak tah...

Aku melepaskan pandanganku ke seluruh bangunan School EE..arghhhh..memang aku terlalu rindu dengan setiap detik yang telah berlalu sepanjang aku berada di USM..Sebelah bangunan EE, ada Pusat Islam..rasa menyesal tiba di hati bila aku kenang berapa kali aje aku beribadah di Pusat Islam itu..dan ku pandang bangunan depan EE, ya..itulah bangunan yang kami panggil Dewan Kuliah..kebanyakan kelas kami dibuat di situ..Ya Allah..betapa aku amat2 merindui saat2 dulu..

"Yang..jom solat Asar" tetiba incik hasben aku bersuara.."ok..jom kita gi solat kat masjid Putih belakang USM ni.." kataku..tapi sebelum tu, aku ajak incik asben pusing2 dulu dalam USM..wahhh..ada bangunan baru terletak di belakang School Aero..jet2 yang dulunya kat sebelah School Aero pun dah dipindahkan..Bangunan tu rupa2nya Pusat Penyelidikan dan Sains..besar giler..wahhh..hebat USM sekarang..

Kemudian lalu pulak ke Desasiswa ataupun hostel..pun ada bangunan baru..bangunan untuk Pelajar..hurmm.mungkin untuk Perwakilan pelajar kot..hehe..memandai je aku..Lepas habis pusing2, aku ajak incik asben ku gi masjid putih solat Asar dulu sebelum gi jumpa cik Kia..salah sorang kawan aku yang masih berada di USM sebab nak sambung PHD..Alhamdulillah..tahniah cik Kia..

Desasiswa Utama terletak di luar pintu belakang USM..Ostel baru..ada 7 tingkat semuanya..So jumpa cik Kia kat bawah je..nasib ada meja dan kerusi..boleh lepak2 borak2 dengan Kia..hurmm..Kia dah kurus sekarang..dulu tembam..hehe..dia kerja sebagai Research Officer under lecturer dia dulu..and next year baru register PHD..Aku doakan yang terbaik untuk ko Kia..Semoga berjaya menjadi Dr..dan lecturer..esok2 anak2 aku nak sambung belajar senang aku contact ko ye Kia..hehe..

Ok..lepas jumpa Kia...kitorang menuju ke Mydin Mall..lokasinya depan kedai Shasha...dulu2 zaman kitorang belajar takde mall2 ni semua..yang ada cuma Billion..Econsave pastu kedai2 makan..kedai makan yang femes tu antaranya adalah Kedai Shasha dan Kedai Bagan Samak..hehe..

Mydin Mall Parit Buntar agak besar jugak..bersebelahan dengan Mydin mall bangunan Kerian Mall..ada Cinema baru buka kat situ..Tujuan kami ke Mydin mall ni sebab incik asben aku nak cari hadiah..kat opis dia ada tukar2 hadiah sempena Xmas ni..tu yang duk cari2 apa yang sesuai tapi last2 takde satu pun yang berkenan kat hati dia..Aku beli pembalut hadiah ngan baju putih Ammaar je untuk sekolah tabika dia nanti..pastu, kami turun ke food court untuk tapau makanan..makan kat hotel je sebab si Aariz dah tidur dalam pangkuan papanya..

Sampai hotel, sambil makan sambil layan bola..huhu...Malaysia lawan Thailand..kalah daaa...lepas mandi , balut hadiah untuk Eja, then tidur..sebab aku sakit kepala lepas makan kambing nasi Arab tu..panadol pulak tak bawak..so layan mata aje lah...mudah2an esok kepala aku dah tak sakit lagi...

Nanti sambung untuk perjalanan esoknya ke Batu Kurau dan Zoo Taiping..




Aariz Masuk Wad..

2 December 2014, hari selasa malam,Aariz kena admit wad kanak2 kat HTAR..Petang selasa tu lepas balik keje aku terus ambil Ammaar dan Aariz kat Taska..masa dalam kereta dah dengar si Aariz batuk..tapi makin teruk masa Maghrib tu..nafas dah berbunyi dan batuk berkahak..

Then,lepas incik suami balik keje dan makan, aku dan incik suami gi bersiap untuk ke klinik dekat ngan umah aku..dokter bagi neb kat dia..nafas dia dah kurang bunyi macam wisel tapi nafas still laju..sampai berlekuk dadanya..Terus..incik dokter bagi surat reffer terus ke HTAR..sampai hosp klang, dokter bagi neb sekali lagi..dan lepas neb tu dokter masih tak puas hati terus dia suh masuk wad..Maka, jadilah Aariz penghuni wad 6B selama 1 minggu kat dalam bilik cubical kat HTAR..


