Pages

Saturday, November 16, 2013

Hero2 ku..

Hero2ku..Ammaar dan Aariz

Alhamdulillah..babyku Aariz Danial dah 7 weeks..masa check sebulan haritu beratnya dah 3.8kg..menyusu pun kuat..dan yang paling best sekali baby Aariz tak banyak ragam..malam pun bangun untuk menyusu je then dia tidur balik..

Dah seminggu aku masuk keje..dan dah seminggu jugak baby Aariz duduk dengan nenek..siang neneknya bagi susu Frisolac..petang balik keje lepas mandi terus bagi bf kat Aariz..sampai bulat perutnya..syukurlah Allah bagi rezeki untuk anak ku...

Bulan depan Insha Allah kami sekeluarga akan balik ke Sabah..adik iparku kawen..dan yang aku tak sabarnya sebab aku dah plan untuk pergi cuti2 malaysia lagi..kali ni aku dah plan nak gi Kundasang pulak..hehe..

Monday, October 28, 2013

Trip to Jakarta-Bandung January 2013 - Part 6--Final

Hari ke enam, Airport Jakarta
28.01.2013

Seawal jam 5.00 pagi aku dah bangun untuk mandi dan check urine..tunggu kejap..dan..keputusannya..nampak 2 line..woo wooo..betulkah?? wink..wink...mata dah berbintang2..akhirnya termakbul juga doa ku untuk mendapatkan zuriat ke-2..patutlah perut dan tekak aku tak berapa nak selera..rupanya dah ada isi dalam perut ni haa...  

Sampai kat Airport,kitorang makan dulu..Flight family mentuaku awal dari kami bertiga..nanti mak abah aku datang ambil diorang dulu then baru ambil we all bertiga..


ni beg yang dah beranak-pinak..


Tengah tunggu kaunter buka..


Ammaar tido dengan rimaunya..


Ni lepas bangun dari tido..


Ammaar main cak2..



                                        
Akhirnya..kitorang pun dah naik flight ke Kuala Lumpur..maka tamatlah cuti2 dengan mentua untuk kali ini..Sekian..dan jumpa lagi!!

Saturday, October 26, 2013

Kazen kahwin at Kuantan ,Pahang

Cuti Malaysia day hari tu aku gi Kuantan,Pahang..dalam tengah sarat mengandung dan menunggu hari je nak bersalin aku gigih jugak nak gi Kuantan..tak nak melepaskan peluang untuk berkumpul bersama sedara mara..aku gerak ke ke Kuantan hari Jumaat malam..tunggu incik suamiku balik dari kerja,makan,mandi,solat dan gerak ke Kuantan..konvoi dengan akak aku..Dan ni gambarnya..Kitorang sepupu-sepapat yang over..hehe...


Tahniah untuk adik kazen ku Wazir n pasangannya..semoga bahagia hendaknya..

Trip to Jakarta-Bandung January 2013 - Part 5

Taman Safari, Bogor

Hari Kelima , Bandung to Bogor, Jakarta
27.01.2013

Seawal jam 6.00 pagi , kami semua dah bersiap untuk ke Bogor, Jakarta. Unique Guest House cuma sempat sediakan roti berserta jem dan air kopi panas dan air mineral sebab kai check out terlalu awal..Alhamdulillah, Ammaar pun tak banyak songeh kena bangun pagi dan mandi..sebab lepas mandi dia sambung tidur balik..



Bandar Bandung pagi tu agak lengang..Pemandangan sepanjang menuju ke Bogor sangat cantik..dan kami ada melewati satu tasik yang sangat besar..serius..cantik..Dalam jam 9.00 pagi, kami berhenti di satu kawasan atas bukit..ramai orang berhenti..kat sini ada toilet yang airnya sejuk macam air batu..dan dari bahagian atas bangunan,kita boleh tengok kawasan pergunungan yang sangat cantik sekali..dah la sejuk..






Selepas rehat sekejap, kami teruskan perjalanan ke Bogor..Eeng kata kena lalu sempadan Bogor sebelum jam 11 pagi..sebab nanti jalan tutup..Alhamdulillah, akhirnya kitorang sampai jugak  ke simpang Taman Safari.Sebelum tu, kitorang singgah makan dulu sebab taknak kebulur nanti..Eeng kata masuk Taman Safari tu lama jugak..lagipun makanan kat dalam Taman Safari tu mahal.Selepas makan, aku beli carrot yang banyak orang jual kat tepi2 jalan..carrot tu nak bagi makan haiwan2 kat dalam Taman Safari tu..









Then, perjalanan di teruskan sampailah ke Taman Safari tu..kena naik kereta beb..kalau tak nanti kena baham dengan pak rimau nanti..hehe..silaplah aku duk tepi tingkap..sebab aku dah la penakut dengan hewan2 itu..lepas tu Ammaar pulak nak aku peluk dia je..papa Ammaar duduk tengah..dia yang sibuk nak bagi hewan2 tu makan termasuklah pak metua aku..






Mula2 kitorang lalu tempat tinggal si gajah..dalam 3-4 minit lepas tu lalu pulak bahagian cik Zirafah..tak boleh nak bagi makan sebab dia duk nun jauh di sinun..pastu lalu kat bahagian hewan2 lain macam rusa, tenuk, badak , zebra.. yang tak leh tahan bila lalu kat 1 kolam yang ada badak tu, si badak tu tengah duk nganga dengan mulutnya yang besar tunggu orang sumbat makanan kat dia..haiihh..geli aku tengok mulutnya tu..nampak lidah ngan anak tekaknya tu..


Lepas tu, lalu pulak kawasan sang rimau..nak masuk dalam kawasan sang rimau tu, ada macam pintu gerbang..pastu ada warning suruh tutup tingkap sebab takut sang rimau tu terkam pelawat dalam kereta..tapi rimau2 tu semua tengah bermalas-malasan kat tempat dia..ciss...pemalas tul rimau2 nih..duk melepak jek..hehe..



Kemudian kitorang lalu lagi kat kawasan hewan2 jinak tu sebelum sampai kat tempat parking kereta..kat sini ada persembahan gajah..sempatlah jugak gi tengok persembahan tu..Habis je persembahan, aku ajak incik hasben jenjalan area tu..ada 1 tempat ni macam terowong..tapi masuk je ada jambatan kayu dengan view yang sangat cantik..siap ada air terjun kecik lagi..sejuk..kat hujung jalan tu ada tempat tinggal hewan2 lain..macam kanggaroo..dah rasa macam kat Aussy lak..hehe..

