Thursday, April 30, 2009
enginnyok mad vs enginnyok mas
Gud nite..love u so much..
Regards,
-enginnyok mad-
-->baru baik dari gaduh..huhu..
aku tak penah gaduh dengan dia macam ni..benda remeh je pun..tah tetiba ritu terasa sangat dengan dia..dia pun bukan reti nak pujuk..geram tul masa tu..pastu nak berbaik balik pun,aku yang kene bagitau ape yang kene wat..adoii..aku dah la ego,dia lak jenis lurus....padan ler gamaknya tu..nama je engineer..engineer ke enginnyok..xtau la..huhu..kadang2 nak marah pun xjadi nak marah..kalau aku nak marah je,dia wat muke sedih..muka nak amik simpati..geram tul!!dah aku xjadi nak marah..
pas baik2 semula malam tadi,dia borak tak henti2..macam dah setahun tak borak dengan aku je..aku suh tido,dia kata dia tak nak tido selagi aku tak sebut 'i love u' kat dia..iskkk...ngade tul..manja..sok ari buruh kitorang dah plan nak tengok cite coming soon lak...semalam ngat nak tengok,tapi dah full lak..yang ade kul 11mlm je..last2 kitorang tgk cite bohsia..jangan pilih jalan hitam..cite tu ok la..not bad..tapi malu gak la tengok cite tu..korang nak tau nape aku malu?korang tengok la dulu cite tu ok..nanti korang tau la..hehe
panggilan interview..
15 minit lagi kul 11 pagi,aku dah terpacak depan kampeni tu dalam keadaan ujan rintik2..baru pas ujan lebat waktu tu..hehe..semangat nih...then,malas nak cite panjang lebar,dia cakap suh tunggu kol dari dia..keje ape tu ek..nak tau?keje sebagai quality engineer..aiseh...quality tu..masa intebiu session tu,dia suh aku wat karangan dalam b.i..tentang ape2 je..so,aku pun bantai karang ayat pasal quality..heheh..nasib baik aku pun baru amik subjek quality..then dia cakap tentu aku minat subjek quality tu..aku sengih ayu je..hehe..sebenarnya dia nak tengok aku leh wat ayat ke tak..tu je..
buat masa ni,aku apply je banyak2...mane yang sangkut tu Alhamdulillah la..ye la,sebagai sorang yang cerdik lagi bijaksana yang memiliki cgpa yang mengkagumkan nih,aku takde la pilih keje sangat..technician pun aku apply(untuk gomen je)..aku harap2..aku dapat keje cepat..nak kumpul duit cepat2 nih sebab jodoh dah menyeru..huhu...
Tuesday, April 28, 2009
makan besar..
cuba..
mungkin sama dengan teman lain
yang bisa kau buat begitu
dan bila
tiada lagi teman bermain
kau pulang mendapatkan aku
itulah aku padamu~
--tetibe nak nyanyi lagu ni pas balik dari Giant tadi..--
Saat-saat terakhir di USM
Dinner for final year Electrical & Electronic student..2009
Beramai2 di tangga Hotel..
Tuesday, April 7, 2009
Kekasih Yang Tak Dianggap -by Kertas
Aku mentari
Tapi tak menghangatkan mu
Aku pelangi
Tak memberi warna dihidupmu
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan
Selalu itu yang
Kau ucapkan padaku
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Aku sang bulan
Tak menerangi malammu
Akulah bintang
Yang hilang ditelan kegelapan
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba mengalah
Menahan setiap amarah
Sebagai kekasih yang tak dianggap
Aku hanya bisa mencoba bersabar
Ku yakin kau kan berubah
klik sini untuk download mp3
bEbas..
arini aku bebas..bebas dari tekanan pojek tahun akhir yang dah setahun membebankan pale otak aku..arini segalanya dah tamat..viva pun dah setel,tinggal nak kasi touch-up sket repot tu then hantar kat opis..syok gak ar viva tadi..thanks to my supervisor,En Mohd Nazri and my second examiner,Dr Kamal..present tadi pun takde la serius je..banyak sembang2 and gelak2 je..thanks la tuk En Nazri sebab tolong cover aku...hehe..nak belanje ape ek kat En Nazri ni..hihi....Dr Kamal pun..takkan kat objektif pun nak intterupt aku..aiseh..nasib aku ni pro..so,bile dia dah intterupt tu,aku pun tukar je slide..hehe..
