Pages

Tuesday, July 30, 2013

Cuti Raya AidilFitri 2013

Alhamdulillah..kampeni cuti dari 5 hb 8 sampai 12 hb 8 untuk raya AidilFitri ni..hooyeahhh!!!

Hmm..ape nak buat hujung minggu ni ye..dalam kepala ni cuma fikir nak buat Kek Marble dan Sponge cake..resepi pun dah ambil dah dengan akak tempat aku gi buat plate haritu..walaupun akak tu orang Cina tapi dia baik..dia ajar one by one macam mana nak buat kek yang sedap lagi marbeles tu..hehe..lagipun anak buah aku si Irfan dan anak aku memang suka makan kek..

Dan tadi kampeni aku kasi voucher Jusco RM 50 setiap orang..aku pun dah soping baju raya..so mungkin nak beli barang baby je guna voucher tu nanti..hehe..

Oklah..sempena dah nak habis bulan Ramadhan ni,aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri untuk semua..Salam sayang dari aku dan family..

Sunday, July 7, 2013

Jalan-Jalan di Tasik Shah Alam

    Lepas soping baju raya untuk hero2 aku haritu , aku ajak hubby suami gi jenjalan kat Taman Tasik Shah Alam..aku ingat nak naik bot itik yang kayuh2 tu..tapi bila tengok harga dia rm25 sejam terus tak jadi..hehe..last2 kitorang naik bot yang pusing tasik tu aje..baru rm6 sorang untuk dewasa..Ammaar tak kena bayar sebab kecik lagi..

   Lepas beli tiket kat kaunter dekat dengan food court tu, kitorang terus ke bot tu..sebelah food court tu aje pun..Ni lah 1st time aku naik bot pusing tasik Shah Alam ni..sebenarnya aku pun tak tau ade bot ni..hehe...incik hubby aku lagi la tak tau..



   Seronok jugaklah naik bot ni pusing tasik..angin sepoi2 bahasa je menyapa muka..aktiviti ni boleh dijadikan aktiviti keluarga masa hujung minggu..budget pun ciput je ..hehe..Oklah..Selamat berhujung minggu k..


Trip to Perlis & Thailand , Jun-July 2013 -- Part 1

   Syukur Alhamdulillah..kandungan aku dah 28 minggu..kali ni aku nak cerita tentang jalan2 cari makan aku ke Perlis sampailah ke Thailand minggu lepas bersama mak abah ,adik dan Ammaar..actually adik aku ada kursus kat Perlis,so memandangkan nanti mak aku takde orang nak teman shopping kat sane, maka aku pun join la depa..hehe..boleh la beli tilam baby sekali kat sane..

29.06.2013 (Jumaat)

   Kitorang gerak dari Klang dalam jam 10.30 pagi..sepanjang perjalanan tu cuaca ok je..sampai kat Tapah, kitorang berhenti jap kat r & r Tapah..mak aku kata nak beli jambu untuk mak sedara aku kat Kedah nanti..Lepas tu beli donut kat Dunkin donut dan adik aku bermurah hati nak belanja ice blended kat Baskin Robin..Then kitorang meneruskan perjalanan ke utara..dalam jam 5 lebih dah sampai kat umah mak sedara aku kat Taman Ria, Bagan Serai..mak sedara aku jamu makan nasi dan durian..uisshhh...tu yang sedap tu..hehe..tapi memandangkan kitorang kena ambil kunci homestay,dalam kul 7 lebih kitorang dah gerak ke Perlis..



   Dengan menggunakan GPS dan Google Map, akhirnya jumpa jugak Azi Homestay..Homestay ni aku book 2 hari sebelum gi Perlis..adik aku memang suka buat kerja last minute..sudahnya aku jugak yang kena cari tempat penginapan..banyak jugak hometsay yang aku call tapi semuanya dah penuh..mungkin sebab ramai orang gi kursus O&G kat Mess Pegawai Kanan PDRM,Perlis tu kot..dan mujur lah Azi Homestay masih kosong..Homestay ni letaknya kat Jejawi..tak jauh pun dengan bandar Kangar..dalam 5-10 minit je ke tempat kursus adik aku tu..lagi satu homestay ni memang aman dan damai dari hiruk-pikuk kenderaan..

   Azi Homestay kat Jejawi ni adalah rumah berkembar..dalam 1 rumah tu ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air..1 bilik air tu bersambung dengan 2 bilik tidur tu dan 1 lagi kat bahagian dapur..kedua2 bilik tidur tu ada aircond..katil queen..kat ruang depan ada tv dan meja makan..juga ada peti ais di di dapur,sinki dan pinggan mangkuk..heater untuk masak air pun dia sediakan..tuan rumah juga ada sediakan air mineral 2 botol besar kat dapur untuk minum..kat luar rumah pulak ada meja batu dan pondok untuk melepak..tapi kitorang tak sempat nak melepak kat pondok tu..hehe..sebab sampai pun dah malam kan...untuk 1 malam, sewanya rm180 tapi disebabkan kitorang bermalam lebih 2 malam,dapatlah rm170 semalam..

   Ok,habis cerita pasal homestay..esoknya aku dah plan dengan mak abah aku nak ajak gi Wang Kelian lepas hantar adik aku kursus..kesian adik aku tak dapat ikut..hehe..oklah..next story ok...

Tuesday, July 2, 2013

Ole-ole from Tangkuban Perahu , Bandung with love..

   Actually my lil bro baru je baru balik dari cuti2 ke Jakarta-Bandung-Surabaya isnin minggu lepas. Dia and kawan baik dia gi sane 8 hari..tapi tak berapa puas berjalan sebab diorang demam dan sakit perut.Cuaca sejuk dan hujan sepanjang hari menyebabkan diorang  lagi best duduk lepak kat dalam bilik hotel aje..


Ammaar with cousin nya..

Ammaar with topi nya..
    Masa my lil bro kat Tangkuban perahu, aku dah siap pesan pada dia mintak carikan topi beruang untuk anak manja ku si Ammaar tu..siap post picture lagi guna wassap kat my lil bro..sebab masa aku gi hari tu aku tak sempat nak beli sebab asyik sangat shopping baju..hehe..Alhamdulillah, my lil bro jumpa jugak topi tu..Tapi sorry lah ye, my lil bro tak nak bagitau berapa rupiah harga topi ni.. dan, inilah topi tu..bukan main suka nya si Ammaar and the gang…hehe..Thank you ye acu..nanti kalau pergi tempat lain bolehla aku pesan benda lain pulak..hehe..