Lepas jenjalan tu, aku nampak cable car..macam nak naik tapi mahal la pulak..so aku pun tunggu la my family in law kat kereta sebab masa tu Ammaar dah nak susu..Dan tak lama kemudian,diorang pun sampai kat kereta..rupa2nya adik2 ipar aku naik cable car tu..sementara mama n papa aku gi ronda kawasan tu..hehe..

Hujan menemani kami sepanjang jalan balik dari Bogor ke Jakarta.Tapi dah sampai Jakarta, panas pulak..Sampai kat Jakarta,aku minta Eeng bawa kitorang ke Monas pulak..kali ni aku nak bawa family aku pulak jalan2 kat sini..Lepas ambil gambar, kitorang habiskan masa dengan jalan2 kat area Monas tu..ada orang jual barang2 macam ala2 pasar malam camtu..tapi Eeng kata bukan hari2 diorang niaga kat sini..Kat sini aku beli lagi t-shirt..souvenir dan juga dompet..haha..dapat murah selepas aku berhabis2an menawar..aku beli 2 lagi..tapi bila balik rumah, akak aku rembat 1..cehh..


Dah habis shopping dan jenjalan, Eeng terus bawa kitorang ke Hotel Nusantara dekat dengan Tanah Abang..Sampai kat Hotel tu,nyamuk punyelah banyak kat luar..Diorang cakap sebab banjir hari tu..so nyamuk banyak la..Kat hotel Nusantara tu aku ambil Family room untuk 5 orang..dan 1 bilik lagi double bed untuk 2 orang adik ipar aku..



Malam tu kitorang dinner dekat  D' Cost kat Thamrin City..aku suka restoren ni..bersih dan selesa..makanan dia pun sedap dan tak mahal..murah sikit dari kat Malaysia la..Then lepas makan kitorang jalan2 kat Thamrin City Mall tu..Jumpa pasaraya dan aku ajak incik hasben masuk jap..sebenarnya aku nak cari Urine test Kit..sebab dah lewat seminggu peod ku..dan rasa kurang selera nak makan..makan sikit nak muntah..punye la jauh aku cari kit tu kan..hehe..so..esok pagi je la check..

Dalam jam 8.30 malam waktu Indon,aku pun call Eeng ambil kitorang kat depan restoren tadi..semuanya dah kepenatan tunggu nak balik hotel dan tidur..Esok pagi kena bangun awal2 pagi untuk ke Airport pulak..Time to go back home..huhu..rindu banget sama masakan Malaysia..

Next--> Trip to Jakarta-Bandung January 2013 - Part 6--Final


Saturday, October 5, 2013

Pengalaman Bersalin secara normal..Part 2..

27.09.2013--Jumaat

Jam 3 pagi aku dikejutkan oleh nurse untuk check CTG baby..graf tak santekk..kata nurse tu..hurmm..pastu sambung tido balik..jam 5.30 pagi aku bangun untuk bersihkan diri sebelum di induce..Dalam jam 6.30 pagi,nurse pun panggil..ada 3-4 orang lagi yang menerima nasib yang sama macam haku..Aku orang pertama dia panggil masuk ke bilik..ouuuhhh..dokter lelaki India tu lagi..lepas dia check bukaan.,dia kata serviks dah buka 2cm..pastu dia mintak nurse bagi ubat tu dalam 1.5mg je..lepas masuk ubat,nurse suh aku baring kat katil selama 1 jam..dalam masa 1 jam tu tak boleh gi mana2..kena baring je..masa tu aku tanya adik aku..apesal aku masuk ubat 1.5mg je..biasanya dia masukkan 3 mg ubat..adik aku cakap,sebab dulu aku ceazer..so kalau 3 mg nanti terlalu kuat sakitnya..untuk orang yang macam aku yang sebelum ni ceazer,dia akan bagi ubat separuh je..ok..setengah jam pertama tu tak rasa apa2..tapi dah nak 1 jam, aku dah mula rasa baby mengeras tapi tak kerap sangat..

Dah lepas 1 jam,nurse datang bagitau boleh bangun untuk ke bilik air..masa nak ke bilik air tu, aku lintas 3 katil yang mana diorang dah ready untuk tunggu bukaan jadi 7-10 cm..

Tengahari tu incik suami kata dia tak datang sebab nak gi solat Jumaat..takut tak sempat sampai sebab waktu melawat dari jam 12.30 tghari hingga 2 petang je..hemm..oklah..akak kat katil sebelah aku,Kak Hasni pun laki dia tak datang jugak..so kitorang duduk borak2..Dalam jam 2.30 petang,nurse panggil lagi untuk doktor check bukaan..kali ni doktor perempuan India dan sorang lagi doktor HO lelaki cina...mula2 dokter cina tu yang check..dia cakap dah 5 cm sebab dia dah rasa kepala baby..pastu dokter India tu lak seluk..dia cakap baru buka 2 cm..pastu dia seluk lagi dalam..nak tolong lebarkan jalan..aduhaii..sakitnya rasa..berpeluh2 haku dibuatnya..lepas cuci,aku pun gi ke katil..masa ni aku dah rasa baby mengeras agak kerap dalam 5 minit sekali...masa tengah baring mengiring ke kiri, tiba2 'pop'..dan terasa air keluar dengan laju dari bawah..air ketuban ku dah pecah..aku tak larat nak bangun waktu tu..nasib ade akak sebelah katil aku tolong panggil nurse dan nurse pun check..dia kata ya..air ketuban pecah..dia suruh aku masuk ke bilik rawatan tu dan baring..aku sempat wassap incik suami kata suh datang segra sebab air ketuban aku dah pecah..dalam setengah jam jugak aku baring dalam tu tunggu doktor check..pastu doktor perempuan cina pun masuk untuk check bukaan dan nak pastikan tu air ketuban ke bukan..so,lepas dia check dengan alat dia yang macam cotton bud tu pastu dia kata positive..memang air ketuban..lepas tu dia suruh aku balik ke katil..nurse suruh aku pakai pad,pastu tunjuk kat dia kalau air keluar lagi..sampai kat katil,aku ambil tuala dan barang mandi untuk mandi..aku rasa tak selesa, so lebih baik aku mandi dulu..sebab aku rasa aku akan bersalin tak lama lagi...

lepas mandi,aku tengok incik suami dah ada kat katil..lepas borak2,aku baring kat katil..masa ni rasa mengeras tu dah rasa kuat dah..sakit..bila aku rasa ada air keluar,aku tunjuk kat nurse pad tu..tujuannya sebab nak check kalau air ketuban yang keluar tu warna nya kotor ke tak..kalau kotor,maksudnya baby dah berak..

