Pages

Monday, January 20, 2014

Rumah kena pecah..23 Dec 2013..

Al kisah 23 Dec 2013 hari Isnin..lepas aku balik kerja dalam jam 6.50 p.m, aku masuk rumah letak beg dan gi mandi..memang rutin harian ku lepas balik keje,mandi dan terus ke rumah mak kat sebelah umah aku sebab nak ambil baby Aariz..Buat sementara ni mak aku yang jaga baby Aariz sampai awal bulan 1..

Memandangkan incik suami balik lambat sebab kena cari barang hadiah ku (ada tukar2 hadiah kat opis esok harinya), so aku pun makan dulu..dalam 8.30 malam incik suami belum balik lagi..aku call dan tanya dia kat mane..dia kat Giant Port Klang...aku bagitau dia yang aku nak balik ke rumah nak tidurkan baby Aariz memandangkan incik suami belum nak balik lagi..tapi hati aku ni berat je nak balik ke rumahku..takpe lah..aku tunggu incik suami je la kat umah mak ni..

Dalam jam 9 malam..incik suami pun sampai..lepas makan kitorang pun balik ke rumah dalam jam 9.30 malam..masa incik suami masuk bilik bawah nak gi mandi, dia terkejut sebab kain baju kat rak baju semua jatuh ke bawah..dia panggil aku dan tanya.'yang..rumah kita ada bergegar ke?' aku pun masuk bilik dan tengok keadaan kain baju tu..masa tu kitorang tak pikir ape2 pun lagi..tapi aku mula pelik bila tengok bahagian seluar jeans pun habis jatuh..hurmm..incik suami kata dia akan tolong kemas kain baju tu lepas dia mandi sebab baby Aariz tengah merengek..

Lepas incik suami kemas kain baju dan bawa naik ke bilik atas tetiba incik suami panggil aku..'yanggg..rumah kita kena pecah!!' Terus berderau darah aku..Bergegas aku naik ke bilik dan tengok..Ya Allah..habis bersepah semua kain baju dan barang2 kat dalam bilik atas tu..barang2 dalam almari meja solek pun dia kembur habis..laci dalam almari baju kitorang si lahanat tu pecahkan..kain baju aku si perompak tu jatuhkan dari rak baju..dia ingat aku simpan duit kat celah2 baju kot..dan yang paling aku sedih..habis barang2 kemas ku si lahanat tu kebas..yang tinggal cuma cincin tunang aje..hurmmm..si perompak tu pecahkan siling bilik kitorang..dia masuk ikut siling bilik dan keluar ikut siling luar bilik..

Siling dalam bilik
Siling luar bilik..bekas tapak tangan dan kaki bersepah2 kat dinding..
Keadaan dalam bilik atas..dengan sampul duit raya pun si perompak koyakkan..
Dalam jam 1.30 pagi..polis datang rumah ambil gambar dan cop jari..Polis kata yang buat ni macam budak remaja berdasarkan bekas cop jari dan tapak tangan..dan bila incik suami naik ke bumbung,nampak ada lubang dari bumbung atas tu..si perompak tu alihkan 1 je bumbung tu..lubang tu ngam2 je kepala incik suami dan bahu separuh..memang orangnya kecik kata incik suami..hurm...malam tu aku tidur umah mak aku dan incik suami jaga rumah..tak boleh tidur aku malam tu mengenangkan kejadian tu..

Tapi..aku bersyukur sebab aku tak balik ke rumah malam tu..kitorang agak si perompak tu masuk dalam jam 7.30-9.30 malam..hurmm..kalaulah aku balik jugak ke rumah malam tu dengan anak aku si baby Aariz tu tetiba si perompak tu ada dalam umah masa tu,tak tau la apa akan jadi..walaupun aku ada belajar taekwondo tapi dalam keadaan aku pegang baby waktu tu, aku pun belum tentu boleh lawan si perompak tu..huhu..

Seminggu jugaklah lepas kejadian tu aku rasa takut je nak balik rumah..sebelum balik aku akan call incik suami tanya rumah ok ke tak..hehe..trauma sekejap..

Ni lah penutup tahun 2013..semoga tahun 2014 menjadi lebih baik dari tahun lepas..amiinn..

No comments:

Post a Comment