Pages

Monday, October 28, 2013

Trip to Jakarta-Bandung January 2013 - Part 6--Final

Hari ke enam, Airport Jakarta
28.01.2013

Seawal jam 5.00 pagi aku dah bangun untuk mandi dan check urine..tunggu kejap..dan..keputusannya..nampak 2 line..woo wooo..betulkah?? wink..wink...mata dah berbintang2..akhirnya termakbul juga doa ku untuk mendapatkan zuriat ke-2..patutlah perut dan tekak aku tak berapa nak selera..rupanya dah ada isi dalam perut ni haa...  

Sampai kat Airport,kitorang makan dulu..Flight family mentuaku awal dari kami bertiga..nanti mak abah aku datang ambil diorang dulu then baru ambil we all bertiga..


ni beg yang dah beranak-pinak..


Tengah tunggu kaunter buka..


Ammaar tido dengan rimaunya..


Ni lepas bangun dari tido..


Ammaar main cak2..



                                        
Akhirnya..kitorang pun dah naik flight ke Kuala Lumpur..maka tamatlah cuti2 dengan mentua untuk kali ini..Sekian..dan jumpa lagi!!

Saturday, October 26, 2013

Kazen kahwin at Kuantan ,Pahang

Cuti Malaysia day hari tu aku gi Kuantan,Pahang..dalam tengah sarat mengandung dan menunggu hari je nak bersalin aku gigih jugak nak gi Kuantan..tak nak melepaskan peluang untuk berkumpul bersama sedara mara..aku gerak ke ke Kuantan hari Jumaat malam..tunggu incik suamiku balik dari kerja,makan,mandi,solat dan gerak ke Kuantan..konvoi dengan akak aku..Dan ni gambarnya..Kitorang sepupu-sepapat yang over..hehe...


Tahniah untuk adik kazen ku Wazir n pasangannya..semoga bahagia hendaknya..

Trip to Jakarta-Bandung January 2013 - Part 5

Taman Safari, Bogor

Hari Kelima , Bandung to Bogor, Jakarta
27.01.2013

Seawal jam 6.00 pagi , kami semua dah bersiap untuk ke Bogor, Jakarta. Unique Guest House cuma sempat sediakan roti berserta jem dan air kopi panas dan air mineral sebab kai check out terlalu awal..Alhamdulillah, Ammaar pun tak banyak songeh kena bangun pagi dan mandi..sebab lepas mandi dia sambung tidur balik..



Bandar Bandung pagi tu agak lengang..Pemandangan sepanjang menuju ke Bogor sangat cantik..dan kami ada melewati satu tasik yang sangat besar..serius..cantik..Dalam jam 9.00 pagi, kami berhenti di satu kawasan atas bukit..ramai orang berhenti..kat sini ada toilet yang airnya sejuk macam air batu..dan dari bahagian atas bangunan,kita boleh tengok kawasan pergunungan yang sangat cantik sekali..dah la sejuk..






Selepas rehat sekejap, kami teruskan perjalanan ke Bogor..Eeng kata kena lalu sempadan Bogor sebelum jam 11 pagi..sebab nanti jalan tutup..Alhamdulillah, akhirnya kitorang sampai jugak  ke simpang Taman Safari.Sebelum tu, kitorang singgah makan dulu sebab taknak kebulur nanti..Eeng kata masuk Taman Safari tu lama jugak..lagipun makanan kat dalam Taman Safari tu mahal.Selepas makan, aku beli carrot yang banyak orang jual kat tepi2 jalan..carrot tu nak bagi makan haiwan2 kat dalam Taman Safari tu..









Then, perjalanan di teruskan sampailah ke Taman Safari tu..kena naik kereta beb..kalau tak nanti kena baham dengan pak rimau nanti..hehe..silaplah aku duk tepi tingkap..sebab aku dah la penakut dengan hewan2 itu..lepas tu Ammaar pulak nak aku peluk dia je..papa Ammaar duduk tengah..dia yang sibuk nak bagi hewan2 tu makan termasuklah pak metua aku..