Aku tengok jam..5 minit sekali aku dah rasa contractionnya..masa ni aku mengadu kat incik suami..aku selawat..baca doa nabi Yunus..baca ayat Kursi..sampai dah tak tahan sangat,aku cakap dengan nurse yang aku dah rasa sakit..nurse suruh baring kat katil tengah untuk check CTG baby..aku request untuk baring mengiring..untuk kurangkan sakit tapi masa ni memang baring terlentang ke..mengiring ke..sakit jugak..aku mintak dengan nurse ubat tahan sakit..tapi nurse tu kata dia cuma akan bagi kalau CTG baby cantik..tapi,CTG baby aku tak santekk jugak..dan masa ni incik suami datang kat katil..jenguk aku..aku ngadu dengan incik suami yang aku rasa sakit sangat..nak menangis dan aku mintak untuk ceazer aje..tapi ada nurse yang aku kira boleh panggil makcik tu pujuk..dia kata cuba lah normal..memang sakit katanya..dan incik suami berselawat dan bercakap sesuatu kat perut aku..incik suami pujuk dan tolong urut2 pinggang dan peha aku..dia kata 'sabarlah sayang..ingat Allah..memang sakit..Allah dah cakap sakit bersalin ni sakit kedua selepas mati..' uwaa...aku tak tahan..aku baca apapun memang dah tak boleh tahan..sampai aku cakap kat incik suami..'yang..rasa macam nak mati dah sakit ni..' huhu..waktu ni akak aku pun ada sekali tengok aku..

Jam dah tunjuk kul 7.00 ptg..masa ni memang giler2 sakit punye.aku bagitau nurse..then nurse yang comel dan baik ni check bukaan..dah 7 cm dia cakap..pastu dia panggil kawan dia..kawan dia lak check..dah 8 cm..tapi diorang masih taknak bawa aku ke labour room..last2 ada sister ni check bukaan..katanya dah 9 cm..masa ni diorang dah sibuk cari troli untuk bawa aku ke labour room..dan aku sempatlah minum seteguk dua air selusuh minyak kelapa dara Anugerah..lepas je minum tu,aku rasa macam nak meneran jek..aku tarik nafas turun nafas sebab taknak beranak kat katil ni..lepas aku di letakkan kat atas troli,lagi sekali aku rasa nak meneran..aku suruh nurse tu cepat hantar aku sebab aku dah tak tahan nak meneran..

Sampai je kat labour room, aku diletakkan kat atas katil di bilik bersalin no 1..doktor lelaki melayu dan sorang nurse aje yang ada..aku cakap dengan doktor yang aku dah nak meneran ni..dia cakap sabar dulu..huhu..dah siap segala barang2 untuk aku bersalin,nurse dengan doktor muda tu suruh aku meneran..diorang ajar macamana nak meneran..dan aku berjaya ikut ape yang diorang ajar..lepas tu,diorang suruh aku teran..nurse tu cakap,kalau aku tak sakit pun aku kena teran jugak..jangan putus nafas..dalam 3-4 kali aku push,tetiba 'pop' keluar kepala..diorang punye sorak la bagi semangat untuk aku teran lagi untuk keluarkan body baby pulak..dengan sekali teran ,baby aku pun keluar dengan jayanya dan aku dengar baby aku menangis..baby diletakkan atas dada aku sebagai sentuhan pertama selepas di lahirkan..menitik air mata tanda syukur..sebab aku berjaya melahirkan anak aku secara normal..Alhamdulillah..tak lama lepas tu aku rasa dada aku basah je..rupenya baby aku kencing..dan sementara dokter nak jahit koyak yang dia gunting dan koyak sendiri tu,nurse bawa baby aku untuk mandi..lama jugaklah aku kena jahit..sebab banyak juga koyaknya..sakit jugak kena jahit tu..walaupun dibius tapi masih juga rasa sakit..

Lepas jahit,aku di tukarkan baju dan diletakkan balik atas troli untuk di hantar balik ke wad..Nurse bagitau yang baby aku beratnya 2.75kg..baby diletakkan di sisiku atas katil sampailah aku balik ke ward semula..Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana semuanya telah selamat..dan aku bersyukur kerana susu aku pun ada...rezeki untuk si kecil..masa anak aku si Ammaar dulu susu taknak keluar langsung..

Dan malam tu,aku tidur bersama baby ku..syukur sebab baby ku tak banyak ragam..lepas bagi susu dia tidur balik..

Maka tertunailah hasrat incik suamiku untuk aku lahirkan anaknya pada hari Jumaat yang indah..Esoknya,Sabtu petang aku dah keluar hospital..syukur..

Tu lah kenangan dan pengalaman pertamaku bersalin normal..akan aku ingat setiap detik susah payahnya aku untuk melahirkan si comel Aariz Danial ke muka bumi ni..Alhamdulillah..

Pengalaman Bersalin secara normal..Part 1..


Baby Aariz Danial--day 1

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi kerana aku telah selamat melahirkan anak lelaki pada 27.09.2013, hari Jumaat jam 7.32 petang di Hospital Klang..Dan yang paling aku bersyukur sangat, kali ni aku bersalin secara normal..syukur sangat2 kerana doaku telah di makbulkan oleh-Nya..Sebelum ni aku bersalin secara Ceazer..so memang aku berharap sangat dapat normal kali ni..

26.09.2013--Khamis

Berbalik pada tajuk asal, pada 26.09.2013 tu aku ada check up kat hospital memandangkan tu tarikh due date aku..aku gi hospital sensorang je..memang biasa gi sorang2 sebab aku takmo my hubby buang masa teman aku tunggu berjam2 untuk check up..tapi pada hari tu, aku kena scan n check CTG baby..ingatkan ok2 aje..sekali kena tahan ward daa...sebab CTG baby aku tak santekk..kata dokter MO tu..Alamakk..dah la aku datang sorang2..parking kereta kat tingkat atas sekali lak tu..yang nurse ni pulak dah ajak suruh ikut dia gi daftar masuk ward..haaa...hambik kau kelam-kabut call incik suami..call mak..hupdate status kat fesbuk bagitau aku kena masuk ward aritu jugak..memandangkan dah kul 11 pagi waktu tu,incik suami kata nak balik halfday aje..aku pun ok ajela..lagipun bukan nak bersalin dah waktu tu..

