Pages

Thursday, May 23, 2013

Trip to Jakarta-Bandung January 2013 - Part 3

Dalam jam 9.30 malam waktu Malaysia , keluarga mentuaku pun tiba dari Kota Kinabalu.Itu pun penat aku mengejar si Ammaar yang berlari sana sini..Supirku Eeng dah lama tunggu kat luar..memang aku dah call dia suruh tunggu aje kat luar.lagipun incik suamiku pun ada kat luar jaga beg2 kami.

Selepas bersalam2an, kami pun terus cari supir..oohhh..kecik molek aje supir ku ini..suara pun slow aje..malu agaknya..aku ambil supir dan transport melalui Iwan Setiawan. Dah lama jugak aku buat survey ni dan akhirnya aku pilih ejen ni.Sepanjang cuti2 kami, aku ambil kereta Toyota Innova..aku ingat cukup la untuk 7 dewasa dan 1 baby tapi rupanya kitorang shopping tak hengat punya..sampai terpaksa riba beg..hehe..aku cuba tukar Elf yang boleh muat 12 orang tapi malangnya Iwan cakap dah habis di tempah..hurmm..

Jadi malam tu ikut planning,kitorang akan terus ke Bandung.Sebelum sampai Bandung,kitorang berhenti makan di R&R highway Jakarta-Bandung.Aku ajak supir makan sekali tapi dia tolak dengan alasan dah makan..

Kat R&R tu aku makan nasi goreng biasa..dengan jus alpukat..aku tak lalu nak makan yang lain2 sebab perut aku rasa macam tak best aje..macam masuk angin..dari sampai Jakarta lagi aku rasa tak selesa..tapi nasi goreng dia sedap wehh..jus alpukat dia pun best..adik2 iparku ambil jus tu..memang best..so, 7 orang makan baru IDR142000..jus alpukat idr 7000 segelas..

Lepas makan,kitorang meneruskan perjalanan ke Bandung..sampai kat Bandung sesat pulak cari homestay Travellya tu..haha..gelap kan..tak nampak homestaynya kat mane..lepas call homestay tu rupenya tak jauh pun dengan jalan besar tu..kitorng dah lalu berapa kali dah tapi tak perasan pun..

Kami di sambut dengan penjaga homestay tu..tuan homestay duduk kat Jakarta..homestay ni sebuah rumah 2 tingkat.Bawah dia buat homestay tapi kat tingkat atas dia sewakan kat orang lain..kira besar jugak rumah ni..ada 3 bilik..2 bilik air dalam bilik..ada ruang dapur,ruang makan dan ruang tamu..kalau gi Bandung ramai-ramai boleh la duduk situ..

Lepas letak beg semua, kitorang pun rehatkan diri sebab esok pagi kul 8 pagi waktu Indonesia nak gi Tangkuban Perahu lak..huhu...excited aku nak gi sana..anak aku si Ammaar pun dah lentok dari dalam kereta lagi..maka mudahlah kerja aku nak kemas baju2 untuk aktiviti keesokan harinya...



Hari Ketiga
25.01.2013

Tangkuban Perahu

Seawal jam 6.30 pagi aku dah bangun..lepas prepare baju, aku mandi dan jerang air untuk buat susu Ammaar..suasana kampung dapat aku rasakan kat homestay tu..dalam jam 7.00 pagi , aku minta penjaga rumah tu tolong belikan nasi lemak..nak beli sendiri tak tau kat mane..so nasiblah penjaga rumah tu ada..


Nasi lemak Indon..hurmm…oklah..aku tengok pak mentua aku syok je makan sampai 2 bungkus..aku cuma dapat makan separuh je..perut aku masih tak selesa..Dalam kul 8 pagi Eeng pun datang..Dan destinasi pertama kami adalah Tangkuban Perahu..Sepanjang perjalanan ke Tangkuban Perahu, jalannya bengkang-bengkok sikit..turun naik bukit..tapi pemandangan dia tak payah cakaplah..memang cantik..kawasan pergunungan kan..Eeng sempat juga tunjukkan jalan nak ke Restoren Kg Daun..ingatkan nak singgah masa balik dari Tangkuban Perahu tapi disebabkan kekangan masa, maka next time je lah aku gi..