Sepanjang 7 hari duk wad tu 7 kali jugaklah Aariz kena sedut kahak..kahak dan lendirnya terlalu banyak..Dalam report Aariz,diagnose penyakitnya adalah Acute Bronchiolitis atau radang paru2 la senang citer.. tapi dokter kata jangkitan kumannya kat bahagian atas..so diorang on antibiotik..masuk ubat melalui kaki..tak sampai 2 hari jarum kat kaki dah tercabut sbb budak kecik ni lasak sangat..so nurse pasang jarum kat tangan pulak..itupun kain kat tangan dia dah barai..asik kena gigit je dengan si Aariz..

merajuk dengan mama..
Menjaga Aariz kat wad selama seminggu buat aku betul2 tak larat..dengan keadaan aku yang masih mengalami evening sicknessnya dan badan masuk angin sebab tidur tak cukup memaksa aku bergilir2 jaga Aariz dengan incik suami..incik suami balik keje dia akan jaga sampai tengahmalam dan aku akan balik umah untuk tidur seketika..kemudian tengahmalam aku datang hospital balik untuk jaga Aariz sebab incik suami keje esoknya..aku cuma berdoa dan berharap Aariz cepat sembuh dan boleh balik ke rumah cepat..

Senyuman untuk mama..hilang penat mama,sayang..
Alhamdulillah..hari ke dua di wad dah nampak perubahan kat Aariz..nafasnya dah kurang laju walaupun masih ada lekuk di dadanya..dokter cakap lekuk tu lama2 hilang sendiri..lekuk tu di sebabkan Aariz tarik nafas terlalu kuat dan terpaksa guna otot2 lain di sekitar dadanya sebab saluran nafas dia terganggu sikit disebabkan kahak yang banyak..
Demam..

Ambil gas setiap 4 jam..
Mama lambat la..biar Aariz buat sendiri lah!!
selama 4 hari jugalah Aariz kena ambil gas..hari ke dua kat wad, dokter tukarkan ubat gas lebih kuat sikit supaya saluran pernafasasn dia lebih longgar..Alhamdulillah,ubat2 tu semua serasi dengan Aariz termasuk antibiotik yang diberikan..

Lepas nafas dia dah ok, dokter cakap kalau takde pape boleh discaj..tapi..tiap kali nak discaj, suhu Aariz tinggi..demam pulak si kecik ni..esoknya pun sama..bila pagi tu dokter kata boleh balik kalau tak demam, bila nurse ambil bacaan suhu, dia demam..aduhai..dan lepas tu, aku sentiasa basahkan kepala Aariz dengan towel basah..malam tu aku tidur atas katil ngan Aariz..serius..badan aku dah tak larat 6 hari tidur kat atas kerusi malas kat hospital..sudahlah aku sedang mengandung..memang dugaan betul..dan Alhamdulillah, hari ke 7 dokter bagi Aariz discaj..syukurlah Aariz pun tak demam..terus aku call mak aku bagitau minta abah aku ambil kat hospital.

Semoga anak2 ku sihat hendaknya..aminn...



Thursday, December 18, 2014

Bercuti ke Terengganu-- 10 Oct 2014 - Part 1

Ni cerita tentang cuti2 kami ke Terengganu 10 - 12 Oct 2014 baru ni..actually aku tak bercadang nak pergi pun memandangkan Ogos haritu aku dah pergi masa kawan aku kawen..tapi disebabkan adik aku yang memaksa ajak pergi sebab dia ada kursus kat sana, maka aku pun book lah tiket flight MAS ke Terengganu..kononnya adik aku nak bawa mak abah aku bercuti sekali ke sana tapi dia takut mak abah aku boring tu yang dia beriya2 suruh aku ikut tu..nasib incik husband sporting..sudi ambil 1 hari cuti..

sebulan sebelum pergi,aku dah book tiket flight MAS untuk kami berenam...adik aku naik Airasia sebab dia start kursus hari Jumaat tu..kitorang hari Jumaat baru naik flight..tiket masa tu rm120 sorang pergi balik..bagi aku masih berbaloi dari naik kereta..

Penginapan pun aku dah book awal2 kat Batu Buruk Beach Resort melalui telefon..ambil bilik family rm 165 per day..dan aku juga dah book kereta viva untuk memudahkan kami bergerak ke sana sini..sebenarnya memudahkan kami pergi bershopping sebab adik aku kan kursus..so kitorang je yang bergerak sana sini..hehe..

Ok..semua dah setel, hari yang di nanti pun tiba..pagi tu aku naik komuter dengan si Ammaar..aku ikutkan ajelah kehendak si Ammaar yang nak sangat naik keretapi pastu naik kapal terbang..adik Aariz naik kereta ngan papa n mak abah aku..

Ammaar bukan main seronok lagi dia dapat naik komuter..macam orang tak pernah naik..padahal dah bape kali dah naik komuter tu..mungkin dia ingat komuter tu sama macam naik keretapi thomas dia..asalkan macam keretapi,semua dia balun kata keretapi thomas..ikutkan ajelah...


sampai kat kl sentral, aku menuju ke ERL pulak..rupenya tempatnya ke belakang sikit..tiket untuk kami berdua RM50 semuanya..lepas turun eskalator,kami berlari2 anak menuju keretapi tu..nasib sempat naik..papa Ammaar baru je sampai KLIA..so, papa Ammaar kena tunggu kami berdua lagi 28 minit baru sampai sana..

