Pages

Saturday, October 26, 2013

Trip to Jakarta-Bandung January 2013 - Part 5

Taman Safari, Bogor

Hari Kelima , Bandung to Bogor, Jakarta
27.01.2013

Seawal jam 6.00 pagi , kami semua dah bersiap untuk ke Bogor, Jakarta. Unique Guest House cuma sempat sediakan roti berserta jem dan air kopi panas dan air mineral sebab kai check out terlalu awal..Alhamdulillah, Ammaar pun tak banyak songeh kena bangun pagi dan mandi..sebab lepas mandi dia sambung tidur balik..



Bandar Bandung pagi tu agak lengang..Pemandangan sepanjang menuju ke Bogor sangat cantik..dan kami ada melewati satu tasik yang sangat besar..serius..cantik..Dalam jam 9.00 pagi, kami berhenti di satu kawasan atas bukit..ramai orang berhenti..kat sini ada toilet yang airnya sejuk macam air batu..dan dari bahagian atas bangunan,kita boleh tengok kawasan pergunungan yang sangat cantik sekali..dah la sejuk..






Selepas rehat sekejap, kami teruskan perjalanan ke Bogor..Eeng kata kena lalu sempadan Bogor sebelum jam 11 pagi..sebab nanti jalan tutup..Alhamdulillah, akhirnya kitorang sampai jugak  ke simpang Taman Safari.Sebelum tu, kitorang singgah makan dulu sebab taknak kebulur nanti..Eeng kata masuk Taman Safari tu lama jugak..lagipun makanan kat dalam Taman Safari tu mahal.Selepas makan, aku beli carrot yang banyak orang jual kat tepi2 jalan..carrot tu nak bagi makan haiwan2 kat dalam Taman Safari tu..









Then, perjalanan di teruskan sampailah ke Taman Safari tu..kena naik kereta beb..kalau tak nanti kena baham dengan pak rimau nanti..hehe..silaplah aku duk tepi tingkap..sebab aku dah la penakut dengan hewan2 itu..lepas tu Ammaar pulak nak aku peluk dia je..papa Ammaar duduk tengah..dia yang sibuk nak bagi hewan2 tu makan termasuklah pak metua aku..






Mula2 kitorang lalu tempat tinggal si gajah..dalam 3-4 minit lepas tu lalu pulak bahagian cik Zirafah..tak boleh nak bagi makan sebab dia duk nun jauh di sinun..pastu lalu kat bahagian hewan2 lain macam rusa, tenuk, badak , zebra.. yang tak leh tahan bila lalu kat 1 kolam yang ada badak tu, si badak tu tengah duk nganga dengan mulutnya yang besar tunggu orang sumbat makanan kat dia..haiihh..geli aku tengok mulutnya tu..nampak lidah ngan anak tekaknya tu..


Lepas tu, lalu pulak kawasan sang rimau..nak masuk dalam kawasan sang rimau tu, ada macam pintu gerbang..pastu ada warning suruh tutup tingkap sebab takut sang rimau tu terkam pelawat dalam kereta..tapi rimau2 tu semua tengah bermalas-malasan kat tempat dia..ciss...pemalas tul rimau2 nih..duk melepak jek..hehe..



Kemudian kitorang lalu lagi kat kawasan hewan2 jinak tu sebelum sampai kat tempat parking kereta..kat sini ada persembahan gajah..sempatlah jugak gi tengok persembahan tu..Habis je persembahan, aku ajak incik hasben jenjalan area tu..ada 1 tempat ni macam terowong..tapi masuk je ada jambatan kayu dengan view yang sangat cantik..siap ada air terjun kecik lagi..sejuk..kat hujung jalan tu ada tempat tinggal hewan2 lain..macam kanggaroo..dah rasa macam kat Aussy lak..hehe..

Lepas jenjalan tu, aku nampak cable car..macam nak naik tapi mahal la pulak..so aku pun tunggu la my family in law kat kereta sebab masa tu Ammaar dah nak susu..Dan tak lama kemudian,diorang pun sampai kat kereta..rupa2nya adik2 ipar aku naik cable car tu..sementara mama n papa aku gi ronda kawasan tu..hehe..

Hujan menemani kami sepanjang jalan balik dari Bogor ke Jakarta.Tapi dah sampai Jakarta, panas pulak..Sampai kat Jakarta,aku minta Eeng bawa kitorang ke Monas pulak..kali ni aku nak bawa family aku pulak jalan2 kat sini..Lepas ambil gambar, kitorang habiskan masa dengan jalan2 kat area Monas tu..ada orang jual barang2 macam ala2 pasar malam camtu..tapi Eeng kata bukan hari2 diorang niaga kat sini..Kat sini aku beli lagi t-shirt..souvenir dan juga dompet..haha..dapat murah selepas aku berhabis2an menawar..aku beli 2 lagi..tapi bila balik rumah, akak aku rembat 1..cehh..


Dah habis shopping dan jenjalan, Eeng terus bawa kitorang ke Hotel Nusantara dekat dengan Tanah Abang..Sampai kat Hotel tu,nyamuk punyelah banyak kat luar..Diorang cakap sebab banjir hari tu..so nyamuk banyak la..Kat hotel Nusantara tu aku ambil Family room untuk 5 orang..dan 1 bilik lagi double bed untuk 2 orang adik ipar aku..



Malam tu kitorang dinner dekat  D' Cost kat Thamrin City..aku suka restoren ni..bersih dan selesa..makanan dia pun sedap dan tak mahal..murah sikit dari kat Malaysia la..Then lepas makan kitorang jalan2 kat Thamrin City Mall tu..Jumpa pasaraya dan aku ajak incik hasben masuk jap..sebenarnya aku nak cari Urine test Kit..sebab dah lewat seminggu peod ku..dan rasa kurang selera nak makan..makan sikit nak muntah..punye la jauh aku cari kit tu kan..hehe..so..esok pagi je la check..

Dalam jam 8.30 malam waktu Indon,aku pun call Eeng ambil kitorang kat depan restoren tadi..semuanya dah kepenatan tunggu nak balik hotel dan tidur..Esok pagi kena bangun awal2 pagi untuk ke Airport pulak..Time to go back home..huhu..rindu banget sama masakan Malaysia..

Next--> Trip to Jakarta-Bandung January 2013 - Part 6--Final


No comments:

Post a Comment