Perjalanan ke Tangkuban Perahu ambil masa dalam sejam lebih untuk sampai ke puncak..sampai je kat atas tu memang ramai penjaja-penjaja yang jual barang2 macam topi..tasbih..macam2..tapi Eeng dah cakap kalau nak beli jangan beli kat diorang tu..nanti dia letak harga melampau2..kalau nak beli barang macam t-shirt, boleh  beli kat deretan kedai2 kat bawah tu..

Keluar je dari kereta, bau sulfur dah menusuk kat dalam hidung ku..terbersin2 aku dibuatnya..dan sejuknya bukan main lagi..selepas bergambar sebagai kenangan, kitorang turun ke bawah..sesungguhnya aku amat kagum dengan ciptaan Allah..untuk pertama kalinya dalam hidup aku, nil ah first time aku tengok gunung berapi depan mata sendiri..berasap2 lagi tu..huhu..jakun sekejap…hehe..











Kemudian kitorang menyusuri deretan kedai2 yang menjual t-shirt2 , souvenirs ,pashmina (macam selendang tu..) dan macam2 lagi..kat situ aku beli t-shirt untuk Ammaar dan anak buah aku..aku punye tak payah beli sebab hari tu mak aku dah belikan baju untuk aku dan incik suami.. aku Cuma beli pashmina sebab nak balut badan aku..sejuk mak aihh…

Lepas tu kitorang berjalan sampai ke hujung..masa tu dah hujan renyai2.. menambahkan lagi kesejukan yang dah sedia sejuk tu..semakin lama semakin lebat..mencicit2 aku dengan incik suami dan Ammaar berlari ke gerai orang jual jagung bakar..Sementara nak tunggu hujan reda, kitorang bedal dulu jagung bakar tu..hehe..


Kat sini sempat jugaklah incik suami menunaikan Solat Jumaat bersama2 warga Indonesia..kedai2 lengang je..yang mana lelaki Islam, semua gi Solat Jumaat..diorang tinggalkan kedai macam tu je..cube kalau kat Malaysia..ada berani nak buat macam ni?hehe..

Strawberry Park , Bandung

Destinasi seterusnya adalah Strawberry Park..Tempat ni tak jauh pun dari Tangkuban Perahu..Kat sini ala-ala macam Cameron Highland jugak..boleh petik sendiri strawberry tu dan diorang timbang berapa gram pastu kenalah bayar ye..nak masuk kena bayar..sorang IDR5000 .. pastu diorang sediakan air jus strawberry untuk kita minum..sedap giler sampai aku tapau bawa masuk van..hehe..





Rumah Tas

Kitorang singgah kat sini sebelum gi makan..saje tengok2 cuci mata handbag2 kat situ..Tapi semuanya tak berkenan…aku kalau bab beg2 ni memang cerewet sikit..nak-nak lagi kalau harganya tak berbaloi di mata aku..hehe..



Restoren Sederhana (Masakan Padang)

Makan malam pertama kami di Bandung adalah di Restoren Sederhana..lauk2 akan dihidangkan sampai penuh meja..so aku dah inform adik2 ipar aku supaya ambil mana yang nak makan aje..Alhamdulillah lauk2 nya aku boleh makan..tapi aku masih lagi tak sedap perut..hurmm..Spoil betul cuti2 macam ni kalau badan rasa tak sedap..

Disebabkan badan pun dah penat,aku ajak Eeng balik..lagipun dah nak pukul 9 malam waktu Indon..waktu kerja Eeng pun dah nak tamat untuk hari tu..sebelum balik,adik ipar aku sempat jugak gi beli simkad Indon..aku tak ingat dah harganya berapa..tapi boleh la diorang guna untuk mesej tunang and boyfriend2 diorang kat Sabah tu..

Sampai rumah, semua dah kepenatan..lepas sembang2, mandi dan terus tidur..

Bersambung lagi ke part yang seterusnya..

No comments:

Post a Comment