Dalam ERL tu, ramai mat saleh ngan orang luar..pakai kot bagai..aku jugak yang sempoi..pakai tshirt..jeans pastu selipar ala2 sandal..aku duduk sebelah mat saleh..sebab tu je kosong..borak ngan mat saleh tu pun sikit2 je,,tanya dia turun mana..pastu memasing buat hal sendiri...ERL ni dia pergi 2 station je..mula2 KLIA..lepas tu baru ke KLIA 2..sape2 yang naik MAS turunlah ke KLIA..sape naik AIR ASIA sila lah turun ke KLIA 2..cukup 28 minit, kitorang pun sampai lah kat KLIA..keluar je dari ERL tu Ammaar merengek nak naik keretapi lagi..ehhh..takde2..kataku..lepas ni naik kereta aje..haihhh...

pastu kitorang ambil lift ke tingkat 5 sebab tempat berlepas kat tingkat 5..keluar dari lift,si Ammaar dah berlari2 kejar neneknya yang dah ready tunggu aku dan Ammaar..dan aku terus dukung si adik yang tengah sibuk makan biskut kat atuknya..

Then, incik husben ajak check in dan letak bagasi..memandangkan kitorang naik MAS, so takdelah kitorang heran sangat kalau beg banyak..lepas tu mak aku nak gi solat jap..mak aihh..punya la jauh surau dia..incik hasben aku dah risau dah sebab mak aku belum muncul2 lagi..tak lama pastu baru nampak mak aku sengih2 datang kat kitorang..

Ammaar cukup seronok guna walkalator sepanjang nak gi ke ruang menunggu..gate kitorang hujung sekali..sampai2 je pramugari MAS bagitau flight delay dalam 40 minit..aku ok je..bukan kitorang nak kejar masa pun..

Dan dalam flight MAS tu, stewardess bagi air oren ngan kacang..layan ajelah makan kacang dalam flight yang amik masa 55 minit tu..



Sampai kat airport Sultan Mahmud, adik aku belum habis seminar lagi..so aku terus gi kaunter teksi untuk hantar kami ke Batu Buruk Beach Resort.Tambang teksi takdelah mahal sangat..dalam rm20 je rasanya aku bayar haritu..pakcik teksi tu pun peramah..jumpa pulak abah aku yang memang kaki borak..tak sampai 30 minit dah sampai dah kat resort tu..lepas ambil kunci,dan order tilam extra, kitorang pun masuk bilik..rehat2 sementara tunggu adik aku balik..

Dalam kul 5.30 ptg, adik aku pun sampai..lepak2 jap mandi dan lepas solat Maghrib,adik aku bawa keluar makan..katanya dia makan cfood kat Kuala Ibai..murah giler..tu yang malam ni dia nak ajak gi sana lagi..

Memandangkan adik aku ni buta jalan walaupun dia dah pegi semalamnya, maka terpaksalah guna pakcik WAZE mintak tunjuk jalan..sampai sesat2 ko kitorang cari jalan ke Ikan Bakar Kuala Ibai tu..sampai tah ceruk mane pun tak tau la sebab dah malam..tapi akhirnya kitorang jumpa jugak dengan bantuan Google Maps..hehe..

ok..sambung nanti..








Wednesday, November 12, 2014

Pregnant lagi..

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana memberikan ku rezeki untuk menambah zuriat kami yg ke 3..

Sebenarnya aku agak heran sikit kenapa peod ku belum kunjung tiba lagi..dah lewat 3 hari..dan aku bukan jenis yang suka suprise2 ni..so sabtu lepas aku gi Guardian dan beli Urine tester..

Awal2 pagi Ahad aku bangun dan terus buat urine test tu..sesaat..dua saat..3 saat...dan...2 garis pun muncul..Alhamdulillah..syukur..ku panjatkan doa kepada Allah yang Maha Esa lagi Penyayang selepas solat Subuh pagi tu dan berharap diberikan kesihatan yang baik serta di ampunkan segala dosa2 ku,suamiku dan kedua2 ibu bapaku..semoga baby dalam rahim ku ini sihat sempurna hendaknya..dan semestinya aku mengharapkan baby ini adalah gegurl pula..Ya Allah..semoga Allah tunaikan hajatku untuk mendapat anak perempuan kali ni..aminn....

Patutlah si Aariz duk melekat je dengan aku..merengek nak bermanja..rupenya nak jadi abang dah..si Ammaar pula dah bertanya mana adik kecik..adik kecik ada dalam perut mama la sayang...hehee...

