Pages

Sunday, December 28, 2014

Short Trip to Ipoh - Parit Buntar - Nibong Tebal - Batu Kurau - Taiping - Dec 2014 --Part 1

20 December 2014 -- Sabtu

First of all..aku ingin mengucapkan tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat teman sekerja ku Eja dan pasangannya iaitu bos aku jugak, Daniel Ding (muallaf) yang baru je membina mahligai indah pada 12 December 2014 dan majlisnya pada 21 December 2014 di Batu Kurau, Perak.


Ok, trip aku kali ni sebenarnya atas jemputan ke majlis kahwin teman kerja aku ni, Eja..dulu aku pernah cakap..kalau dia kahwin, jauh macam mana pun Insha Allah aku akan pergi..maka, tertunai sudahlah janji ku padanya dengan short trip ni..

Seawal pagi hari Sabtu, 20 hb December 2014, aku dah berkemas apa yang patut..menggoreng sosej..ayam pedas Ayamas..dan kentang goreng buat kunyah-kunyah dalam kereta nanti..sementara tunggu anak bujang aku si Ammaar bangun, aku siapkan Aariz dulu..hurmm..batuk pulak si Aariz..hati aku dah risau..dan berharap Aariz ok2 aje sepanjang trip ni..

Dalam jam 10.30 pagi, cik Puteh ku pun bergerak menuju highway Kesas masuk NKVE , lebuhraya Guthrie dan highway Plus Utara-Selatan.Cuaca pun elok takde hujan cuma jem sikit kat Tapah..Sebelum aku meneruskan perjalananan ke Taiping, kami singgah dulu kat Ipoh..berjejak kasihan dulu dengan sahabat baik ku, Effa masa belajar kat USM dulu...Dengan menggunakan khidmat nasihat pak Waze, maka kami dengan selamatnya telah sampai ke rumah Effa yang terletak di Taman Meru kat Ipoh.Usai solat Zohor, Effa n husbandnya, Wan belanja makan kat Restoren Mecca Tower..menu lunch kitorang hari tu adalah nasi Arab..nyum2..marvelous!!kambing dia memang sedap..ikan dia pun tak rasa macam ikan..hahaha..memang sedap..Thanks Effa n husband..InshaAllah, kalau ada rezeki boleh jumpa lagi dan borak panjang lebar..




Lepas makan2 kami pun teruskan perjalanan ke Taiping..mulanya plan nak singgah zoo Taiping dulu..tapi memandangkan jam dah tunjuk pukul 4.00 petang dan hujan renyai2 pulak, aku pujuk Ammaar untuk pergi Zoo Taiping keesokan harinya..Alhamdulillah, Ammaar setuju..So,kami terus menuju ke Hotel Kelisa, yang terletak kat Bagan Serai, dalam 27 km dari Taiping.Lepas check in, rehat2 kan badan kejap, aku ajak incik suami pergi ke Kampus Kejuruteraan USM kat Nibong Tebal.Tapi sebelum sampai USM, kena lalu Parit Buntar dulu..


Masa lalu pekan Parit Buntar tu..aku memang macam tak percaya je tu Parit Buntar..wahahhahaha...banyak dah berubah..ada jambatan baru..ada shopping mall..ada Mydin Mall..wahhh..hebat..hampir sesat aku di buatnya..Akhirnya, kami pun sampai kat USM..aku suh incik hasben terus ke Pusat pengajian aku dulu..iaitu Pusat Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik..4 tahun beb..4 tahun aku menimba ilmu kat sini..Alhamdulillah, berjaya jugak aku tamatkan pengajianku kat sini bersama kawan2 yang lain..Aku minta incik hasben ambilkan gambar aku dan anak2 untuk buat kenang2an..aku cakap kat Ammaar.." Inilah sekolah mama..besar tak?" Ammaar kata sekolah mama besar..nanti Ammaar nak sekolah dekat sini..macam mama..aduhai...kembang kuncup jantung hati aku mendengarnya..

EEhhhhh....no..no...no..CANNOT!!! Ammaar tak boleh sekolah kat sini..ini sekolah kejuruteraan!!Ammaar punye sekolah kat USM Kubang Kerian,Kelantan.. Fakulti Kesihatan ok!!Ammaar kan nak jadi doktor pakar Ammaar..pujuk ku..huhu..budak sebesar Ammar yang baru 3 tahun lebih ni apa lah yang dia faham kan..tapi aku sebagai ibunya perlu memberi galakan dan dorongan dari kecil lagi..biarlah bunyinya seperti memaksa..tapi demi masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang ni , aku kena support dia dari dia kecil..hehe..bersemangat mama ko ni Ammaar..hehhe...dan...seperti biasa, Ammaar hanya angguk..tah paham ke tak tah...