Dah sampai ward 1B nurse ambik rekod semua pastu aku kena tukar baju seragam kaler pink..pastu nurse suh baring kat dalam bilik rawatan depan kaunter..dia check jantung baby..pastu dah sudah tu katil lak takde..so tunggu la diorang sediakan katil tambahan..ok dah dapat katil tu, baring2 jap tunggu incik hubby datang,pastu datang sorang dokter cina ni..soal siasat..hehee...dia amik data semua..pastu dia cucuk jarum kat tangan kiri untuk ambik darah..tak sakit pun..hehe...

Dalam kul 2 petang camtu, incik suami ku pun datang..bawa barang2 semua..thanks sayang..tapi dia kejap je sebab nak ambik kereta yang aku park kat tingkat atas tu..lepas dia balik, nurse panggil tuk check bukaan..hermm..ni yang aku tak suke nih...so,masa tunggu tu,ade la 3-4 orang yang lain pun duduk tunggu nak check bukaan gak..tiba giliran aku, dokter perempuan india yang buat..hermm..shaakiiitt..tapi kalau tarik napas tak sakit sangat la..

Dokter ru cakap..tak buka lagi..tapi esok masuk ubat ye..katanya..herm...teringat masa Ammaar dulu..masuk ubat jugak..tapi sakit sikit je..sudahnya kena operate sebab bukaan hanya 3 cm jek..
Pastu aku pun balik ke katil baring2..ingatkat nak borak2 dengan orang katil sebelah..sekali orang Myanmar la pulak...langsung tak paham ape orang cakap..malay tak tau..english tak tau..cina pun xtau..hermm..malas nak layan,aku baring2 sambil buka fesbuk...

Petang tu masa incik suami datang melawat,aku dah dapat katil lain..incik suami tolong kemas barang2 semua..petang tu jugak aku dapat jumpa anak aku yang sulung si Ammaar..tu pun kakak aku bawa..lepas dah rindu kat Ammaar...thanks angah sebab bawa Ammaar datang..

Dan malam tu, nurse panggil lagi untuk check bukaan..oohh..kali ni dokter lelaki India pulak..dan..bukan sekadar check bukaan saja tapi dia tolong bukakan jalan..shaakkitt...uwaaa...nak nangis haku..berpeluh2 wooo...tak boleh nak cakap camne sakitnya..cuma aku boleh bagitau yang jarinya masuk ke dalam sangat2..pastu dia korek2..hukhukhuk...

Dan lepas tu aku pun balik ke katil..rehat untuk menanti di masukkan ubat awal pagi esok..

Wednesday, September 18, 2013

Kaki Bengkak..

Minggu ni dah masuk minggu ke 39 aku pregnant..wahh..lagi beberapa hari lagi untuk aku bertemu dengan baby ku dalam perut ni..tak sabar rasanya..dan sejak semalam kaki aku dah start bengkak..incik suami urut tapi macam tu jugak..orang tua2 kata..kalau dah bengkak kaki,surut je bengkak tu pastu akan bersalin..huhu..berdebar2 jugak nih..

Macam tak penah bersalin je sebelum ni..ya..memang penah tapi sebelum ni aku tak rasa sakitnya pinggang macam sekarang ni..tak rasa sakitnya celah kelangkang ni bila baby mula menekan2 bahagian bawah ni..memang masa 1st pregnant dulu aku tak de rasa sakit macam ni..mungkin kali ni aku dapat bersalin normal..harap2 la kan..sebab masa check up kat hospital klang 2 minggu lepas dokter kata 70-80 persen je dia akan bagi cuba untuk bersalin normal..if lepas air ketuban pecah,10 jam selepas tu kalau bukaan masih tak sampai 10 cm, aku akan terus di bawa ke bilik operation..hurmm...kalau operation lagi nampaknya hanya 3 sajalah zuriat yang dapat ku berikan kepada incik suamiku..Alhamdulillah..aku masih bersyukur kerana aku masih mampu lahirkan zuriat untuk lelaki yang aku sayangi..

hurmm...esok aku ade check up lagi kat hospital klang..nak kena repeat scan.sebab masa pergi haritu dokter tak puas hati dengan graf tumbesaran baby..so harap2 esok semuanya berjalan dengan lancar..jangan kena tahan kat wad sudahlah..hehe..al maklumlah due date aku pun next week..

mudah-mudahan Allah permudahkan segala2nya nanti..amin..


Monday, August 5, 2013

Aktiviti hari ini..

Pagi ni nak gi Klinik Kesihatan Kg Pendamar..nak ambil vitamin Obimin..dah habis lak..nanti kalau tak makan ubat tu HB aku turun lagi..Then aku nak gi Jusco Bukit Tinggi Klang..nak cari tali pinggang si Ammaar..guna voucher Jusco yang mr bos kasi je aritu..hehe..

hemm..plan arini nak buat Sponge Cake Pandan..Barang2 dah ada kecuali daun Pandan je..nanti kalau dah jadi aku akan upload gambar dengan resepinya sekali k..ok..nak gi dah..babai..

Tuesday, July 30, 2013

Cuti Raya AidilFitri 2013

Alhamdulillah..kampeni cuti dari 5 hb 8 sampai 12 hb 8 untuk raya AidilFitri ni..hooyeahhh!!!

Hmm..ape nak buat hujung minggu ni ye..dalam kepala ni cuma fikir nak buat Kek Marble dan Sponge cake..resepi pun dah ambil dah dengan akak tempat aku gi buat plate haritu..walaupun akak tu orang Cina tapi dia baik..dia ajar one by one macam mana nak buat kek yang sedap lagi marbeles tu..hehe..lagipun anak buah aku si Irfan dan anak aku memang suka makan kek..

Dan tadi kampeni aku kasi voucher Jusco RM 50 setiap orang..aku pun dah soping baju raya..so mungkin nak beli barang baby je guna voucher tu nanti..hehe..

Oklah..sempena dah nak habis bulan Ramadhan ni,aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Raya AidilFitri untuk semua..Salam sayang dari aku dan family..

