Akhir bulan Jun 2014 haritu (sebelum puasa) tetiba gusi aku
belah kanan bengkak.Bila check aku tengok ia berpunca dari gusi gigi geraham
bongsu belah bawah.Esoknya aku cakap dengan bos nak halfday sebab nak gi klinik
kesihatan Port Klang nak check gigi..bos aku tak cakap banyak sebab dah tengok
pipi aku kembung semacam..hehe..
Sampai kat klinik, aku jadi seram sejuk..aku memang tak suka
gi jumpa dentist..sebab tu gigi aku tak pernah kena cabut..kalau ada pun boleh
kira berapa kali je termasuk masa sekolah2 dulu..tak lama pastu nurse tu
panggil nama aku..
‘ok puan, sila baring..saya nak tengok gigi mana yang
sakit..’ alahai... ensemnya dokter ni..ahahah...dan aku pun baring dan
merelakan mulut aku di jelajahi dengan alat-alatan dokter tu...
Lepas dia bagi tau nurse kedudukan gigi mana yang problem
untuk di rekod, kemudian dokter tu pun
explain la..
‘Puan,memang ada bengkak tapi kat sini tak boleh nak cabut
gigi puan tu..kita akan refer kes puan ke Hospital Klang sebab gigi geraham
puan ke empat2nya tumbuh senget dan kemungkinan kena buat pembedahan sikit
untuk cabut gigi tu..’
opppssss....operate?aduhai...sedangkan check gigi ni pun
aku dah cuak inikan pulak nak operate..warghhh...mau nangis di buatnya...
Lepas dapat surat rujukan dari klinik gigi tu,dan makan ubat
yang diberikan,bengkak tu pun mula surut. Baru2 ni aku pun pergi serah gigi aku
kat klinik gigi hospital klang.memandangkan dah 2 hari aku menanggung sakit
akibat gigi tu bengkak kembali.
Untuk pengetahuan, kalau waktu temujanji
tu kul 10 pagi, tak payahlah datang awal2 kul 8 pagi..Datanglah pukul 9
ke..9.30 pg ke..kang kalau korang lama tunggu kang ,korang pula yang bising kat
gomen..aku lainlah..sebab aku pagi tu hantar bebudak gi taska kul 8 pagi dan
terus ke hospital..
Dalam kul 10 pagi tu, nama aku pun di panggil..Dokter
perempuan cina yang check gigi aku..Masa tu tangan aku dah menggigil2 sebab
takut..pastu dokter cina muda tu pun cakap..petang tu jugak kena cabut
memandangkan aku dah lama sakit dari bulan 6 lagi..dan kemungkinan kalau tak
boleh cabut cara biasa, kena operate sikit.Dia suh aku datang bawa relative
sebab takut kalau operate nanti aku pening ke tak larat ke kan..Nasiblah incik
husband boleh balik halfday.Aku pun tak sangka yang dokter tu nak cabut hari tu
jugak..
Tengahari tu,aku makan kenyang2 pastu pukul 2 ptg kitorang
gerak ke hospital..Dalam jam 3 petang, dokter cina tu panggil nama aku..dia
cakap,nak cuba cabut cara biasa dulu.kalau tak dapat baru operate.
Ok..mula2 dia kasi bius kat gusi bawah dulu 2 jarum..then 2
jarum lagi kat gusi atas..satu kat tepi gusi atas dan satu lagi kat
lelangit.yang dekat lelagit tu rasa sakit sikit macam kena gigit semut..sikit
je pun..boleh tahan je..
Dalam 5 minit macam tu, aku pun rasa bibir dan lidah aku dah
kebas sepenuhnya..haaaa...dokter pun start dah buat keje dia..mula2 dia
tolak gigi tu..pastu goyang ke kiri ke
kanan pulak..taknak cabut jugak then dia tolak lagi..dalam 5 minit jugaklah
aksi tolak menolak gigi bawah tu berlaku tetiba dokter tu cakap dah siap..lepas
tu dia cakap nak cabut gigi atas pulak..haihh..tak abes lagi seksa aku..
Untuk gigi atas,adegan tadi berulang semula..tolak ke
kiri..tolak ke kanan..haihh..yang atas ni liat sikit..sampaikan dokter tu dah
arahkan MA untuk prepare pisau untuk belah..dalam hati aku dub dab dub
dab...janganlah belah ke jahit ke..nak jaganya bukan main susah lagi
nanti..pastu MA tu dah hulurkan pisau dah..tapi dokter tu cakap nanti dulu..dia
nak cuba jugak cabut gigi atas..
yang ni ambik masa 5-10 minit sebab susah nak
cabut..dah penat aku nganga mulut tetiba dokter cakap dah siap..dia masukkan
kain gauze (kain kasa) dalam mulut pastu suh aku gigit ..aku tanya dokter tu,
tak payah operate? Dan dokter tu cakap tak perlu..aku tunjuk tanda bagus kat
dokter tu..hahaha..sebab berjaya cabut gigi aku tanpa operate..hehe..tahniah
dokter!!
Alhamdulillah..semuanya dah selesai..aku just bayar kat
kaunter klinik tu rm 4 aje untuk cabut gigi bongsu aku..dahla pendaftaran untuk
1st time free aje..kalau tak kena bayar rm5..mungkin next kena
bayarlah..
Lepas ambil ubat semua,incik suami pun bawaku pulang..part
yang tak tahannya bila ubat bius tu dah nak habis..dalam jam 5 petang tu aku
dah rasa berdenyut2 kat gusi yang kena cabut tu..aku makan panadol dulu..konon2
boleh tahan lagi..sekali bila bius dah habis betul denyutannya tak boleh nak
cakap wooo...mau nangis...cepat2 telan pain killer 2 biji..lepas tu aku cakap
dengan incik suami aku nak rest..nak tido jap..nasiblah incik suami ku
memahami..aku pun tido sampai kul 8 lebih..incik suami kejut tanya nak makan
tak..aku cakap nak tapi jap lagi lah..masa tu sakit tu dah kurang
denyutannya..tapi under control la..dalam jam 10 malam, aku bangun,makan bubur
dan telan lagi panadol..aku tak makan dah pain killer just teruskan makan
panadol je.pastu sambung tido balik sampai kul 6.30 pagi..
Dan Alhamdulillah, aku boleh pergi kerja macam biasa dan
makan nasi lemak lagi..bos aku pandang pelik je..kata cabut gigi..tapi makan
nasi lemak...katanya..hahhaa...bos,saya sakit belah kanan je..stopkan function
mengunyah belah kanan je,belah kiri masih berfungsi macam biasa..kalau tak
boleh kunyah saya telan aje...
Tapi..seminggu jugaklah aku kena jaga kawasan gusi aku yang
dah berlubang tu..sebab takut ada bacteria lak duk berumah dalam tu..so,lepas
makan pastikan kumur2 dengan Listerine ke atau air paip kuat2..kasi sisa2 makanan tak
sumbat dalam tu...ok..
No comments:
Post a Comment