Alhamdulillah..incik suami pun bila kami duduk berdua,dia usap perut aku..dah ada baby dalam ni..katanya dengan senyuman..dia pernah cakap, Ammaar dengan Aariz masa kecil selalu cari papa..nak susu cari papa..tidur atas badan papa..atas lengan..tapi bila dah besar semua cari mama..cari nenek..kesian incik suami..takpelah..mudah2an kali ni perempuan..kalau perempuan ni mesti dah besar akan manja dengan papanya..urut2 kepala papa..picit2 badan papa..hehehe...dengar tu wahai Ammaar dan Aariz..papa sedih bila kamu berdua cari orang lain bila kamu berdua dah boleh berjalan dan berlari..bila nak something baru cari papa..semoga kamu berdua dah besar nanti jangan lupa papa, ok hero2 mama!!

Friday, October 31, 2014

MC lagi..

Kali ni bukan aku yang MC..tapi bos haku...katanya aku yang bagi virus sakit kat dia sampai dia demam..selsema dan batuk...hahahha...memang sebelum Deepavali haritu aku tak sihat..selsema sakit tekak..tu pun aku balik half day sebab dah tak larat..terus gi klinik panel dan dapat MC..aku masuk je keje tengok bos aku dah sok sek sok sek hidung dia..dah berjangkit la tu..mana taknya,meja aku dengan bos aku berdepan je..takde partition ape2..memang..tiap kali aku selsema, tak lama pastu dia pulak kena..hehehe..

kesian bos aku..dah 2 hari dah tak datang opis ni..tak dapatlah aku tengok dia tido tersengguk2 depan aku lagi hari ni..hihi..bos..bos...tu baru virus sakit selsema+demam+batuk..kalau virus cinta..haaaaa....lagi tah camane...kihkihkihkih...oh noooo...my heart only for my luvly husband...lelaki yang sangat memahami diriku ini..Insha Allah..cintaku hingga ke hujung nyawa...hehe..

Thursday, October 30, 2014

Daftar Ammaar Danish ke Tabika Kemas

Alhamdulillah..syukur kerana selesai sudah mendaftarkan anak ku yang sulung ke Tabika Kemas untuk 4 tahun.Tadi isi form, lepas tu attachkan sekali dokumen yang diperlukan seperti :

1) Surat Beranak anak - 2 salinan
2) IC Ibu dan Bapa - 2 salinan
3) Slip gaji Ibu dan Bapa ( jika bekerja) - 2 salinan
4) Gambar passport anak - 2 keping

Nanti diorang akan call balik untuk buat pembayaran dan ambil baju sekolah.

Masa sampai Tabika tadi, Ammaar tanya mana beg dia..sebab dia nampak budak2 semua bawa beg sekolah..

1st impression aku terhadap Ammaar masa mula2 dia masuk kelas tu, aku nampak dia teruja tapi malu2 dan dia tengok sekeliling kelas tu..pastu dah lama2 hilang rasa malunya tu selepas dia nampak lego..dia ambil lego yang ada roda dan sambung jadi macam keretapi..takpelah, aku biarkan aje sementara aku nak isi form..dah siap isi form dan berborak sekejap dengan cikgu dia, aku ajak dia balik..ehh..ehh...dia tak nak pulak..siap menangis tak nak balik..cikgu nya pun turut pujuk..pun tak jalan..mungkin dia ingat dah masuk sekolah kot..hehhee...bersemangat betul anak aku yang sorang ni..baguslah..mudah2an minat dan semangatnya akan terus bertambah apabila start sekolah nanti..

InshaAllah..mama doakan Ammaar Danish menjadi anak yang bijak dan soleh.aminn....

Friday, October 24, 2014

Pengalaman cabut gigi bongsu..


Akhir bulan Jun 2014 haritu (sebelum puasa) tetiba gusi aku belah kanan bengkak.Bila check aku tengok ia berpunca dari gusi gigi geraham bongsu belah bawah.Esoknya aku cakap dengan bos nak halfday sebab nak gi klinik kesihatan Port Klang nak check gigi..bos aku tak cakap banyak sebab dah tengok pipi aku kembung semacam..hehe..

Sampai kat klinik, aku jadi seram sejuk..aku memang tak suka gi jumpa dentist..sebab tu gigi aku tak pernah kena cabut..kalau ada pun boleh kira berapa kali je termasuk masa sekolah2 dulu..tak lama pastu nurse tu panggil nama aku..

‘ok puan, sila baring..saya nak tengok gigi mana yang sakit..’ alahai... ensemnya dokter ni..ahahah...dan aku pun baring dan merelakan mulut aku di jelajahi dengan alat-alatan dokter tu...

Lepas dia bagi tau nurse kedudukan gigi mana yang problem untuk di rekod, kemudian dokter tu pun  explain la.. 

‘Puan,memang ada bengkak tapi kat sini tak boleh nak cabut gigi puan tu..kita akan refer kes puan ke Hospital Klang sebab gigi geraham puan ke empat2nya tumbuh senget dan kemungkinan kena buat pembedahan sikit untuk cabut gigi tu..’

opppssss....operate?aduhai...sedangkan check gigi ni pun aku dah cuak inikan pulak nak operate..warghhh...mau nangis di buatnya...

