Pages

Thursday, October 30, 2014

Daftar Ammaar Danish ke Tabika Kemas

Alhamdulillah..syukur kerana selesai sudah mendaftarkan anak ku yang sulung ke Tabika Kemas untuk 4 tahun.Tadi isi form, lepas tu attachkan sekali dokumen yang diperlukan seperti :

1) Surat Beranak anak - 2 salinan
2) IC Ibu dan Bapa - 2 salinan
3) Slip gaji Ibu dan Bapa ( jika bekerja) - 2 salinan
4) Gambar passport anak - 2 keping

Nanti diorang akan call balik untuk buat pembayaran dan ambil baju sekolah.

Masa sampai Tabika tadi, Ammaar tanya mana beg dia..sebab dia nampak budak2 semua bawa beg sekolah..

1st impression aku terhadap Ammaar masa mula2 dia masuk kelas tu, aku nampak dia teruja tapi malu2 dan dia tengok sekeliling kelas tu..pastu dah lama2 hilang rasa malunya tu selepas dia nampak lego..dia ambil lego yang ada roda dan sambung jadi macam keretapi..takpelah, aku biarkan aje sementara aku nak isi form..dah siap isi form dan berborak sekejap dengan cikgu dia, aku ajak dia balik..ehh..ehh...dia tak nak pulak..siap menangis tak nak balik..cikgu nya pun turut pujuk..pun tak jalan..mungkin dia ingat dah masuk sekolah kot..hehhee...bersemangat betul anak aku yang sorang ni..baguslah..mudah2an minat dan semangatnya akan terus bertambah apabila start sekolah nanti..

InshaAllah..mama doakan Ammaar Danish menjadi anak yang bijak dan soleh.aminn....

No comments:

Post a Comment