Aku melepaskan pandanganku ke seluruh bangunan School EE..arghhhh..memang aku terlalu rindu dengan setiap detik yang telah berlalu sepanjang aku berada di USM..Sebelah bangunan EE, ada Pusat Islam..rasa menyesal tiba di hati bila aku kenang berapa kali aje aku beribadah di Pusat Islam itu..dan ku pandang bangunan depan EE, ya..itulah bangunan yang kami panggil Dewan Kuliah..kebanyakan kelas kami dibuat di situ..Ya Allah..betapa aku amat2 merindui saat2 dulu..

"Yang..jom solat Asar" tetiba incik hasben aku bersuara.."ok..jom kita gi solat kat masjid Putih belakang USM ni.." kataku..tapi sebelum tu, aku ajak incik asben pusing2 dulu dalam USM..wahhh..ada bangunan baru terletak di belakang School Aero..jet2 yang dulunya kat sebelah School Aero pun dah dipindahkan..Bangunan tu rupa2nya Pusat Penyelidikan dan Sains..besar giler..wahhh..hebat USM sekarang..

Kemudian lalu pulak ke Desasiswa ataupun hostel..pun ada bangunan baru..bangunan untuk Pelajar..hurmm.mungkin untuk Perwakilan pelajar kot..hehe..memandai je aku..Lepas habis pusing2, aku ajak incik asben ku gi masjid putih solat Asar dulu sebelum gi jumpa cik Kia..salah sorang kawan aku yang masih berada di USM sebab nak sambung PHD..Alhamdulillah..tahniah cik Kia..

Desasiswa Utama terletak di luar pintu belakang USM..Ostel baru..ada 7 tingkat semuanya..So jumpa cik Kia kat bawah je..nasib ada meja dan kerusi..boleh lepak2 borak2 dengan Kia..hurmm..Kia dah kurus sekarang..dulu tembam..hehe..dia kerja sebagai Research Officer under lecturer dia dulu..and next year baru register PHD..Aku doakan yang terbaik untuk ko Kia..Semoga berjaya menjadi Dr..dan lecturer..esok2 anak2 aku nak sambung belajar senang aku contact ko ye Kia..hehe..

Ok..lepas jumpa Kia...kitorang menuju ke Mydin Mall..lokasinya depan kedai Shasha...dulu2 zaman kitorang belajar takde mall2 ni semua..yang ada cuma Billion..Econsave pastu kedai2 makan..kedai makan yang femes tu antaranya adalah Kedai Shasha dan Kedai Bagan Samak..hehe..

Mydin Mall Parit Buntar agak besar jugak..bersebelahan dengan Mydin mall bangunan Kerian Mall..ada Cinema baru buka kat situ..Tujuan kami ke Mydin mall ni sebab incik asben aku nak cari hadiah..kat opis dia ada tukar2 hadiah sempena Xmas ni..tu yang duk cari2 apa yang sesuai tapi last2 takde satu pun yang berkenan kat hati dia..Aku beli pembalut hadiah ngan baju putih Ammaar je untuk sekolah tabika dia nanti..pastu, kami turun ke food court untuk tapau makanan..makan kat hotel je sebab si Aariz dah tidur dalam pangkuan papanya..

Sampai hotel, sambil makan sambil layan bola..huhu...Malaysia lawan Thailand..kalah daaa...lepas mandi , balut hadiah untuk Eja, then tidur..sebab aku sakit kepala lepas makan kambing nasi Arab tu..panadol pulak tak bawak..so layan mata aje lah...mudah2an esok kepala aku dah tak sakit lagi...

Nanti sambung untuk perjalanan esoknya ke Batu Kurau dan Zoo Taiping..




Aariz Masuk Wad..

2 December 2014, hari selasa malam,Aariz kena admit wad kanak2 kat HTAR..Petang selasa tu lepas balik keje aku terus ambil Ammaar dan Aariz kat Taska..masa dalam kereta dah dengar si Aariz batuk..tapi makin teruk masa Maghrib tu..nafas dah berbunyi dan batuk berkahak..

