Pages

Saturday, October 5, 2013

Pengalaman Bersalin secara normal..Part 2..

27.09.2013--Jumaat

Jam 3 pagi aku dikejutkan oleh nurse untuk check CTG baby..graf tak santekk..kata nurse tu..hurmm..pastu sambung tido balik..jam 5.30 pagi aku bangun untuk bersihkan diri sebelum di induce..Dalam jam 6.30 pagi,nurse pun panggil..ada 3-4 orang lagi yang menerima nasib yang sama macam haku..Aku orang pertama dia panggil masuk ke bilik..ouuuhhh..dokter lelaki India tu lagi..lepas dia check bukaan.,dia kata serviks dah buka 2cm..pastu dia mintak nurse bagi ubat tu dalam 1.5mg je..lepas masuk ubat,nurse suh aku baring kat katil selama 1 jam..dalam masa 1 jam tu tak boleh gi mana2..kena baring je..masa tu aku tanya adik aku..apesal aku masuk ubat 1.5mg je..biasanya dia masukkan 3 mg ubat..adik aku cakap,sebab dulu aku ceazer..so kalau 3 mg nanti terlalu kuat sakitnya..untuk orang yang macam aku yang sebelum ni ceazer,dia akan bagi ubat separuh je..ok..setengah jam pertama tu tak rasa apa2..tapi dah nak 1 jam, aku dah mula rasa baby mengeras tapi tak kerap sangat..

Dah lepas 1 jam,nurse datang bagitau boleh bangun untuk ke bilik air..masa nak ke bilik air tu, aku lintas 3 katil yang mana diorang dah ready untuk tunggu bukaan jadi 7-10 cm..

Tengahari tu incik suami kata dia tak datang sebab nak gi solat Jumaat..takut tak sempat sampai sebab waktu melawat dari jam 12.30 tghari hingga 2 petang je..hemm..oklah..akak kat katil sebelah aku,Kak Hasni pun laki dia tak datang jugak..so kitorang duduk borak2..Dalam jam 2.30 petang,nurse panggil lagi untuk doktor check bukaan..kali ni doktor perempuan India dan sorang lagi doktor HO lelaki cina...mula2 dokter cina tu yang check..dia cakap dah 5 cm sebab dia dah rasa kepala baby..pastu dokter India tu lak seluk..dia cakap baru buka 2 cm..pastu dia seluk lagi dalam..nak tolong lebarkan jalan..aduhaii..sakitnya rasa..berpeluh2 haku dibuatnya..lepas cuci,aku pun gi ke katil..masa ni aku dah rasa baby mengeras agak kerap dalam 5 minit sekali...masa tengah baring mengiring ke kiri, tiba2 'pop'..dan terasa air keluar dengan laju dari bawah..air ketuban ku dah pecah..aku tak larat nak bangun waktu tu..nasib ade akak sebelah katil aku tolong panggil nurse dan nurse pun check..dia kata ya..air ketuban pecah..dia suruh aku masuk ke bilik rawatan tu dan baring..aku sempat wassap incik suami kata suh datang segra sebab air ketuban aku dah pecah..dalam setengah jam jugak aku baring dalam tu tunggu doktor check..pastu doktor perempuan cina pun masuk untuk check bukaan dan nak pastikan tu air ketuban ke bukan..so,lepas dia check dengan alat dia yang macam cotton bud tu pastu dia kata positive..memang air ketuban..lepas tu dia suruh aku balik ke katil..nurse suruh aku pakai pad,pastu tunjuk kat dia kalau air keluar lagi..sampai kat katil,aku ambil tuala dan barang mandi untuk mandi..aku rasa tak selesa, so lebih baik aku mandi dulu..sebab aku rasa aku akan bersalin tak lama lagi...

lepas mandi,aku tengok incik suami dah ada kat katil..lepas borak2,aku baring kat katil..masa ni rasa mengeras tu dah rasa kuat dah..sakit..bila aku rasa ada air keluar,aku tunjuk kat nurse pad tu..tujuannya sebab nak check kalau air ketuban yang keluar tu warna nya kotor ke tak..kalau kotor,maksudnya baby dah berak..