apesal Dr Kamal pandang aku semacam tadi?oooo..pelik ek aku xpakai spek?ke sebab anak mataku berwarna coklat?hehe..Dr Kamal siap tanya lagi nak bagi berapa untuk poje ni..of course la A..bila di tanya kenapa dia perlu bagi A,then aku jawab...'sebab repot saya tebal..sebab tu kena bagi A..'hehe..selamber je aku nih..well,aku pun dah lama kenal Dr Kamal..ahh..dia memang macam tu..suke berlawak sikit...
so,aku pun dah kemas barang2 sikit..esok aku nak balik umah..nak lepak2..nak gi dating..nak ajak mak aku gi shopping2...dan yang penting aku nak cuti seminggu..pas ni aku just fokus kat last final year exam je..pastu dah leh konvo...best2..
diam tak diam,4 tahun dah aku kat bumi gersang nih...diam tak diam gak..umo aku pun dah 27 dah..27??ohh noooooo!!!ni nak kene kawen cepat2 nih..
apepun..aku nak wish kat member2 aku yang lom viva tu...chaiyokk!!!kepada cik Farah..all the best k..malam ni kita tengok kasanova XXL sama2 k..dah2..jangan sedih2 tau..hihihi...
Sunday, April 5, 2009
Jauh - by Caramel
Rasa Cinta
Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
ingin Kulupakan
Semua Tentang Dirimu
Namun Tak LagiKan
Seperti Dirimu Oh Bintangku
Jauh Kau Pergi
Meninggalkan Diriku
Disini Aku
Merindukan Dirimu
Kini Kucoba
Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi
Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih
Jauh Kau Pergi
Meninggalkan Diriku
Disini Aku
Merindukan Dirimu
Kini Kucoba
Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi
Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih
Pernah Ada
Rasa Cinta
Antara Kita
Kini Tinggal Kenangan
Ingin Kulupakan
Semua Tentang Dirimu
Namun Tak Lagi
Kan Seperti Dirimu
Oh Bintangku
Jauh Kau Pergi
Meninggalkan Diriku
Disini Aku
Merindukan Dirimu
Kini Kucoba
Mencari Penggantimu
Namun Tak Lagi
Kan Seperti Dirimu
Oh Kekasih
klik sini untuk download mp3
Bersin..
ni ade info sikit tentang bersin..tau tak kenapa bila kita bersin mata kita akan terpejam?kat sini ade jawapan dia..sila la bace..
Bersin adalah tindakbalas tubuh yang dilakukan oleh membran hidung ketika mendapati adanya bakteria dan kelebihan cairan yang masuk ke dalam hidung, sehingga secara automatiknya tubuh akan menolak bakteria itu. Saraf-saraf yang terdapat di hidung dan mata adalah saling berkaitan, dan semasa kita bersin, maka secara automatiknya mata kita akan terpejam. Hal ini untuk melindungi saluran air mata dan kapilari darah agar tidak tercemar oleh bakteria yang keluar dari membran hidung.
Orang yang mendengarnya jawablah macam ni :
Kepada orang lelaki : 'Yarhamkallah'
Kepada orang Perempuan : 'Yarhamkillah'
Kemudian, orang yang bersin jawab semula dengan ucapan : 'Yahdina Wa Yahdi Kumullah'.
Kelebihan Selawat
Untuk sayangku Madz..ni ade kelebihan dan keajaiban Selawat yang sayang jumpa kat Soleh.net.Baca la ye..pastu leh amalkan..
- Sabda Rasullah SAW: Barangsiapa yang berselawat ke atasku sekali, nescaya Allah akan turunkan rahmat ke atasnya 10 kali ganda - (Hadis Riwayat Muslim.)