Sunday, July 7, 2013

Jalan-Jalan di Tasik Shah Alam

    Lepas soping baju raya untuk hero2 aku haritu , aku ajak hubby suami gi jenjalan kat Taman Tasik Shah Alam..aku ingat nak naik bot itik yang kayuh2 tu..tapi bila tengok harga dia rm25 sejam terus tak jadi..hehe..last2 kitorang naik bot yang pusing tasik tu aje..baru rm6 sorang untuk dewasa..Ammaar tak kena bayar sebab kecik lagi..

   Lepas beli tiket kat kaunter dekat dengan food court tu, kitorang terus ke bot tu..sebelah food court tu aje pun..Ni lah 1st time aku naik bot pusing tasik Shah Alam ni..sebenarnya aku pun tak tau ade bot ni..hehe...incik hubby aku lagi la tak tau..



   Seronok jugaklah naik bot ni pusing tasik..angin sepoi2 bahasa je menyapa muka..aktiviti ni boleh dijadikan aktiviti keluarga masa hujung minggu..budget pun ciput je ..hehe..Oklah..Selamat berhujung minggu k..


Trip to Perlis & Thailand , Jun-July 2013 -- Part 1

   Syukur Alhamdulillah..kandungan aku dah 28 minggu..kali ni aku nak cerita tentang jalan2 cari makan aku ke Perlis sampailah ke Thailand minggu lepas bersama mak abah ,adik dan Ammaar..actually adik aku ada kursus kat Perlis,so memandangkan nanti mak aku takde orang nak teman shopping kat sane, maka aku pun join la depa..hehe..boleh la beli tilam baby sekali kat sane..

29.06.2013 (Jumaat)

   Kitorang gerak dari Klang dalam jam 10.30 pagi..sepanjang perjalanan tu cuaca ok je..sampai kat Tapah, kitorang berhenti jap kat r & r Tapah..mak aku kata nak beli jambu untuk mak sedara aku kat Kedah nanti..Lepas tu beli donut kat Dunkin donut dan adik aku bermurah hati nak belanja ice blended kat Baskin Robin..Then kitorang meneruskan perjalanan ke utara..dalam jam 5 lebih dah sampai kat umah mak sedara aku kat Taman Ria, Bagan Serai..mak sedara aku jamu makan nasi dan durian..uisshhh...tu yang sedap tu..hehe..tapi memandangkan kitorang kena ambil kunci homestay,dalam kul 7 lebih kitorang dah gerak ke Perlis..



   Dengan menggunakan GPS dan Google Map, akhirnya jumpa jugak Azi Homestay..Homestay ni aku book 2 hari sebelum gi Perlis..adik aku memang suka buat kerja last minute..sudahnya aku jugak yang kena cari tempat penginapan..banyak jugak hometsay yang aku call tapi semuanya dah penuh..mungkin sebab ramai orang gi kursus O&G kat Mess Pegawai Kanan PDRM,Perlis tu kot..dan mujur lah Azi Homestay masih kosong..Homestay ni letaknya kat Jejawi..tak jauh pun dengan bandar Kangar..dalam 5-10 minit je ke tempat kursus adik aku tu..lagi satu homestay ni memang aman dan damai dari hiruk-pikuk kenderaan..

   Azi Homestay kat Jejawi ni adalah rumah berkembar..dalam 1 rumah tu ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air..1 bilik air tu bersambung dengan 2 bilik tidur tu dan 1 lagi kat bahagian dapur..kedua2 bilik tidur tu ada aircond..katil queen..kat ruang depan ada tv dan meja makan..juga ada peti ais di di dapur,sinki dan pinggan mangkuk..heater untuk masak air pun dia sediakan..tuan rumah juga ada sediakan air mineral 2 botol besar kat dapur untuk minum..kat luar rumah pulak ada meja batu dan pondok untuk melepak..tapi kitorang tak sempat nak melepak kat pondok tu..hehe..sebab sampai pun dah malam kan...untuk 1 malam, sewanya rm180 tapi disebabkan kitorang bermalam lebih 2 malam,dapatlah rm170 semalam..

   Ok,habis cerita pasal homestay..esoknya aku dah plan dengan mak abah aku nak ajak gi Wang Kelian lepas hantar adik aku kursus..kesian adik aku tak dapat ikut..hehe..oklah..next story ok...

Tuesday, July 2, 2013

Ole-ole from Tangkuban Perahu , Bandung with love..

   Actually my lil bro baru je baru balik dari cuti2 ke Jakarta-Bandung-Surabaya isnin minggu lepas. Dia and kawan baik dia gi sane 8 hari..tapi tak berapa puas berjalan sebab diorang demam dan sakit perut.Cuaca sejuk dan hujan sepanjang hari menyebabkan diorang  lagi best duduk lepak kat dalam bilik hotel aje..


Ammaar with cousin nya..

Ammaar with topi nya..
    Masa my lil bro kat Tangkuban perahu, aku dah siap pesan pada dia mintak carikan topi beruang untuk anak manja ku si Ammaar tu..siap post picture lagi guna wassap kat my lil bro..sebab masa aku gi hari tu aku tak sempat nak beli sebab asyik sangat shopping baju..hehe..Alhamdulillah, my lil bro jumpa jugak topi tu..Tapi sorry lah ye, my lil bro tak nak bagitau berapa rupiah harga topi ni.. dan, inilah topi tu..bukan main suka nya si Ammaar and the gang…hehe..Thank you ye acu..nanti kalau pergi tempat lain bolehla aku pesan benda lain pulak..hehe..

Sunday, June 9, 2013

Baju Melayu untuk raya Aidilfitri 2013

Semalam, incik suami kata nak print proposal project master dia so, aku cakap nak ikut sebab lepas tu boleh lah pergi ke PKNS Shah Alam untuk cari baju Melayu Ammaar dan incik suami punya sekali..Lepas dia print paper dia tu , kitorang pun terus ke PKNS...park kereta kat Taman Tasik Shah Alam tu..dan jalan kaki je ke PKNS..

Dekat PKNS tu ada orang jual2 baju kat tengah2 tu..aku cuma aim baju melayu je..ada satu kedai tu ,baju untuk budak 2 tahun RM59..huh..mahal..so,aku jalan lagi ke depan..dan aku jumpa satu kedai ni jual baju Melayu budak..RM 38 dan lepas diskaun jadi RM35..murah jugak tu..aku pun takde nak pikir2 dah, terus je try baju tu kat Ammaar..dah tengok ok , aku terus setuju nak beli..hehe..hari tu aku tengok kat Kuala Lumpur pun dah RM55 ke atas..so, dah jumpa yang murah ni, beli aje lah kan...

