Pages

Tuesday, October 27, 2015

Kasih Mama buat 3 A.D

Semalam..aku mimpi..aku marah2 anak ku yang sulung, Ammaar kerana tak siapkan kerja sekolah..aku baling beg dia..aku betul2 marah..Ammaar cuma pandang aku dengan mata yang sayu..kemudian aku terjaga..aku cari dimana Ammaar…dalam samar2 lampu tidur,aku tak nampak tubuh Ammaar kat katil Queen yang aku dah rapatkan ke katil ku untuk dia dan adiknya (anak no 2 ku), Aariz tidur..maksudnya ada 2 katil size Queen dalam bilik tidurku..Cuma katil dia rendah sikit dari paras tilam ku..aku terpaksa rapatkan kedua2 katil sebab si Aariz kadang2 bangun nak tidur sebantal dengan aku..dulu2 masa baby Aqueel belum lahir,dia yang duk tidur tengah2 antara aku dan incik hasben..now dah ada baby,dia kenalah beralah..

Berbalik pada si Ammaar,dengan mata yang masih terpisat2 tu,aku panjangkan leher tengok ke tepi katilnya..mana tau dia jatuh tergolek ke bawah..tapi takde jugak..yang ada cuma bantal peluk dia je..ehh.aku dah mula risau..mana pulak si Ammaar ni..masa tu aku nampak  sebelah aku macam si Aariz je..sekali aku tengok betul2,rupanya si Ammaar dah tidur tempat si Aariz..tapi, mana pulak si Aariz ni..

Hmmm…syukurlah anak2 aku tak hilang..si Aariz dah betul2 hujung katil..hujung kaki si Ammaar..berbalut dengan kain selimut si Ammaar..dan, aku bangun..betulkan posisi tidur anak2 kesayanganku..aku peluk Ammaar..masa tu Ammaar buka mata..

‘Mama nak betulkan Ammaar..dah tidur ye..’ kataku sambil cium dahi Ammaar..rasa bersalah dari kejadian dalam mimpi tu seolah2 terbawa2 ke alam reality..aku cepat2 istighfar..dan aku sedar,anak aku baru 4 tahun..aku akan cuba untuk tidak berperangai macam seorang ibu yang sengal..biarpun dia tak buat kerja sekolah,aku tak patut baling beg dia..ya Allah..ampunkanlah aku..jauhkanlah aku dari sikap seorang ibu yang takde otak..dan..aku peluk Ammaar dengan lebih erat..Aariz pulak lena je dia tidur walaupun aku betulkan posisi tidurnya..

Aku kemudian bangun dan capai henpon yang aku letak kat birai katil..baru jam 5..dan aku tertidur sehinggalah incik hasben kejut..

‘dah jam 6..bangunlah..’ lantas aku bangun..turun ke bawah,mandi, perah susu untuk bekal baby Aqueel di Taska dan tunaikan solat Subuh..

Untuk anak2 ku, Ammaar, Aariz dan Aqueel..mama kadang2 memang akan jadi hantu..sebab mama tau,mama tak leh control marah mama..tapi mama bersyukur, Allah kurniakan mama sifat keibuan yang mendalam buat kalian..mama tak sanggup tengok kalian sedih..apa yang kalian nak,mama cuba penuhi..tapi tu pun tengok jugak..kena tapis jugak...sebab..kalian kena paham,mama bukan kerja cop duit..hokehhhh..hehehe…luv u all.. 3 A.D..

No comments:

Post a Comment