Pages

Wednesday, September 18, 2013

Kaki Bengkak..

Minggu ni dah masuk minggu ke 39 aku pregnant..wahh..lagi beberapa hari lagi untuk aku bertemu dengan baby ku dalam perut ni..tak sabar rasanya..dan sejak semalam kaki aku dah start bengkak..incik suami urut tapi macam tu jugak..orang tua2 kata..kalau dah bengkak kaki,surut je bengkak tu pastu akan bersalin..huhu..berdebar2 jugak nih..

Macam tak penah bersalin je sebelum ni..ya..memang penah tapi sebelum ni aku tak rasa sakitnya pinggang macam sekarang ni..tak rasa sakitnya celah kelangkang ni bila baby mula menekan2 bahagian bawah ni..memang masa 1st pregnant dulu aku tak de rasa sakit macam ni..mungkin kali ni aku dapat bersalin normal..harap2 la kan..sebab masa check up kat hospital klang 2 minggu lepas dokter kata 70-80 persen je dia akan bagi cuba untuk bersalin normal..if lepas air ketuban pecah,10 jam selepas tu kalau bukaan masih tak sampai 10 cm, aku akan terus di bawa ke bilik operation..hurmm...kalau operation lagi nampaknya hanya 3 sajalah zuriat yang dapat ku berikan kepada incik suamiku..Alhamdulillah..aku masih bersyukur kerana aku masih mampu lahirkan zuriat untuk lelaki yang aku sayangi..

hurmm...esok aku ade check up lagi kat hospital klang..nak kena repeat scan.sebab masa pergi haritu dokter tak puas hati dengan graf tumbesaran baby..so harap2 esok semuanya berjalan dengan lancar..jangan kena tahan kat wad sudahlah..hehe..al maklumlah due date aku pun next week..

mudah-mudahan Allah permudahkan segala2nya nanti..amin..