- Allah akan hapuskan dosa-dosa kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
- Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insyaAllah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
- Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
- Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
- Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
- Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
- Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
- Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki dan sebagainya dalam dirinya.
- Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, insya-Allah akan beroleh kebahagiaan sama ada di dunia mahu pun di akhirat.
- Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
- Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
- Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaan-Nya.
- Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
- Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
- Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
- Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
- Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
- Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
- Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut-turut, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
- Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
- Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, insya-Allah akan dihapuskan dosa-dosa kecil seseorang.
- Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
- Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmat-Nya.
- Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya-Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
- Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
- Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
- Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
- Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - Hadis Riwayat Abu Naim.
- Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - Hadis Riwayat Thabrani
Putuskan Saja Pacarmu - Puspa
Kau gadisku yang cantik
Coba lihat aku di sini
Di sini ada aku yang cinta padamu
Kau gadisku yang manis
Coba lihat aku di sini
Di sini ada aku yang sayang padamu
wow…hoo…
Walau ku tahu bahwa dirimu
Sudah ada yang punya
Namun kan kutunggu sampai kau mau
wow…wow…
Reff:
Jangan jangan kau menolak cintaku
Jangan jangan kau ragukan hatiku
Ku kan s’lalu setia menunggu
Untuk jadi pacarmu
wow..wow..
Jangan jangan kau tak t’rima cintaku
Jangan jangan kau hiraukan pacarmu
Putuskanlah saja pacarmu
Lalu bilang I love you padaku
klik sini untuk download mp3
Tak Mungkin Kerna Sayang - by Alyah
Langkah kita tak lagi sehaluan
Bermula di saat itu
Tidak senada irama dan lagu
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
Kau telah jauh, jauh dariku
Tiada ruang di hati buatmu
Namun harusku akui
Ada ketika di minda kau menjelma kembali
Sekali segala ada
Ada rindu yang datang tiba-tiba
Tak mungkin kerana sayang
Cuma terganggu oleh perasaan
Begitu hidup ini
Tiada yang abadi
Yang patah tumbuh
Yang hilang berganti
klik sini untuk download mp3
Friday, April 3, 2009
Cenderahati untuk tamu..
Beg ni boleh la isi gula2 ke..telur ke..comel kan?untuk majlis aku yang xlama lagi..cehwah...aku dah plan nak kasi hand towel..pun lawa gak..macam ni bentuknya..
Aku suke towel ni..unik..aku jumpa dalam blog http://chempakaindah.blogspot.com/.. aku ngat nak masukkan je benda ni dalam beg uncang..dalam beg tu aku letak la telur ngan kepek2..pas korang sume makan telur,leh la korang lap mulut korang guna towel tu..tp aku gerenti korang mesti sayang nak pakai towel tu..kan??hehe..
Pastu aku terjumpa lak cenderahati lain..tp temanya still sama..'towel'..hehe..comel gak kotak berbentuk rama2 yang aku jumpa kat blog http://cenderahatipengantin.blogspot.com/ tp sayangnya dah out of stock lak..dalam kotak tu ade towel..comel kotak tu..hmm..xpela..nanti2 ondeway balik kg kat johor bulan depan,aku singgah kat tangkak..servey2 ape yang patut..dengar2nya orang tua aku pun dah sibuk nak kemas2 umah tu..nak cat la..nak besarkan umah lagi la..aku pun xtau la diorg nak besarkan tang mane lagi..aku rasa macam dah xde ruang dah nak dibesarkan lagi..takkan diorang nak buat 1 tingkat lagi??hemm..
Hari tu..masa kenduri kawen kazen aku,aku ade ajak cik abang aku tu datang..lagipun umah sewa dia ngan umah kazen aku xjauh mane pun..dekat je.so,aku ajakla dia datang makan masa malam berinai kazen aku tu..tapi xsangka lak kehadiran dia malam tu disedari sedara-mara aku..huhu..pas dia balik,mula la diorang sume duk tanya2..ye la..aku menyedari umurku sudah semakin dewasa...sabar ye makcik2 dan pakcik2...duit pun lom cukup lg nih..ade sape2 nak tolong sponsor x??