Mula2 kitorang lalu tempat tinggal si gajah..dalam 3-4 minit lepas tu lalu pulak bahagian cik Zirafah..tak boleh nak bagi makan sebab dia duk nun jauh di sinun..pastu lalu kat bahagian hewan2 lain macam rusa, tenuk, badak , zebra.. yang tak leh tahan bila lalu kat 1 kolam yang ada badak tu, si badak tu tengah duk nganga dengan mulutnya yang besar tunggu orang sumbat makanan kat dia..haiihh..geli aku tengok mulutnya tu..nampak lidah ngan anak tekaknya tu..


Lepas tu, lalu pulak kawasan sang rimau..nak masuk dalam kawasan sang rimau tu, ada macam pintu gerbang..pastu ada warning suruh tutup tingkap sebab takut sang rimau tu terkam pelawat dalam kereta..tapi rimau2 tu semua tengah bermalas-malasan kat tempat dia..ciss...pemalas tul rimau2 nih..duk melepak jek..hehe..



Kemudian kitorang lalu lagi kat kawasan hewan2 jinak tu sebelum sampai kat tempat parking kereta..kat sini ada persembahan gajah..sempatlah jugak gi tengok persembahan tu..Habis je persembahan, aku ajak incik hasben jenjalan area tu..ada 1 tempat ni macam terowong..tapi masuk je ada jambatan kayu dengan view yang sangat cantik..siap ada air terjun kecik lagi..sejuk..kat hujung jalan tu ada tempat tinggal hewan2 lain..macam kanggaroo..dah rasa macam kat Aussy lak..hehe..

Lepas jenjalan tu, aku nampak cable car..macam nak naik tapi mahal la pulak..so aku pun tunggu la my family in law kat kereta sebab masa tu Ammaar dah nak susu..Dan tak lama kemudian,diorang pun sampai kat kereta..rupa2nya adik2 ipar aku naik cable car tu..sementara mama n papa aku gi ronda kawasan tu..hehe..

Hujan menemani kami sepanjang jalan balik dari Bogor ke Jakarta.Tapi dah sampai Jakarta, panas pulak..Sampai kat Jakarta,aku minta Eeng bawa kitorang ke Monas pulak..kali ni aku nak bawa family aku pulak jalan2 kat sini..Lepas ambil gambar, kitorang habiskan masa dengan jalan2 kat area Monas tu..ada orang jual barang2 macam ala2 pasar malam camtu..tapi Eeng kata bukan hari2 diorang niaga kat sini..Kat sini aku beli lagi t-shirt..souvenir dan juga dompet..haha..dapat murah selepas aku berhabis2an menawar..aku beli 2 lagi..tapi bila balik rumah, akak aku rembat 1..cehh..


Dah habis shopping dan jenjalan, Eeng terus bawa kitorang ke Hotel Nusantara dekat dengan Tanah Abang..Sampai kat Hotel tu,nyamuk punyelah banyak kat luar..Diorang cakap sebab banjir hari tu..so nyamuk banyak la..Kat hotel Nusantara tu aku ambil Family room untuk 5 orang..dan 1 bilik lagi double bed untuk 2 orang adik ipar aku..



Malam tu kitorang dinner dekat  D' Cost kat Thamrin City..aku suka restoren ni..bersih dan selesa..makanan dia pun sedap dan tak mahal..murah sikit dari kat Malaysia la..Then lepas makan kitorang jalan2 kat Thamrin City Mall tu..Jumpa pasaraya dan aku ajak incik hasben masuk jap..sebenarnya aku nak cari Urine test Kit..sebab dah lewat seminggu peod ku..dan rasa kurang selera nak makan..makan sikit nak muntah..punye la jauh aku cari kit tu kan..hehe..so..esok pagi je la check..

Dalam jam 8.30 malam waktu Indon,aku pun call Eeng ambil kitorang kat depan restoren tadi..semuanya dah kepenatan tunggu nak balik hotel dan tidur..Esok pagi kena bangun awal2 pagi untuk ke Airport pulak..Time to go back home..huhu..rindu banget sama masakan Malaysia..

Next--> Trip to Jakarta-Bandung January 2013 - Part 6--Final


Saturday, October 5, 2013

Pengalaman Bersalin secara normal..Part 2..