Lepas dapat surat rujukan dari klinik gigi tu,dan makan ubat yang diberikan,bengkak tu pun mula surut. Baru2 ni aku pun pergi serah gigi aku kat klinik gigi hospital klang.memandangkan dah 2 hari aku menanggung sakit akibat gigi tu bengkak kembali.

Untuk pengetahuan, kalau waktu temujanji tu kul 10 pagi, tak payahlah datang awal2 kul 8 pagi..Datanglah pukul 9 ke..9.30 pg ke..kang kalau korang lama tunggu kang ,korang pula yang bising kat gomen..aku lainlah..sebab aku pagi tu hantar bebudak gi taska kul 8 pagi dan terus ke hospital..

Dalam kul 10 pagi tu, nama aku pun di panggil..Dokter perempuan cina yang check gigi aku..Masa tu tangan aku dah menggigil2 sebab takut..pastu dokter cina muda tu pun cakap..petang tu jugak kena cabut memandangkan aku dah lama sakit dari bulan 6 lagi..dan kemungkinan kalau tak boleh cabut cara biasa, kena operate sikit.Dia suh aku datang bawa relative sebab takut kalau operate nanti aku pening ke tak larat ke kan..Nasiblah incik husband boleh balik halfday.Aku pun tak sangka yang dokter tu nak cabut hari tu jugak..

Tengahari tu,aku makan kenyang2 pastu pukul 2 ptg kitorang gerak ke hospital..Dalam jam 3 petang, dokter cina tu panggil nama aku..dia cakap,nak cuba cabut cara biasa dulu.kalau tak dapat baru operate.

Ok..mula2 dia kasi bius kat gusi bawah dulu 2 jarum..then 2 jarum lagi kat gusi atas..satu kat tepi gusi atas dan satu lagi kat lelangit.yang dekat lelagit tu rasa sakit sikit macam kena gigit semut..sikit je pun..boleh tahan je..

Dalam 5 minit macam tu, aku pun rasa bibir dan lidah aku dah kebas sepenuhnya..haaaa...dokter pun start dah buat keje dia..mula2 dia tolak  gigi tu..pastu goyang ke kiri ke kanan pulak..taknak cabut jugak then dia tolak lagi..dalam 5 minit jugaklah aksi tolak menolak gigi bawah tu berlaku tetiba dokter tu cakap dah siap..lepas tu dia cakap nak cabut gigi atas pulak..haihh..tak abes lagi seksa aku..

Untuk gigi atas,adegan tadi berulang semula..tolak ke kiri..tolak ke kanan..haihh..yang atas ni liat sikit..sampaikan dokter tu dah arahkan MA untuk prepare pisau untuk belah..dalam hati aku dub dab dub dab...janganlah belah ke jahit ke..nak jaganya bukan main susah lagi nanti..pastu MA tu dah hulurkan pisau dah..tapi dokter tu cakap nanti dulu..dia nak cuba jugak cabut gigi atas..

yang ni ambik masa 5-10 minit sebab susah nak cabut..dah penat aku nganga mulut tetiba dokter cakap dah siap..dia masukkan kain gauze (kain kasa) dalam mulut pastu suh aku gigit ..aku tanya dokter tu, tak payah operate? Dan dokter tu cakap tak perlu..aku tunjuk tanda bagus kat dokter tu..hahaha..sebab berjaya cabut gigi aku tanpa operate..hehe..tahniah dokter!!

Alhamdulillah..semuanya dah selesai..aku just bayar kat kaunter klinik tu rm 4 aje untuk cabut gigi bongsu aku..dahla pendaftaran untuk 1st time free aje..kalau tak kena bayar rm5..mungkin next kena bayarlah..

Lepas ambil ubat semua,incik suami pun bawaku pulang..part yang tak tahannya bila ubat bius tu dah nak habis..dalam jam 5 petang tu aku dah rasa berdenyut2 kat gusi yang kena cabut tu..aku makan panadol dulu..konon2 boleh tahan lagi..sekali bila bius dah habis betul denyutannya tak boleh nak cakap wooo...mau nangis...cepat2 telan pain killer 2 biji..lepas tu aku cakap dengan incik suami aku nak rest..nak tido jap..nasiblah incik suami ku memahami..aku pun tido sampai kul 8 lebih..incik suami kejut tanya nak makan tak..aku cakap nak tapi jap lagi lah..masa tu sakit tu dah kurang denyutannya..tapi under control la..dalam jam 10 malam, aku bangun,makan bubur dan telan lagi panadol..aku tak makan dah pain killer just teruskan makan panadol je.pastu sambung tido balik sampai kul 6.30 pagi..

Dan Alhamdulillah, aku boleh pergi kerja macam biasa dan makan nasi lemak lagi..bos aku pandang pelik je..kata cabut gigi..tapi makan nasi lemak...katanya..hahhaa...bos,saya sakit belah kanan je..stopkan function mengunyah belah kanan je,belah kiri masih berfungsi macam biasa..kalau tak boleh kunyah saya telan aje...