Then,lepas incik suami balik keje dan makan, aku dan incik suami gi bersiap untuk ke klinik dekat ngan umah aku..dokter bagi neb kat dia..nafas dia dah kurang bunyi macam wisel tapi nafas still laju..sampai berlekuk dadanya..Terus..incik dokter bagi surat reffer terus ke HTAR..sampai hosp klang, dokter bagi neb sekali lagi..dan lepas neb tu dokter masih tak puas hati terus dia suh masuk wad..Maka, jadilah Aariz penghuni wad 6B selama 1 minggu kat dalam bilik cubical kat HTAR..


Sepanjang 7 hari duk wad tu 7 kali jugaklah Aariz kena sedut kahak..kahak dan lendirnya terlalu banyak..Dalam report Aariz,diagnose penyakitnya adalah Acute Bronchiolitis atau radang paru2 la senang citer.. tapi dokter kata jangkitan kumannya kat bahagian atas..so diorang on antibiotik..masuk ubat melalui kaki..tak sampai 2 hari jarum kat kaki dah tercabut sbb budak kecik ni lasak sangat..so nurse pasang jarum kat tangan pulak..itupun kain kat tangan dia dah barai..asik kena gigit je dengan si Aariz..

merajuk dengan mama..
Menjaga Aariz kat wad selama seminggu buat aku betul2 tak larat..dengan keadaan aku yang masih mengalami evening sicknessnya dan badan masuk angin sebab tidur tak cukup memaksa aku bergilir2 jaga Aariz dengan incik suami..incik suami balik keje dia akan jaga sampai tengahmalam dan aku akan balik umah untuk tidur seketika..kemudian tengahmalam aku datang hospital balik untuk jaga Aariz sebab incik suami keje esoknya..aku cuma berdoa dan berharap Aariz cepat sembuh dan boleh balik ke rumah cepat..

Senyuman untuk mama..hilang penat mama,sayang..
Alhamdulillah..hari ke dua di wad dah nampak perubahan kat Aariz..nafasnya dah kurang laju walaupun masih ada lekuk di dadanya..dokter cakap lekuk tu lama2 hilang sendiri..lekuk tu di sebabkan Aariz tarik nafas terlalu kuat dan terpaksa guna otot2 lain di sekitar dadanya sebab saluran nafas dia terganggu sikit disebabkan kahak yang banyak..
Demam..

Ambil gas setiap 4 jam..
Mama lambat la..biar Aariz buat sendiri lah!!
selama 4 hari jugalah Aariz kena ambil gas..hari ke dua kat wad, dokter tukarkan ubat gas lebih kuat sikit supaya saluran pernafasasn dia lebih longgar..Alhamdulillah,ubat2 tu semua serasi dengan Aariz termasuk antibiotik yang diberikan..

Lepas nafas dia dah ok, dokter cakap kalau takde pape boleh discaj..tapi..tiap kali nak discaj, suhu Aariz tinggi..demam pulak si kecik ni..esoknya pun sama..bila pagi tu dokter kata boleh balik kalau tak demam, bila nurse ambil bacaan suhu, dia demam..aduhai..dan lepas tu, aku sentiasa basahkan kepala Aariz dengan towel basah..malam tu aku tidur atas katil ngan Aariz..serius..badan aku dah tak larat 6 hari tidur kat atas kerusi malas kat hospital..sudahlah aku sedang mengandung..memang dugaan betul..dan Alhamdulillah, hari ke 7 dokter bagi Aariz discaj..syukurlah Aariz pun tak demam..terus aku call mak aku bagitau minta abah aku ambil kat hospital.

Semoga anak2 ku sihat hendaknya..aminn...



Thursday, December 18, 2014

Bercuti ke Terengganu-- 10 Oct 2014 - Part 1

Ni cerita tentang cuti2 kami ke Terengganu 10 - 12 Oct 2014 baru ni..actually aku tak bercadang nak pergi pun memandangkan Ogos haritu aku dah pergi masa kawan aku kawen..tapi disebabkan adik aku yang memaksa ajak pergi sebab dia ada kursus kat sana, maka aku pun book lah tiket flight MAS ke Terengganu..kononnya adik aku nak bawa mak abah aku bercuti sekali ke sana tapi dia takut mak abah aku boring tu yang dia beriya2 suruh aku ikut tu..nasib incik husband sporting..sudi ambil 1 hari cuti..

sebulan sebelum pergi,aku dah book tiket flight MAS untuk kami berenam...adik aku naik Airasia sebab dia start kursus hari Jumaat tu..kitorang hari Jumaat baru naik flight..tiket masa tu rm120 sorang pergi balik..bagi aku masih berbaloi dari naik kereta..