Ammaar n papanya--Aidilfitri 2012
Untuk baju incik suami lak, dapat RM100..tahun ni kaler coklat gelap..actually aku dah beli kain baju melayu untuk 2 orang lelaki ni kat Bandung hari tu..dan aku pun dah beli kain ela untuk aku jugak..kononnya nak sedondon la tahun ni kaler purple..tetibe dah pregnant ni, postpone la untuk tahun depan..tu yang beli je baju melayu siap ni..Dah ade baju diorang berdua ni,aku dah senang hati..tak payah pikir2 dah..baju2 t-shirt,kemeja dan seluar untuk raya pun dah beli dah masa sale kat Jusco hari tu..sebab nanti bulan puasa aku dah tak larat sangat nak shopping lama2..Untuk aku, blouse mengandung aje la yang aku beli..mungkin nak beli baju ala2 jubah aje untuk raya pertama tu..

Tahun depan Insha Allah dah berempat..dan tak lama lagi dah nak puasa..aku ada 2 hari lagi nak kena ganti puasa..hehe..Insha Allah minggu depan akan aku habiskan ganti puasa ni..mudah-mudahan..


24 weeks..

Salam semua..

Minggu ni dah masuk 24 minggu adik Ammaar dalam perut ni..Alhamdulillah , muntah2 semua dah lama hilang.Selera makan pun dah bertambah2..sekarang ni aku kena check up 2 minggu sekali kat Klinik kesihatan Kg Pendamar..sebab..jeng..jeng..jeng..berat aku naik 1 kilo lebih dalam masa 2 minggu..patutnya 0.5 kg je..dan baru Jumaat lepas kena minum air gula..nak nangis aku habiskan air gula se 'mug' besar tu..Alhamdulillah, bacaan ujian darah semuanya normal.. so,maknanya aku yang kuat makan sampai berat naik mendadak..hehe..

Ammaar n kakak Lily
Dulu masa mengandungkan Ammaar pun macam tu jugak..berat naik sampailah 7 bulan baru berat maintain..Dan,seperti abangnya juga, si adik dalam perut ni aktifnye menendang..sangat2 aktif tak kira pagi petang siang malam..dan tak kira aku sibuk atau tak sibuk..bile scan, memang patut pun dia kuat menendang.. Boboy rupenya..Dan , patut pun si Ammaar duk rilek je..tak banyak meragam..geng dia rupenya..

Sekali lagi aku bersyukur ke hadrat-Mu yang Allah, kerana memberikan ku rezeki untuk menambah zuriat di muka bumi ini..Ammaar pun dah bosan main sorang2..kesian dia..nak ajak aku main, boleh la sikit2..tapi kalau ajak main bola , memang takla..tunggu lah papa balik keje atau papa takde assignment..

Aku amat berharap , anak2 aku menjadi anak yang soleh ,bijak dan mendengar kata.. nakal tu biasalah..tapi kalau terlebih nakal , hanger la jawabnye..haha..

Saturday, May 25, 2013

Trip to Jakarta-Bandung January 2013 - Part 4

Hari Keempat , Bandung
26.01.2013

Pasar Baru , Bandung

Hari ni kitorang akan berpindah ke Unique Guest House yang berdekatan dengan Pasar Baru.So, semalam lagi aku dah kemas barang2 supaya tak kelam kabut paginya.macam semalam, aku cuma order nasi lemak je untuk alas perut.Eeng pulak datang tepat pada masanya..Selepas makan, dan pulangkan kunci, kami pun gerak ke Unique Guest House ni..Aku ambil hotel budget je sebab bukannya kitorang nak duduk lama pun..cuma nak mandi dan tidur je kat sini..Aku ambil 4 bilik semuanya..3 bilik double dan 1 bilik single..yang single aku bagi Adi , adik iparku yang lelaki tu..Semua hotel2 aku dah book awal2 guna Agoda.so jimatlah sikit..Selepas letak barang semua, kitorang pun gerak ke Pasar Baru.Belakang hotel tu je pun..kalau jalan kaki pun boleh sangat..hehe..

Kat Pasar Baru, Eeng syorkan aku ambil kawan dia untuk tunjuk kedai2 yang aku nak..jadi kuranglah sikit masa terbuang kan..nama kawan dia RIZKI..kitorang panggil IKI je..budak ni memang selalu lepak kat Pasar Baru..so dia memang tau mane kedai yang boleh tawar dan tak..

First sekali , Iki bawa kami ke kedai jual kain pasang dan kain batik..cantik2 kain dia..pilih punya pilih aku dapat lah rembat sepasang kain berwarna merah hati bersulam manik di bahagian dada dan tangan dengan harga RM40..aku search kat Google,kalau kat KL harganya mencecah RM80-90..kain batik dan kain pelikat tak banyak boleh tawar..diorang kata untungnya sikit je..aku ambil juga kain batik 2-3 pasang dan kain pelikat plain untuk di buat sampin raya incik suami..

Seterusnya ke kedai menjual Telekung pulak..aduhai...rambang mataku nak pilih..murah2..aku ambil Telekung jenis kain cotton Japang (Jepun) untuk aku..murah saje..RM45..lepas tu untuk kawan2 yang mengirim..kain cotton jugak..dalam RM42..dengan sulaman yang berwarna purple dan pink..lepas tu ada satu Telekung tu untuk kawan aku nak buat hantaran..warna hijau lumut sulam dia...kain warna putih krim..RM50..kalau kat KL lebih RM100..sebab au penah beli untuk aku punye hantaran..takdelah secantik yang aku beli tu tapi harga dia dah cecah RM90..tu kat Parit Buntar, Perak tu..kalau kat KL tah bape tah harganya..

Adik2 ipar aku nak cari Pashmina selendang tu..yang tu cantik2 jugak..RM12 kot..corak dia cantik.. dah beli tu,aku cakap dengan Iki yang aku nak beli kain cotton..dia bawa aku ke satu textile ni..nama kedai tu Sona Textile..kecik je kedai dia tapi penuh dengan kain cotton..memang cantik2..aku rembat sampai 3 pasang..murah saja bah..sepasang dalam RM20-25..4 meter..berbanding dengan kedai2 lain, kedai yang aku pergi tu memang murah dan corak kain cotton dia memang cantik..kain2 Lace aku tak tengok sangat sebab aku bukan nak pakai pun..lagipun aku dah kawen..tak payah nak cari kain2 Lace tu untuk buat baju kawen..hehe..



