Pages

Saturday, October 20, 2012

Cuti-cuti ke Bukit Tinggi, Bentong, Pahang

 Korang pernah pergi Bukit Tinggi tak? Bukan kat Indon tu tapi kat negara kita aje..kat Bentong, Pahang.. Tempatnya sangat cantik dan sangat sesuai untuk korang2 yang nak pegi honeymoon..Aku suka view dan bangunan2 kat situ..French view gitu..

Aku pergi aritu dengan my whole family..dan 2 orang kawan aku , Nurul dan Ita (officemate) ..aku ajak diorang join sekali sebab aku rasa macam diorang ni takde life langsung..asyik fikir pasal keje aje..kesian sebab diorang tak enjoy hidup macam remaja lain..hehe..so semuanya 4 biji kereta..ramai kan?

Jom lah aku share gambar2 yang kitorang ambil masa kat sana..

Ni masa mula2 sampai..Nurul tengah setting camera..
Ammaar with papa.
jom jalan2..
Kena jalan kaki.dulu2 ada train naik ke atas..
cantik kan view kat belakang tu..
Akhirnya sampai jugak kat atas nih..
Kena panjat tangga lagi..
mom n dad..
Dalam rumah Jepun
Depan Tatami Spa
Ada taman yang cantik dekat sini
Air yang mengalir dekat taman ni sangat menenangkan fikiran.
Pemandangan gunung -ganang dari atas.Ada kabus2 lagi..
Ni tempat nak parking kereta.
Ni lah Colmar Tropicale at Bukit Tinggi,Pahang.
With AIman n my bro
My Family
Berlatar belakang Colmar Tropicale.
Ok..jom kita tengok apa ada kat dalam..

Ada jam..hehe






Dalam ni ada bangunan2 lain..ada hotel..ada restoren western..ada kedai souvenir dan lain2 lah..aku beli t-shirt dan of course fridge magnet Colmar Tropicale ni untuk di letakkan kat fridge aku..
nampak tak ada bangunan2 lain.hehe
Ok..kat luar tadi tu kalau kita turun tangga ke bawah kita akan jumpa tasik yang cantik..ada angsa putih..hitam..itik pun ada..kat sini anak buah aku si Irfan kena patuk dengan angsa hitam kat atas mata dia..haha..menangis kesakitan dia..tu lah..duk dekat2 sangat dnegan angsa tu haa tu lah makan dia...hehe.

Angsa Putih..
Ok lepas tu jom kita gi Animal Park pulak..kat sini ada arnab..kuda..burung merak..dan animal2 lain..Oh ya..nak gi ke sini kitorang naik train dia..alaa..macam kat zoo tu..free aje..kitorang naik train ni sebab malas nak gi ambil kereta kat park tadi..


Nak masuk ke Animal Park
Arnab yang sangat jinak..
Anak2 buah ku yang terpegun tengok kuda.
Dah puas berjalan2 kat Bukit Tinggi, dah tiba masa untuk pulang..Kitorang tunggu kat Animal Park ni sementara driver2 yang lain balik naik train ambil kereta..hehe..

On the way nak balik ke Klang,sempat jugak singgah di Hutan Lipur Lentang tuk mandi-manda..memang dah plan dah nak singgah sini..yang paling seronok anak2 buah aku la..termasuk bapak2nya..aku jugak yang tak mandi-manda sebab masa tu Ammaar selsema..so kena jaga dia tergolek2 atas tikar..masa ni Ammaar 7 bulan..sebab tu dia tergolek2 aje..haha..lama kan baru aku nak story cite nih..hehe

Amboi seronoknya diorang..papa Ammaar pun bukan main lagi..
Ammaar golek2 tak dapat mandi.
Lebih kurang kul 5 petang kitorang pun gerak balik ke Klang..InsyaAllah ada masa boleh gi jalan2 kat Bukit Tinggi lagi..tapi kalau gi lagi nak tido sana semalam..Oklah..tu aja cerita pasal Bukit Tinggi..Jumpa lagi..


4 comments:

  1. Memang seronok..kalau bermalam di sana lagi best..

    ReplyDelete
  2. Huhhh...memang best tempat ni..saya dah 2 kali gi..sejuk betol gamaknyer...macam kat Jerman. Tahniah kerana anda telah berjaya sampai di sini.

    ReplyDelete