Pages

Sunday, July 7, 2013

Trip to Perlis & Thailand , Jun-July 2013 -- Part 1

   Syukur Alhamdulillah..kandungan aku dah 28 minggu..kali ni aku nak cerita tentang jalan2 cari makan aku ke Perlis sampailah ke Thailand minggu lepas bersama mak abah ,adik dan Ammaar..actually adik aku ada kursus kat Perlis,so memandangkan nanti mak aku takde orang nak teman shopping kat sane, maka aku pun join la depa..hehe..boleh la beli tilam baby sekali kat sane..

29.06.2013 (Jumaat)

   Kitorang gerak dari Klang dalam jam 10.30 pagi..sepanjang perjalanan tu cuaca ok je..sampai kat Tapah, kitorang berhenti jap kat r & r Tapah..mak aku kata nak beli jambu untuk mak sedara aku kat Kedah nanti..Lepas tu beli donut kat Dunkin donut dan adik aku bermurah hati nak belanja ice blended kat Baskin Robin..Then kitorang meneruskan perjalanan ke utara..dalam jam 5 lebih dah sampai kat umah mak sedara aku kat Taman Ria, Bagan Serai..mak sedara aku jamu makan nasi dan durian..uisshhh...tu yang sedap tu..hehe..tapi memandangkan kitorang kena ambil kunci homestay,dalam kul 7 lebih kitorang dah gerak ke Perlis..



   Dengan menggunakan GPS dan Google Map, akhirnya jumpa jugak Azi Homestay..Homestay ni aku book 2 hari sebelum gi Perlis..adik aku memang suka buat kerja last minute..sudahnya aku jugak yang kena cari tempat penginapan..banyak jugak hometsay yang aku call tapi semuanya dah penuh..mungkin sebab ramai orang gi kursus O&G kat Mess Pegawai Kanan PDRM,Perlis tu kot..dan mujur lah Azi Homestay masih kosong..Homestay ni letaknya kat Jejawi..tak jauh pun dengan bandar Kangar..dalam 5-10 minit je ke tempat kursus adik aku tu..lagi satu homestay ni memang aman dan damai dari hiruk-pikuk kenderaan..

   Azi Homestay kat Jejawi ni adalah rumah berkembar..dalam 1 rumah tu ada 2 bilik tidur dan 2 bilik air..1 bilik air tu bersambung dengan 2 bilik tidur tu dan 1 lagi kat bahagian dapur..kedua2 bilik tidur tu ada aircond..katil queen..kat ruang depan ada tv dan meja makan..juga ada peti ais di di dapur,sinki dan pinggan mangkuk..heater untuk masak air pun dia sediakan..tuan rumah juga ada sediakan air mineral 2 botol besar kat dapur untuk minum..kat luar rumah pulak ada meja batu dan pondok untuk melepak..tapi kitorang tak sempat nak melepak kat pondok tu..hehe..sebab sampai pun dah malam kan...untuk 1 malam, sewanya rm180 tapi disebabkan kitorang bermalam lebih 2 malam,dapatlah rm170 semalam..

   Ok,habis cerita pasal homestay..esoknya aku dah plan dengan mak abah aku nak ajak gi Wang Kelian lepas hantar adik aku kursus..kesian adik aku tak dapat ikut..hehe..oklah..next story ok...

2 comments:

  1. Wah, nek train pergi perlis? Then smbg lg nek train ginthailand? Ratu train lah.. Haha... Ke peminat crita thomas atau chuggington? Hihi..

    ReplyDelete
  2. Bile pulak gi Perlis naik train??gi naik kereta si adik yang kursus tu la..hehe

    ReplyDelete