27.09.2013--Jumaat

Jam 3 pagi aku dikejutkan oleh nurse untuk check CTG baby..graf tak santekk..kata nurse tu..hurmm..pastu sambung tido balik..jam 5.30 pagi aku bangun untuk bersihkan diri sebelum di induce..Dalam jam 6.30 pagi,nurse pun panggil..ada 3-4 orang lagi yang menerima nasib yang sama macam haku..Aku orang pertama dia panggil masuk ke bilik..ouuuhhh..dokter lelaki India tu lagi..lepas dia check bukaan.,dia kata serviks dah buka 2cm..pastu dia mintak nurse bagi ubat tu dalam 1.5mg je..lepas masuk ubat,nurse suh aku baring kat katil selama 1 jam..dalam masa 1 jam tu tak boleh gi mana2..kena baring je..masa tu aku tanya adik aku..apesal aku masuk ubat 1.5mg je..biasanya dia masukkan 3 mg ubat..adik aku cakap,sebab dulu aku ceazer..so kalau 3 mg nanti terlalu kuat sakitnya..untuk orang yang macam aku yang sebelum ni ceazer,dia akan bagi ubat separuh je..ok..setengah jam pertama tu tak rasa apa2..tapi dah nak 1 jam, aku dah mula rasa baby mengeras tapi tak kerap sangat..

Dah lepas 1 jam,nurse datang bagitau boleh bangun untuk ke bilik air..masa nak ke bilik air tu, aku lintas 3 katil yang mana diorang dah ready untuk tunggu bukaan jadi 7-10 cm..

Tengahari tu incik suami kata dia tak datang sebab nak gi solat Jumaat..takut tak sempat sampai sebab waktu melawat dari jam 12.30 tghari hingga 2 petang je..hemm..oklah..akak kat katil sebelah aku,Kak Hasni pun laki dia tak datang jugak..so kitorang duduk borak2..Dalam jam 2.30 petang,nurse panggil lagi untuk doktor check bukaan..kali ni doktor perempuan India dan sorang lagi doktor HO lelaki cina...mula2 dokter cina tu yang check..dia cakap dah 5 cm sebab dia dah rasa kepala baby..pastu dokter India tu lak seluk..dia cakap baru buka 2 cm..pastu dia seluk lagi dalam..nak tolong lebarkan jalan..aduhaii..sakitnya rasa..berpeluh2 haku dibuatnya..lepas cuci,aku pun gi ke katil..masa ni aku dah rasa baby mengeras agak kerap dalam 5 minit sekali...masa tengah baring mengiring ke kiri, tiba2 'pop'..dan terasa air keluar dengan laju dari bawah..air ketuban ku dah pecah..aku tak larat nak bangun waktu tu..nasib ade akak sebelah katil aku tolong panggil nurse dan nurse pun check..dia kata ya..air ketuban pecah..dia suruh aku masuk ke bilik rawatan tu dan baring..aku sempat wassap incik suami kata suh datang segra sebab air ketuban aku dah pecah..dalam setengah jam jugak aku baring dalam tu tunggu doktor check..pastu doktor perempuan cina pun masuk untuk check bukaan dan nak pastikan tu air ketuban ke bukan..so,lepas dia check dengan alat dia yang macam cotton bud tu pastu dia kata positive..memang air ketuban..lepas tu dia suruh aku balik ke katil..nurse suruh aku pakai pad,pastu tunjuk kat dia kalau air keluar lagi..sampai kat katil,aku ambil tuala dan barang mandi untuk mandi..aku rasa tak selesa, so lebih baik aku mandi dulu..sebab aku rasa aku akan bersalin tak lama lagi...

lepas mandi,aku tengok incik suami dah ada kat katil..lepas borak2,aku baring kat katil..masa ni rasa mengeras tu dah rasa kuat dah..sakit..bila aku rasa ada air keluar,aku tunjuk kat nurse pad tu..tujuannya sebab nak check kalau air ketuban yang keluar tu warna nya kotor ke tak..kalau kotor,maksudnya baby dah berak..