Tapi..seminggu jugaklah aku kena jaga kawasan gusi aku yang dah berlubang tu..sebab takut ada bacteria lak duk berumah dalam tu..so,lepas makan pastikan kumur2 dengan Listerine ke  atau air paip kuat2..kasi sisa2 makanan tak sumbat dalam tu...ok..

Monday, July 14, 2014

Sama tapi tak serupa..Ammaar & Aariz..July 2014



Assalamualaikum..minggu lepas incik suami ajak beli barang kat pasaraya Giant..so,bawalah kedua2 hero ku ini..kebetulan masa tengah tengok2 songkok untuk si Ammaar,tetiba Ammaar nak buang air pulak..makanya papanya lah yang bawa dia ke toilet..sementara tunggu diorang,aku pun ambil gambar si Aariz yang tengah syok duduk dalam troli..bila balik rumah,aku baru perasan yang aku pernah ambil gambar Ammaar pakai baju yang sama..cari2 kat fesbuk, maka jumpa jugakla aku dengan gambar Ammaar..umurnya lebih kurang je dengan umur Aariz sekarang..9 month ++..dan..hasilnya adalah seperti gambar kat atas ni...hahahaha...tak banyak beza rupanya diorang berdua ni..sampaikan orang kata kembar pulak mereka berdua ni..hehehe..tapi jangan silap..Ammaar sekarang dah 3 tahun lebih..kat bawah ni gambar terbaru Ammaar tengah menggayakan songkok rayanya..


Mama sayang korang berdua..tau..

Sunday, July 6, 2014

The Atmosphere , Seri Kembangan

Kali ni aku nak cerita pasal kami se-family jalan2 kat The Atmosphere, Seri Kembangan..Tempat ni belum buka lagi masa kitorang gi..kawasan ni memang penuh dengan art 3D..memang menarik..so,jom la tengok pic2 kami..


























Aariz 
walaupun sekejap..tapi kami happy..sekian..

Erti Ammaar Danish dan Aariz Danial

Tadi..dah takde apa nak aku cari kat tenet ni so carilah erti nama anak2 aku yang 2 orang tu.. sumbernya dari sini http://quranicnames.com/.Maksudnya ni aku dah translate gune google translate..hihi..



Ammaar Danish

Arabic Spelling (How to write Ammar in Arabic)عمّار

Ammar adalah nama Quran secara tidak langsung untuk kanak-kanak lelaki yang bererti "orang yang membawa tempat yang kembali ke kehidupan", "orang yang cenderung dan mengekalkan sesuatu", "jangka hidup", "takut akan Allah", "alim", "satu yang kehadirannya membawa kegembiraan kepada orang lain ". Ia adalah nama sahabat yang penting awal (Sahabat) Nabi, selawat dan salam kepadanya dan para sahabat, yang namanya adalah Ammar bin Yasir. Ammar berasal dari akar Ain-MR (seumur hidup, cenderung, untuk membina) yang digunakan di banyak tempat dalam al-Quran.

Danish adalah nama Parsi untuk kanak-kanak lelaki yang bermaksud "pengetahuan", "kebijaksanaan", "yang bijak". Ia ditulis sebagai دانش di Parsi.

Aariz Danial

Arabic Spelling (How to write Aariz in Arabic)عارض

Aariz adalah nama Quran langsung untuk kanak-kanak lelaki yang bermaksud "awan hujan". Perkataan Aariz digunakan dua kali dalam ayat yang sama dalam al-Quran 46:24.

Danial adalah cara Arab menyebut nama Daniel. Ianya  ditulis sebagai دانيل dalam bahasa Arab.
Danial juga bermaksud "bijak".Sumber http://www.babyarabicnames.com/daniel-baby-arabic-name/.

Kepada kedua-dua hero mama..mama nak bagitau korang kat sini yang mama teramat sayang kamu berdua..semoga menjadi anak yang soleh..bijak dan hebat seperti erti nama korang..luv u lots.. 

Sunday, March 2, 2014

Short Trip ke Pulau Ketam

lepas cuti raya cina aritu , adik aku ada cakap nak gi Pulau Ketam..aku ingat malas nak join dia so aku gi umah kawan aku kat Pulau Indah jap..masa tu dah jam 3 ptg..tetiba adik aku call tanya aku ada kat mana..pastu dia cakap nak gi Pulau Ketam dengan mak aku..dah ada kat jeti Port Klang dah pun..memandangkan dia berdua je pergi aku fikir mesti tak best kalau berdua je kan..so aku cakap kat adik aku suruh tunggu aku..aku join la sekali walaupun aku tau kat Pulau Ketam tu tak ape pun yang best selain dari seafoodnya..