Pastu aku cari kain baju melayu raya untuk incik suami dan Ammaar kat kedai D'Fashion..kaler purple lembut..cotton..untuk aku, kaler purple gak..cotton Viscose..sejuk je kain tu..memang sangat sesuai untuk aku sebab aku tak suke kain yang panas2 ni..

Ok..dah puas shopping, kitorang menjamu selera kat food court kat tingkat atas..ajak Iki makan tapi dia kata dia makan kat tempat lain..Aku order Ikan Gurame Goreng..Ayam Penyet..air macam biasalah..Jus Alpukat..hoho...jus dia kat sini sangat sedap...lagi sedap dari kat R & R haritu..pekat giler jus dia..

Selepas mengisi perut,kitorang jalankan aktiviti shopping lagi..kali ni shopping beg2 pulak..memang cantik2 beg dia..masa tengah pilih2 beg, incik suami kata badan Ammaar panas..memang masa tu Ammaar demam sikit..aku cari2 ubat dalam beg..alamak aii..tertinggal lak kat hotel tadi..maka, untuk emergency , aku ajak incik suami sorong stroller ke toilet..bila angkat je Ammaar,laa..dah bobos rupenya..abes basah seluar..dan ape lagi..bukakan baju,seluar dan pampers dia pastu kecebur..aku mandikan si Ammaar..orang2 Indon dalam toilet tu duk heran..tanya kenapa aku mandikan..aku kata dia demam..diorang kata kalau kat Indon ni, kalau budak demam, diorang siap pakaikan stokin,selimut bagai..diorang tak mandikan macam aku mandikan Ammaar tu..hehe..nampak cam kejam jek ek.haha..tapi sebenarnya itulah yang disarankan oleh doktor..mandikan supaya suhu panasnya keluar..Alhamdulillah,suhu badan Ammaar dah mula turun..sempat lagi aku check guna thermometer yang memang benda wajib di bawa kalau gi mana2..

Then, sambung lagi shopping beg dan t-shirt Bandung...aku dapat beli beg dengan harga RM25 aje..hehe..clearance stock..brand HERMES..jeles akak aku tengok aku beli beg nih..



Selesai kat Pasar baru, Eeng bawa pulak ke faktory outlets..tak banyak baju yang aku beli kecuali kasut..memang aku suka dengan design kasut kat FO Donatello..aku beli kasut untuk raya dan juga kasut untuk Ammaar..untuk incik suami dia kata dia tak berkenan..Kat sini sempat jugak aku gi massage..sementara family mentua aku gi shopping baju2 kat FO sekitar2 ni,aku gi massage satu badan..RM35 aje untuk 2 jam 30 minit..best giler dia urut..hilang segala lenguh2 badan dan kaki..huh..memang puas hati..Sekali mak mentua aku kata, kenapa aku tak ajak dia gi massage...hahaha..aku ingat dia tak nak..hehe..sorry mama..



Dalam banyak2 FO, aku paling suka FO Anak Kecil..aku shopping banyak baju raya untuk Ammaar..dari seluar pendek sampai ke seluar jeans..seluar trek pun ade..sepasang dengan baju..sepasang baju dan seluar jeans dalam RM27 je..huhu...next time aku nak gi sini lagi..



Oh ya..aku ada baca orang selalu beli perfum kat Bandung ni..so, Eeng bawa aku gi 1 kedai perfum nih..aku beli 2 jenis perfum..memang wangi dan kalau pakai dari pagi sampai ke petang pun belum hilang lagi bau dia..nama kedai tu WiN Pusat Refill Parfum yang terletak kat Jl. Ir. H. Djuanda.. area Dago..aku rekomen orang yang nak beli perfum tuk datang kat kedai dia nih..

Sebelum balik ke hotel, kitorang singgah jap kat Kartika Sari..aku belikan biskut coffee untuk staff opis dan juga almond kek..kek kukus la..ermm..sedap..aku beli jugak untuk di bawa balik..

Untuk makan malam, kitorang singgah kat restoren Ayam penyet..bungkus aje sebab masing2 dah tak larat nak turun dari van..masing2 nak cepat2 balik hotel..nak mandi dan tidur..penat seharian bershopping sakan..Sampai hotel , makan dan kemas beg sebab esok pagi2 nak gerak ke Bogor , Jakarta pulak..Malam tu kitorang semua berkumpul kat bilik mama and pak mentua aku sebab bilik dia agak besar sikit berbanding bilik yang lain..Ermm..nasi Ayam Penyet dia memang sedap..Sambal dia pedas tapi sedap..rasa macam tak cukup lak sebungkus tu..hehe...


Oklah..Part seterusnya aku akan cerita pasal Bogor pulak..Bersambung...

Thursday, May 23, 2013

Trip to Jakarta-Bandung January 2013 - Part 3

Dalam jam 9.30 malam waktu Malaysia , keluarga mentuaku pun tiba dari Kota Kinabalu.Itu pun penat aku mengejar si Ammaar yang berlari sana sini..Supirku Eeng dah lama tunggu kat luar..memang aku dah call dia suruh tunggu aje kat luar.lagipun incik suamiku pun ada kat luar jaga beg2 kami.

Selepas bersalam2an, kami pun terus cari supir..oohhh..kecik molek aje supir ku ini..suara pun slow aje..malu agaknya..aku ambil supir dan transport melalui Iwan Setiawan. Dah lama jugak aku buat survey ni dan akhirnya aku pilih ejen ni.Sepanjang cuti2 kami, aku ambil kereta Toyota Innova..aku ingat cukup la untuk 7 dewasa dan 1 baby tapi rupanya kitorang shopping tak hengat punya..sampai terpaksa riba beg..hehe..aku cuba tukar Elf yang boleh muat 12 orang tapi malangnya Iwan cakap dah habis di tempah..hurmm..

Jadi malam tu ikut planning,kitorang akan terus ke Bandung.Sebelum sampai Bandung,kitorang berhenti makan di R&R highway Jakarta-Bandung.Aku ajak supir makan sekali tapi dia tolak dengan alasan dah makan..

Kat R&R tu aku makan nasi goreng biasa..dengan jus alpukat..aku tak lalu nak makan yang lain2 sebab perut aku rasa macam tak best aje..macam masuk angin..dari sampai Jakarta lagi aku rasa tak selesa..tapi nasi goreng dia sedap wehh..jus alpukat dia pun best..adik2 iparku ambil jus tu..memang best..so, 7 orang makan baru IDR142000..jus alpukat idr 7000 segelas..