Aku tengok jam..5 minit sekali aku dah rasa contractionnya..masa ni aku mengadu kat incik suami..aku selawat..baca doa nabi Yunus..baca ayat Kursi..sampai dah tak tahan sangat,aku cakap dengan nurse yang aku dah rasa sakit..nurse suruh baring kat katil tengah untuk check CTG baby..aku request untuk baring mengiring..untuk kurangkan sakit tapi masa ni memang baring terlentang ke..mengiring ke..sakit jugak..aku mintak dengan nurse ubat tahan sakit..tapi nurse tu kata dia cuma akan bagi kalau CTG baby cantik..tapi,CTG baby aku tak santekk jugak..dan masa ni incik suami datang kat katil..jenguk aku..aku ngadu dengan incik suami yang aku rasa sakit sangat..nak menangis dan aku mintak untuk ceazer aje..tapi ada nurse yang aku kira boleh panggil makcik tu pujuk..dia kata cuba lah normal..memang sakit katanya..dan incik suami berselawat dan bercakap sesuatu kat perut aku..incik suami pujuk dan tolong urut2 pinggang dan peha aku..dia kata 'sabarlah sayang..ingat Allah..memang sakit..Allah dah cakap sakit bersalin ni sakit kedua selepas mati..' uwaa...aku tak tahan..aku baca apapun memang dah tak boleh tahan..sampai aku cakap kat incik suami..'yang..rasa macam nak mati dah sakit ni..' huhu..waktu ni akak aku pun ada sekali tengok aku..

Jam dah tunjuk kul 7.00 ptg..masa ni memang giler2 sakit punye.aku bagitau nurse..then nurse yang comel dan baik ni check bukaan..dah 7 cm dia cakap..pastu dia panggil kawan dia..kawan dia lak check..dah 8 cm..tapi diorang masih taknak bawa aku ke labour room..last2 ada sister ni check bukaan..katanya dah 9 cm..masa ni diorang dah sibuk cari troli untuk bawa aku ke labour room..dan aku sempatlah minum seteguk dua air selusuh minyak kelapa dara Anugerah..lepas je minum tu,aku rasa macam nak meneran jek..aku tarik nafas turun nafas sebab taknak beranak kat katil ni..lepas aku di letakkan kat atas troli,lagi sekali aku rasa nak meneran..aku suruh nurse tu cepat hantar aku sebab aku dah tak tahan nak meneran..

Sampai je kat labour room, aku diletakkan kat atas katil di bilik bersalin no 1..doktor lelaki melayu dan sorang nurse aje yang ada..aku cakap dengan doktor yang aku dah nak meneran ni..dia cakap sabar dulu..huhu..dah siap segala barang2 untuk aku bersalin,nurse dengan doktor muda tu suruh aku meneran..diorang ajar macamana nak meneran..dan aku berjaya ikut ape yang diorang ajar..lepas tu,diorang suruh aku teran..nurse tu cakap,kalau aku tak sakit pun aku kena teran jugak..jangan putus nafas..dalam 3-4 kali aku push,tetiba 'pop' keluar kepala..diorang punye sorak la bagi semangat untuk aku teran lagi untuk keluarkan body baby pulak..dengan sekali teran ,baby aku pun keluar dengan jayanya dan aku dengar baby aku menangis..baby diletakkan atas dada aku sebagai sentuhan pertama selepas di lahirkan..menitik air mata tanda syukur..sebab aku berjaya melahirkan anak aku secara normal..Alhamdulillah..tak lama lepas tu aku rasa dada aku basah je..rupenya baby aku kencing..dan sementara dokter nak jahit koyak yang dia gunting dan koyak sendiri tu,nurse bawa baby aku untuk mandi..lama jugaklah aku kena jahit..sebab banyak juga koyaknya..sakit jugak kena jahit tu..walaupun dibius tapi masih juga rasa sakit..

Lepas jahit,aku di tukarkan baju dan diletakkan balik atas troli untuk di hantar balik ke wad..Nurse bagitau yang baby aku beratnya 2.75kg..baby diletakkan di sisiku atas katil sampailah aku balik ke ward semula..Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana semuanya telah selamat..dan aku bersyukur kerana susu aku pun ada...rezeki untuk si kecil..masa anak aku si Ammaar dulu susu taknak keluar langsung..

Dan malam tu,aku tidur bersama baby ku..syukur sebab baby ku tak banyak ragam..lepas bagi susu dia tidur balik..

Maka tertunailah hasrat incik suamiku untuk aku lahirkan anaknya pada hari Jumaat yang indah..Esoknya,Sabtu petang aku dah keluar hospital..syukur..