Aku pun bergegas la balik dari rumah puan Emar kat Pulau Indah..next time la kita borak2 lagi ye Emar..hehe..on the way balik tu, aku call incik suami mintak dia buatkan susu untuk si Ammaar..Incik suami ngan baby Aariz tak ikut sebab incik suami kata dia malas..Lepas ambil susu,terus aku ke jeti Port Klang..cari parking dan beli tiket feri pergi balik.. harga tiket feri yang ber-aircond tu rm7 sehala..feri panjang..si Ammaar tak payah tiket..free..masa naik feri jam 4.15pm..

Perjalanan ke Pulau Ketam ambil masa 30 minit je kalau naik feri panjang ni..kalau feri yang free air tu lama sikit..45 minit..dalam feri tu ada 6 orang je penumpang nya..ramai yang suka naik feri free air..mungkin sebab tiketnya lagi murah kot..

Sepanjang perjalanan tu, ombak takdelah kuat mana pun..sesekali je dilanggar ombak sebab ada feri lain lalu..si Ammaar pulak tido dalam pangkuan adik aku..aku tengok jam..hurmm..bila la nak sampai ni..bukan sebab aku mabuk laut tapi bau cat dalam feri ni kuat sangat..maklumlah raya cina kan..dengan feri2 diorang cat baru..

Dalam 4.45 pm kitorang pun sampai kat jeti Pulau Ketam..ape yang ada kat sana?ermmm...panas ade la..hehe..tak la..kat Pulau Ketam ni adalah satu perkampungan atas air yang mana penduduknya majoritinya adalah kaum Cina..tapi kat Pulau Ketam ni ada Balai Polis..ada Surau..ada Klinik Kesihatan..besar jugaklah klinik nya tu..kebanyakan kedai2 dan hotel ada sediakan perkhidmatan sewa basikal..dari basikal kecik..basikal besar..basikal manual..basikal auto..semua ada..rm 5 untuk sejam..dekat atas jeti tak boleh bawa kenderaan bermotor..tak kira lah basikal yang ada motor tu apatah lagi motosikal..kalau bawa jugak siap sedialah kena saman nanti..
Pulau Ketam sekarang tak macam dulu..masa zaman sekolah2 dulu aku ada jugak pergi trip ke sini..dulu perkampungan diorang ni semuanya kayu je..sekarang jalan dia pun dah bersimen..banyak perubahan dah..


Lepas dah tak de benda nak cari, adik aku ajak makan..aku tanya la sorang peniaga ni..dia cakap kat situ semua restoran halal..takde masak pork..tapi nak rasa selamat boleh la makan dekat restoren sebelah surau tu..ramai pelancong yang islam makan kat situ..so, hanya tinggal sejam je lagi sebelum feri terakhir..adik aku oder sotong goreng tepung dan udang goreng cereal..aku mintak nasi sepinggan..tak lama pas tu,makanan pun sampai..sotong goreng tepung dia memang best...rangup..dan udang goreng cereal tu pun memang sedap..dia macam udang goreng butter jugak tapi yang ni manis lagi..



aku dapat makan sekor udang je..sebab...lidah aku dah rasa gatal dan mulut pun dah rasa kebas..haaa....aku memang ada alergik tak boleh makan udang tak kira lah udang tu fresh ke tak...tapi dah dasar nafsu tak boleh kawal aku bedal jugak lah..hahaha...last2 aku tapau udang tu bawa balik..sepinggan sotong goreng tepung tu rm 25 dan sepinggan udang tu rm30..udang tu mahal sikit sebab udang besar..

lepas adik aku bayar, kitorang pun pergi ke jeti..sampai je kat jeti dah ada feri tunggu dah..apa lagi, kitorang pun terus la naik feri untuk balik..masa balik tu ramai la pulak orang..nasib ada seat lagi..

jam 6.30 pm kitorang pun sampai kat jeti Pelabuhan Klang..maka berakhirlah trip yang amat singkat ni..sekian..

Monday, January 20, 2014

Cuti2 Sabah December 2013-- Part 1

Setiap tahun Insya Allah kami akan balik Sabah jumpa family mentuaku..tapi kali ni kami balik untuk sama2 meraikan majlis perkahwinan adik ipar aku kat Kudat,Sabah.Dan ni 1st time baby Aariz fly selepas 2 bulan dilahirkan.Alhamdulillah..

10 Dec 2013,Selasa

Flight jam 9 lebih tapi kami dah sampai kat KLIA jam 7 lebih sebab nak beli tiket baby Aariz..masa kami book tiket MAS dulu baby Aariz masih dalam perut lagi..tiket baby Aariz rm38 je pegi balik.. Dan masa dalam flight baby Aariz tido je..Alhamdulillah..senang hati mama..cuma si abangnya saja tak reti2 nak tido..sampai aweks stewardess MAS bagi mainan Puzzle kat dia..dah nak sampai Kota Kinabalu baru la dia tidur..memang sangat mencabar jiwa dan raga sebab dahla kami bawa 2 hand luggage yang berisi cookies untuk event adik ipar aku tu..lepas tu aku dukung baby Aariz..incik suami lak dukung si Ammaar dan masing2 bawa 1 luggage..nasib la luggage tu ada roda..kami orang paling last sekali keluar dari perut kapal terbang MAS tu siap aweks tu tolong incik suami bawa keluar luggage tu lagi..huhu..

