Pages

Thursday, December 18, 2014

Bercuti ke Terengganu-- 10 Oct 2014 - Part 1

Ni cerita tentang cuti2 kami ke Terengganu 10 - 12 Oct 2014 baru ni..actually aku tak bercadang nak pergi pun memandangkan Ogos haritu aku dah pergi masa kawan aku kawen..tapi disebabkan adik aku yang memaksa ajak pergi sebab dia ada kursus kat sana, maka aku pun book lah tiket flight MAS ke Terengganu..kononnya adik aku nak bawa mak abah aku bercuti sekali ke sana tapi dia takut mak abah aku boring tu yang dia beriya2 suruh aku ikut tu..nasib incik husband sporting..sudi ambil 1 hari cuti..

sebulan sebelum pergi,aku dah book tiket flight MAS untuk kami berenam...adik aku naik Airasia sebab dia start kursus hari Jumaat tu..kitorang hari Jumaat baru naik flight..tiket masa tu rm120 sorang pergi balik..bagi aku masih berbaloi dari naik kereta..

Penginapan pun aku dah book awal2 kat Batu Buruk Beach Resort melalui telefon..ambil bilik family rm 165 per day..dan aku juga dah book kereta viva untuk memudahkan kami bergerak ke sana sini..sebenarnya memudahkan kami pergi bershopping sebab adik aku kan kursus..so kitorang je yang bergerak sana sini..hehe..

Ok..semua dah setel, hari yang di nanti pun tiba..pagi tu aku naik komuter dengan si Ammaar..aku ikutkan ajelah kehendak si Ammaar yang nak sangat naik keretapi pastu naik kapal terbang..adik Aariz naik kereta ngan papa n mak abah aku..

Ammaar bukan main seronok lagi dia dapat naik komuter..macam orang tak pernah naik..padahal dah bape kali dah naik komuter tu..mungkin dia ingat komuter tu sama macam naik keretapi thomas dia..asalkan macam keretapi,semua dia balun kata keretapi thomas..ikutkan ajelah...


sampai kat kl sentral, aku menuju ke ERL pulak..rupenya tempatnya ke belakang sikit..tiket untuk kami berdua RM50 semuanya..lepas turun eskalator,kami berlari2 anak menuju keretapi tu..nasib sempat naik..papa Ammaar baru je sampai KLIA..so, papa Ammaar kena tunggu kami berdua lagi 28 minit baru sampai sana..

Dalam ERL tu, ramai mat saleh ngan orang luar..pakai kot bagai..aku jugak yang sempoi..pakai tshirt..jeans pastu selipar ala2 sandal..aku duduk sebelah mat saleh..sebab tu je kosong..borak ngan mat saleh tu pun sikit2 je,,tanya dia turun mana..pastu memasing buat hal sendiri...ERL ni dia pergi 2 station je..mula2 KLIA..lepas tu baru ke KLIA 2..sape2 yang naik MAS turunlah ke KLIA..sape naik AIR ASIA sila lah turun ke KLIA 2..cukup 28 minit, kitorang pun sampai lah kat KLIA..keluar je dari ERL tu Ammaar merengek nak naik keretapi lagi..ehhh..takde2..kataku..lepas ni naik kereta aje..haihhh...

pastu kitorang ambil lift ke tingkat 5 sebab tempat berlepas kat tingkat 5..keluar dari lift,si Ammaar dah berlari2 kejar neneknya yang dah ready tunggu aku dan Ammaar..dan aku terus dukung si adik yang tengah sibuk makan biskut kat atuknya..

Then, incik husben ajak check in dan letak bagasi..memandangkan kitorang naik MAS, so takdelah kitorang heran sangat kalau beg banyak..lepas tu mak aku nak gi solat jap..mak aihh..punya la jauh surau dia..incik hasben aku dah risau dah sebab mak aku belum muncul2 lagi..tak lama pastu baru nampak mak aku sengih2 datang kat kitorang..

Ammaar cukup seronok guna walkalator sepanjang nak gi ke ruang menunggu..gate kitorang hujung sekali..sampai2 je pramugari MAS bagitau flight delay dalam 40 minit..aku ok je..bukan kitorang nak kejar masa pun..

Dan dalam flight MAS tu, stewardess bagi air oren ngan kacang..layan ajelah makan kacang dalam flight yang amik masa 55 minit tu..



Sampai kat airport Sultan Mahmud, adik aku belum habis seminar lagi..so aku terus gi kaunter teksi untuk hantar kami ke Batu Buruk Beach Resort.Tambang teksi takdelah mahal sangat..dalam rm20 je rasanya aku bayar haritu..pakcik teksi tu pun peramah..jumpa pulak abah aku yang memang kaki borak..tak sampai 30 minit dah sampai dah kat resort tu..lepas ambil kunci,dan order tilam extra, kitorang pun masuk bilik..rehat2 sementara tunggu adik aku balik..

Dalam kul 5.30 ptg, adik aku pun sampai..lepak2 jap mandi dan lepas solat Maghrib,adik aku bawa keluar makan..katanya dia makan cfood kat Kuala Ibai..murah giler..tu yang malam ni dia nak ajak gi sana lagi..

Memandangkan adik aku ni buta jalan walaupun dia dah pegi semalamnya, maka terpaksalah guna pakcik WAZE mintak tunjuk jalan..sampai sesat2 ko kitorang cari jalan ke Ikan Bakar Kuala Ibai tu..sampai tah ceruk mane pun tak tau la sebab dah malam..tapi akhirnya kitorang jumpa jugak dengan bantuan Google Maps..hehe..

ok..sambung nanti..








No comments:

Post a Comment