Tu lah kenangan dan pengalaman pertamaku bersalin normal..akan aku ingat setiap detik susah payahnya aku untuk melahirkan si comel Aariz Danial ke muka bumi ni..Alhamdulillah..

Pengalaman Bersalin secara normal..Part 1..


Baby Aariz Danial--day 1

Alhamdulillah..Syukur ke hadrat Illahi kerana aku telah selamat melahirkan anak lelaki pada 27.09.2013, hari Jumaat jam 7.32 petang di Hospital Klang..Dan yang paling aku bersyukur sangat, kali ni aku bersalin secara normal..syukur sangat2 kerana doaku telah di makbulkan oleh-Nya..Sebelum ni aku bersalin secara Ceazer..so memang aku berharap sangat dapat normal kali ni..

26.09.2013--Khamis

Berbalik pada tajuk asal, pada 26.09.2013 tu aku ada check up kat hospital memandangkan tu tarikh due date aku..aku gi hospital sensorang je..memang biasa gi sorang2 sebab aku takmo my hubby buang masa teman aku tunggu berjam2 untuk check up..tapi pada hari tu, aku kena scan n check CTG baby..ingatkan ok2 aje..sekali kena tahan ward daa...sebab CTG baby aku tak santekk..kata dokter MO tu..Alamakk..dah la aku datang sorang2..parking kereta kat tingkat atas sekali lak tu..yang nurse ni pulak dah ajak suruh ikut dia gi daftar masuk ward..haaa...hambik kau kelam-kabut call incik suami..call mak..hupdate status kat fesbuk bagitau aku kena masuk ward aritu jugak..memandangkan dah kul 11 pagi waktu tu,incik suami kata nak balik halfday aje..aku pun ok ajela..lagipun bukan nak bersalin dah waktu tu..

Dah sampai ward 1B nurse ambik rekod semua pastu aku kena tukar baju seragam kaler pink..pastu nurse suh baring kat dalam bilik rawatan depan kaunter..dia check jantung baby..pastu dah sudah tu katil lak takde..so tunggu la diorang sediakan katil tambahan..ok dah dapat katil tu, baring2 jap tunggu incik hubby datang,pastu datang sorang dokter cina ni..soal siasat..hehee...dia amik data semua..pastu dia cucuk jarum kat tangan kiri untuk ambik darah..tak sakit pun..hehe...

Dalam kul 2 petang camtu, incik suami ku pun datang..bawa barang2 semua..thanks sayang..tapi dia kejap je sebab nak ambik kereta yang aku park kat tingkat atas tu..lepas dia balik, nurse panggil tuk check bukaan..hermm..ni yang aku tak suke nih...so,masa tunggu tu,ade la 3-4 orang yang lain pun duduk tunggu nak check bukaan gak..tiba giliran aku, dokter perempuan india yang buat..hermm..shaakiiitt..tapi kalau tarik napas tak sakit sangat la..

Dokter ru cakap..tak buka lagi..tapi esok masuk ubat ye..katanya..herm...teringat masa Ammaar dulu..masuk ubat jugak..tapi sakit sikit je..sudahnya kena operate sebab bukaan hanya 3 cm jek..
Pastu aku pun balik ke katil baring2..ingatkat nak borak2 dengan orang katil sebelah..sekali orang Myanmar la pulak...langsung tak paham ape orang cakap..malay tak tau..english tak tau..cina pun xtau..hermm..malas nak layan,aku baring2 sambil buka fesbuk...

Petang tu masa incik suami datang melawat,aku dah dapat katil lain..incik suami tolong kemas barang2 semua..petang tu jugak aku dapat jumpa anak aku yang sulung si Ammaar..tu pun kakak aku bawa..lepas dah rindu kat Ammaar...thanks angah sebab bawa Ammaar datang..

Dan malam tu, nurse panggil lagi untuk check bukaan..oohh..kali ni dokter lelaki India pulak..dan..bukan sekadar check bukaan saja tapi dia tolong bukakan jalan..shaakkitt...uwaaa...nak nangis haku..berpeluh2 wooo...tak boleh nak cakap camne sakitnya..cuma aku boleh bagitau yang jarinya masuk ke dalam sangat2..pastu dia korek2..hukhukhuk...

Dan lepas tu aku pun balik ke katil..rehat untuk menanti di masukkan ubat awal pagi esok..