Ammaar yang ceria..
Ammaar n me
baby Aariz kepenatan..
nyum2...
Tak lama keluar tu,Ammaar pun bangun..huh..nasib la dia nak jalan kaki..ringan sikit beban kami ni ha..lepas ambil beg,kami pun keluar dan nampak mama n bapa mentua ,adik iparku yang nak kawen tu n bakal isteri dia..aku bersalam2an dan berpelukan dengan mak mentua ku..kami naik kereta adik iparku sebab kereta bapa mentua ku dah penuh dengan barang..baby Aariz langsung tak bangun..penat sangat kot seolah2 dia pulak yang bawa beg..hehee...

Kundasang,Sabah
11 Dec 2013, Rabu

Jam 9 pagi incik suami pergi ambil kereta sewa..kami sewa kereta Persona sepanjang berada di Sabah..senang kami nak berjalan2..untuk 5 hari kami dapat sewa rm400 je..Plan hari pertama nak gi Kundasang..tidur sana 1 malam..aku dah book Strawberry Park Hotel awal2 lagi..so pagi tu kami berenam je yang pergi..termasuk mama n bapak mentua ku..saja je nak bawa mereka jalan2..adik iparku yang perempuan tu kerja..yang sorang lagi ada training kerja di Pulau Indah,Port Klang..dan yang nak kawen tu kena balik kampung sebab nak uruskan dokumen2 kawen..

 





Sepanjang perjalanan,aku menikmati permandangan indah gunung Kinabalu..Subhanallah..sungguh indah ciptaan-Mu ya Allah..Lepas 2 jam perjalanan,kami singgah sebentar kat Pekan Nabalu..beli air dan jajan2 sebelum kami teruskan perjalanan ke Desa Cattle Farm..nak gi ladang lembu..nak bawa Ammaar tengok lembu perah susu..hehe..Alhamdulillah cuaca redup je..


Desa Cattle Farm

Dah alang2 kami sampai jam 1.30 tengahari,kami lepak jap sementara nak tunggu lembu perah susu jam 2 petang..dan sambil2 tu aku beli aiskrim..fuhh..sedap..susunya freshhh...memang rugi kalau tak rasa..








Aiskrim best.










Lembu2 tu duk tunggu jek nak masuk line..huhu..besar2 lembu tu..patut banyak susu..hehe..

Lepas tengok lembu,kami pun gerak balik..ingat nak bergambar tapi waktu tu dah hujan rintik2..so tak jadi nak bergambar..takpe..lain kali boleh pergi lagi..

Kundasang Memorial War









Sebenarnya nak pergi Sg Moroli dan Poring..tapi cuaca macam tak mengizinkan je..so bapa mentuaku ajak gi Kundasang Memorial War..

Restoran Intan

Sebelum balik hotel, kami singgah makan kat restoran Intan..kami order nasi putih..telur dadar..sup ayam dan kepak ayam..kat restoren ni takde sayur ok..nak lauk sayur,gi beli dulu pastu bawak ke restoren ni..hehe..Kepak ayam tu aku beli rm30..huhu..incik suami n bapak mentua aku macam syok je layan kepak ayam tu..pastu aku bungkus nasi putih 2 untuk bawa balik kot2 si Ammaar lapar..

Strawberry Park Hotel

Lepas check in,kami masuk bilik yang aku dah book tu..nasib la dapat aras bawah je..aku ambil bilik family..ada 1 katil kelamin dan 2 katil single..dari luar bilik boleh tengok awan duk lalu depan korang..hehe..punyela sejuk baq hang..cuma yang tak bestnya bilik ni tilam dia..tilam dia yang katil kelamin ok..tapi yang katil single boleh rasa spring dia..sakit badan aku..huhu..pastu water heater pulak rosak..ya ampunnn!! macam mana la nak mandi ni..

Tapi aku memang kagum betul dengan anak sulungku Ammaar Danish tu..dia boleh selamber jek mandi air sejuk2 tu..air gunung lak tu..lepas aku komplen water heater tu rosak,pihak hotel sediakan air panas untuk kitorang mandi..tapi kami semua dah mandi baru diorang nak hantar..takpelah..



Esoknya,aku mandi cepat2..masa mandi tu tak rasa sangat sejuknya..tapi lepas mandi tu sejuk..Ammaar sampai menggigil2..untuk baby Aariz lak, incik suami gi ambil air panas dan letak dalam baldi..pastu baru mandikan Aariz..

Aku rasa hotel ni kena perbaiki banyak benda dalam bilik..aku kasi 1 bintang aje la untuk hotel ni..





Aiskrim Strawberry home made beli kat hotel..

Continue Cuti2 Sabah December 2013--Part 2