Lepas makan,kitorang meneruskan perjalanan ke Bandung..sampai kat Bandung sesat pulak cari homestay Travellya tu..haha..gelap kan..tak nampak homestaynya kat mane..lepas call homestay tu rupenya tak jauh pun dengan jalan besar tu..kitorng dah lalu berapa kali dah tapi tak perasan pun..

Kami di sambut dengan penjaga homestay tu..tuan homestay duduk kat Jakarta..homestay ni sebuah rumah 2 tingkat.Bawah dia buat homestay tapi kat tingkat atas dia sewakan kat orang lain..kira besar jugak rumah ni..ada 3 bilik..2 bilik air dalam bilik..ada ruang dapur,ruang makan dan ruang tamu..kalau gi Bandung ramai-ramai boleh la duduk situ..

Lepas letak beg semua, kitorang pun rehatkan diri sebab esok pagi kul 8 pagi waktu Indonesia nak gi Tangkuban Perahu lak..huhu...excited aku nak gi sana..anak aku si Ammaar pun dah lentok dari dalam kereta lagi..maka mudahlah kerja aku nak kemas baju2 untuk aktiviti keesokan harinya...



Hari Ketiga
25.01.2013

Tangkuban Perahu

Seawal jam 6.30 pagi aku dah bangun..lepas prepare baju, aku mandi dan jerang air untuk buat susu Ammaar..suasana kampung dapat aku rasakan kat homestay tu..dalam jam 7.00 pagi , aku minta penjaga rumah tu tolong belikan nasi lemak..nak beli sendiri tak tau kat mane..so nasiblah penjaga rumah tu ada..


Nasi lemak Indon..hurmm…oklah..aku tengok pak mentua aku syok je makan sampai 2 bungkus..aku cuma dapat makan separuh je..perut aku masih tak selesa..Dalam kul 8 pagi Eeng pun datang..Dan destinasi pertama kami adalah Tangkuban Perahu..Sepanjang perjalanan ke Tangkuban Perahu, jalannya bengkang-bengkok sikit..turun naik bukit..tapi pemandangan dia tak payah cakaplah..memang cantik..kawasan pergunungan kan..Eeng sempat juga tunjukkan jalan nak ke Restoren Kg Daun..ingatkan nak singgah masa balik dari Tangkuban Perahu tapi disebabkan kekangan masa, maka next time je lah aku gi..




Perjalanan ke Tangkuban Perahu ambil masa dalam sejam lebih untuk sampai ke puncak..sampai je kat atas tu memang ramai penjaja-penjaja yang jual barang2 macam topi..tasbih..macam2..tapi Eeng dah cakap kalau nak beli jangan beli kat diorang tu..nanti dia letak harga melampau2..kalau nak beli barang macam t-shirt, boleh  beli kat deretan kedai2 kat bawah tu..

Keluar je dari kereta, bau sulfur dah menusuk kat dalam hidung ku..terbersin2 aku dibuatnya..dan sejuknya bukan main lagi..selepas bergambar sebagai kenangan, kitorang turun ke bawah..sesungguhnya aku amat kagum dengan ciptaan Allah..untuk pertama kalinya dalam hidup aku, nil ah first time aku tengok gunung berapi depan mata sendiri..berasap2 lagi tu..huhu..jakun sekejap…hehe..











Kemudian kitorang menyusuri deretan kedai2 yang menjual t-shirt2 , souvenirs ,pashmina (macam selendang tu..) dan macam2 lagi..kat situ aku beli t-shirt untuk Ammaar dan anak buah aku..aku punye tak payah beli sebab hari tu mak aku dah belikan baju untuk aku dan incik suami.. aku Cuma beli pashmina sebab nak balut badan aku..sejuk mak aihh…

Lepas tu kitorang berjalan sampai ke hujung..masa tu dah hujan renyai2.. menambahkan lagi kesejukan yang dah sedia sejuk tu..semakin lama semakin lebat..mencicit2 aku dengan incik suami dan Ammaar berlari ke gerai orang jual jagung bakar..Sementara nak tunggu hujan reda, kitorang bedal dulu jagung bakar tu..hehe..


Kat sini sempat jugaklah incik suami menunaikan Solat Jumaat bersama2 warga Indonesia..kedai2 lengang je..yang mana lelaki Islam, semua gi Solat Jumaat..diorang tinggalkan kedai macam tu je..cube kalau kat Malaysia..ada berani nak buat macam ni?hehe..

Strawberry Park , Bandung

Destinasi seterusnya adalah Strawberry Park..Tempat ni tak jauh pun dari Tangkuban Perahu..Kat sini ala-ala macam Cameron Highland jugak..boleh petik sendiri strawberry tu dan diorang timbang berapa gram pastu kenalah bayar ye..nak masuk kena bayar..sorang IDR5000 .. pastu diorang sediakan air jus strawberry untuk kita minum..sedap giler sampai aku tapau bawa masuk van..hehe..





Rumah Tas

Kitorang singgah kat sini sebelum gi makan..saje tengok2 cuci mata handbag2 kat situ..Tapi semuanya tak berkenan…aku kalau bab beg2 ni memang cerewet sikit..nak-nak lagi kalau harganya tak berbaloi di mata aku..hehe..



Restoren Sederhana (Masakan Padang)

Makan malam pertama kami di Bandung adalah di Restoren Sederhana..lauk2 akan dihidangkan sampai penuh meja..so aku dah inform adik2 ipar aku supaya ambil mana yang nak makan aje..Alhamdulillah lauk2 nya aku boleh makan..tapi aku masih lagi tak sedap perut..hurmm..Spoil betul cuti2 macam ni kalau badan rasa tak sedap..

Disebabkan badan pun dah penat,aku ajak Eeng balik..lagipun dah nak pukul 9 malam waktu Indon..waktu kerja Eeng pun dah nak tamat untuk hari tu..sebelum balik,adik ipar aku sempat jugak gi beli simkad Indon..aku tak ingat dah harganya berapa..tapi boleh la diorang guna untuk mesej tunang and boyfriend2 diorang kat Sabah tu..

Sampai rumah, semua dah kepenatan..lepas sembang2, mandi dan terus tidur..

Bersambung lagi ke part yang seterusnya..