Aku tengok jam..5 minit sekali aku dah rasa contractionnya..masa ni aku mengadu kat incik suami..aku selawat..baca doa nabi Yunus..baca ayat Kursi..sampai dah tak tahan sangat,aku cakap dengan nurse yang aku dah rasa sakit..nurse suruh baring kat katil tengah untuk check CTG baby..aku request untuk baring mengiring..untuk kurangkan sakit tapi masa ni memang baring terlentang ke..mengiring ke..sakit jugak..aku mintak dengan nurse ubat tahan sakit..tapi nurse tu kata dia cuma akan bagi kalau CTG baby cantik..tapi,CTG baby aku tak santekk jugak..dan masa ni incik suami datang kat katil..jenguk aku..aku ngadu dengan incik suami yang aku rasa sakit sangat..nak menangis dan aku mintak untuk ceazer aje..tapi ada nurse yang aku kira boleh panggil makcik tu pujuk..dia kata cuba lah normal..memang sakit katanya..dan incik suami berselawat dan bercakap sesuatu kat perut aku..incik suami pujuk dan tolong urut2 pinggang dan peha aku..dia kata 'sabarlah sayang..ingat Allah..memang sakit..Allah dah cakap sakit bersalin ni sakit kedua selepas mati..' uwaa...aku tak tahan..aku baca apapun memang dah tak boleh tahan..sampai aku cakap kat incik suami..'yang..rasa macam nak mati dah sakit ni..' huhu..waktu ni akak aku pun ada sekali tengok aku..

Jam dah tunjuk kul 7.00 ptg..masa ni memang giler2 sakit punye.aku bagitau nurse..then nurse yang comel dan baik ni check bukaan..dah 7 cm dia cakap..pastu dia panggil kawan dia..kawan dia lak check..dah 8 cm..tapi diorang masih taknak bawa aku ke labour room..last2 ada sister ni check bukaan..katanya dah 9 cm..masa ni diorang dah sibuk cari troli untuk bawa aku ke labour room..dan aku sempatlah minum seteguk dua air selusuh minyak kelapa dara Anugerah..lepas je minum tu,aku rasa macam nak meneran jek..aku tarik nafas turun nafas sebab taknak beranak kat katil ni..lepas aku di letakkan kat atas troli,lagi sekali aku rasa nak meneran..aku suruh nurse tu cepat hantar aku sebab aku dah tak tahan nak meneran..

Sampai je kat labour room, aku diletakkan kat atas katil di bilik bersalin no 1..doktor lelaki melayu dan sorang nurse aje yang ada..aku cakap dengan doktor yang aku dah nak meneran ni..dia cakap sabar dulu..huhu..dah siap segala barang2 untuk aku bersalin,nurse dengan doktor muda tu suruh aku meneran..diorang ajar macamana nak meneran..dan aku berjaya ikut ape yang diorang ajar..lepas tu,diorang suruh aku teran..nurse tu cakap,kalau aku tak sakit pun aku kena teran jugak..jangan putus nafas..dalam 3-4 kali aku push,tetiba 'pop' keluar kepala..diorang punye sorak la bagi semangat untuk aku teran lagi untuk keluarkan body baby pulak..dengan sekali teran ,baby aku pun keluar dengan jayanya dan aku dengar baby aku menangis..baby diletakkan atas dada aku sebagai sentuhan pertama selepas di lahirkan..menitik air mata tanda syukur..sebab aku berjaya melahirkan anak aku secara normal..Alhamdulillah..tak lama lepas tu aku rasa dada aku basah je..rupenya baby aku kencing..dan sementara dokter nak jahit koyak yang dia gunting dan koyak sendiri tu,nurse bawa baby aku untuk mandi..lama jugaklah aku kena jahit..sebab banyak juga koyaknya..sakit jugak kena jahit tu..walaupun dibius tapi masih juga rasa sakit..

Lepas jahit,aku di tukarkan baju dan diletakkan balik atas troli untuk di hantar balik ke wad..Nurse bagitau yang baby aku beratnya 2.75kg..baby diletakkan di sisiku atas katil sampailah aku balik ke ward semula..Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana semuanya telah selamat..dan aku bersyukur kerana susu aku pun ada...rezeki untuk si kecil..masa anak aku si Ammaar dulu susu taknak keluar langsung..

Dan malam tu,aku tidur bersama baby ku..syukur sebab baby ku tak banyak ragam..lepas bagi susu dia tidur balik..

Maka tertunailah hasrat incik suamiku untuk aku lahirkan anaknya pada hari Jumaat yang indah..Esoknya,Sabtu petang aku dah keluar hospital..syukur..

Tu lah kenangan dan pengalaman pertamaku bersalin normal..akan aku ingat setiap detik susah payahnya aku untuk melahirkan si comel Aariz Danial ke muka bumi ni..Alhamdulillah..

3 comments:

  1. Salam sis..sama la,anak pertama saya juga czer..sekarang tengah menanti kelahiran kedua pada bulan 12 nanti. harap dpt bersalin normal.

    Jemput singgah http://naurahealthycare.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. Puan Anira Mustapha..semoga dipermudahkan segala urusan masa bersalin..

    ReplyDelete