Penginapan pun aku dah book awal2 kat Batu Buruk Beach Resort melalui telefon..ambil bilik family rm 165 per day..dan aku juga dah book kereta viva untuk memudahkan kami bergerak ke sana sini..sebenarnya memudahkan kami pergi bershopping sebab adik aku kan kursus..so kitorang je yang bergerak sana sini..hehe..

Ok..semua dah setel, hari yang di nanti pun tiba..pagi tu aku naik komuter dengan si Ammaar..aku ikutkan ajelah kehendak si Ammaar yang nak sangat naik keretapi pastu naik kapal terbang..adik Aariz naik kereta ngan papa n mak abah aku..

Ammaar bukan main seronok lagi dia dapat naik komuter..macam orang tak pernah naik..padahal dah bape kali dah naik komuter tu..mungkin dia ingat komuter tu sama macam naik keretapi thomas dia..asalkan macam keretapi,semua dia balun kata keretapi thomas..ikutkan ajelah...


sampai kat kl sentral, aku menuju ke ERL pulak..rupenya tempatnya ke belakang sikit..tiket untuk kami berdua RM50 semuanya..lepas turun eskalator,kami berlari2 anak menuju keretapi tu..nasib sempat naik..papa Ammaar baru je sampai KLIA..so, papa Ammaar kena tunggu kami berdua lagi 28 minit baru sampai sana..

Dalam ERL tu, ramai mat saleh ngan orang luar..pakai kot bagai..aku jugak yang sempoi..pakai tshirt..jeans pastu selipar ala2 sandal..aku duduk sebelah mat saleh..sebab tu je kosong..borak ngan mat saleh tu pun sikit2 je,,tanya dia turun mana..pastu memasing buat hal sendiri...ERL ni dia pergi 2 station je..mula2 KLIA..lepas tu baru ke KLIA 2..sape2 yang naik MAS turunlah ke KLIA..sape naik AIR ASIA sila lah turun ke KLIA 2..cukup 28 minit, kitorang pun sampai lah kat KLIA..keluar je dari ERL tu Ammaar merengek nak naik keretapi lagi..ehhh..takde2..kataku..lepas ni naik kereta aje..haihhh...

pastu kitorang ambil lift ke tingkat 5 sebab tempat berlepas kat tingkat 5..keluar dari lift,si Ammaar dah berlari2 kejar neneknya yang dah ready tunggu aku dan Ammaar..dan aku terus dukung si adik yang tengah sibuk makan biskut kat atuknya..

Then, incik husben ajak check in dan letak bagasi..memandangkan kitorang naik MAS, so takdelah kitorang heran sangat kalau beg banyak..lepas tu mak aku nak gi solat jap..mak aihh..punya la jauh surau dia..incik hasben aku dah risau dah sebab mak aku belum muncul2 lagi..tak lama pastu baru nampak mak aku sengih2 datang kat kitorang..

Ammaar cukup seronok guna walkalator sepanjang nak gi ke ruang menunggu..gate kitorang hujung sekali..sampai2 je pramugari MAS bagitau flight delay dalam 40 minit..aku ok je..bukan kitorang nak kejar masa pun..

Dan dalam flight MAS tu, stewardess bagi air oren ngan kacang..layan ajelah makan kacang dalam flight yang amik masa 55 minit tu..



Sampai kat airport Sultan Mahmud, adik aku belum habis seminar lagi..so aku terus gi kaunter teksi untuk hantar kami ke Batu Buruk Beach Resort.Tambang teksi takdelah mahal sangat..dalam rm20 je rasanya aku bayar haritu..pakcik teksi tu pun peramah..jumpa pulak abah aku yang memang kaki borak..tak sampai 30 minit dah sampai dah kat resort tu..lepas ambil kunci,dan order tilam extra, kitorang pun masuk bilik..rehat2 sementara tunggu adik aku balik..

Dalam kul 5.30 ptg, adik aku pun sampai..lepak2 jap mandi dan lepas solat Maghrib,adik aku bawa keluar makan..katanya dia makan cfood kat Kuala Ibai..murah giler..tu yang malam ni dia nak ajak gi sana lagi..

Memandangkan adik aku ni buta jalan walaupun dia dah pegi semalamnya, maka terpaksalah guna pakcik WAZE mintak tunjuk jalan..sampai sesat2 ko kitorang cari jalan ke Ikan Bakar Kuala Ibai tu..sampai tah ceruk mane pun tak tau la sebab dah malam..tapi akhirnya kitorang jumpa jugak dengan bantuan Google Maps..hehe..

ok..sambung nanti..