Pages

Wednesday, October 17, 2012

Tour to Sarawak -25~27.05.2012 --Part 1

Pada Mei  lepas (2012) aku dan adik-beradik aku pergi bercuti ke Sarawak..Sepatutnya mak dan abah aku pun pergi tapi disebabkan clash dengan jadual cuti2 diorang ke Jakarta-Bandung maka tak dapatlah diorang join kitorang adik beradik ni..dan yang buat aku sedih, incik hasben aku pun tak join sebab waktu ni dia dah nak dekat exam untuk semester 2 Master dia..maka, berdua sajalah aku dan Ammaar naik belon ke Kuching,Sarawak..tiket kami adik beradik semuanya tak sama time pergi ni..nak dapat tiket murah la kan..

Flight aku ke Kuching pukul 7.50 pagi..nasib incik hasben baik hati hantar kami berdua ke airport LCCT..waktu tu Ammaar pulak selsema dan batuk..so sebelum naik flight,aku dah bagi Ammaar ubat dah..naik flight tak sampai 20 minit dah tumbang..haha..setel..kalau tak, langsung tak reti duduk diam..

Kan dah pengsan..
Dalam Flight ke Kuching
Sampai kat Airport Kuching,adik dan abang aku dah tunggu dekat McD ..adik aku flight dari Tawau dan abang aku anak beranak flight awal pagi dari KL..berjaya gak aku travel berdua dengan Ammaar ke Sarawak kan tanpa incik hasben di sisi..punyelah semangat nak melancong kann..hehe..

Sungai Sarawak
Tak lama lepas tu family kakak aku pulak sampai dari KL..wahh..memang meriah la masa tu dengan anak buah aku yang berlari sana-sini tu..tu lom kira anak aku pun join sekaki berlari..Lepas tu akak aku terus contact agen yang akan bawa kitorang jalan2 kat Sarawak ni..nama pakcik tu pakcik Jumat..tapi ok la orangnya..ramah dan mesra..

Van Pakcik Jumat
Dalam van

Anak buah aku

Maka..bermula lah episod cuti2 Malaysia kami ke Sarawak..

Hari pertama , 25.05.2012

Muzium Sarawak

Operation hour Muzium Sarawak
Lepas check in , Pakcik tu bawa kami ke Muzium Sarawak..masa dalam van lagi pak cik tu dah cerita serba sikit pasal muzium ni..yang paling menarik pasal bebola rambut yang diorang jumpa dalam perut buaya..mengikut ceritanya , bebola rambut sebesar bola sepak tu datangnya dari rambut mangsa sang buaya durjana..so,entah berapa banyak mangsa dah yang dia telan sampai boleh jadi bebola tu..bebola tu kalau kita  tengok macam sabut kelapa dah rupenya..dengan kalernya yang warna kuning coklat tu..

Muzium ni ada 2 tingkat..bahagian bawah ada bahagian marin..ada info pasal jenis2 ikan yang terdapat di perairan Sarawak..dan di bahagian lain pula ada set rangka ikan paus..dah macam rangka dinosor jek..hehe



Part yang paling best adalah kat bahagian atas muzium sarawak ni..sebab ada rumah panjang Sarawak..siap ada tengkorak bagai di gantung kat tengah2 rumah tu..

Bergambar depan Muzium Sarawak

Kedai Sarang Burung Sinpiao,Kuching

Lepas penat ronda2 muzium,Pakcik Jumat bawa kitorang ke kedai sarang burung..macam biasa lah ada taklimat pasal sarang burung pastu dia bagi try sup sarang burung..akak aku beli gak suo sarang burung tu..sedap juak terutama sekali yang sejuk punya..anak aku si Ammaar pun duk merengek2 nak minum lagi..tapi mama tak beli..share dengan abang sepupunya aje..hehe..
syarikat yang jual sarang burung
minum sup sarang burung..sedap!!

Selain jual sarang burung,kat sini ada jugak jual serbuk lada hitam..lada putih..gula2 , kopok2 dan jugak souvenir..kat sini murah jugak souvenir dia..so aku beli fridge magnet 4 pcs rm 10..ada jugak 5 pcs rm 10..bergantung pada jenis-jenis nya..yang fridge magnet jenis batu tu murah sikit..

aku beli set lada hitam dan putih

anak buah aku tengah pilih key chain
Keluar aje dari kedai ni hari pun dah petang dan hujan renyai2..so pak Jumat hantar kitorang balik ke hotel untuk mandi solat dan rehat.Untuk dinner kitorang yang akan cari sendiri..Pak Jumat kata hotel yang kitorang duduk tu memang hotel yang strategik sebab betul2 di tengah bandaraya Kuching..so takda masalah kalau nak cari kedai makan...memang dekat aja..jalan kaki pun boleh..

Dinner-- ABC Seafood at Top Spot, Kuching

Lepas mandi solat semua, kitorang decide untuk dinner dekat ABC Seafood..Jalan kaki lenggang kangkung dalam 10 minit je dah sampai.. 


kesian dia..ngantuk sangat..

antara menu2 kami

tinggal kepala saja..


anak buah ku yang dah kekenyangan

Lepas makan balik hotel terus tido..kena tidur awal sebab pagi2 esok nak pergi tengok orang utan dekat Semenggoh..

Hari Kedua , 26.05.2012

Semenggoh Wildlife Centre (Orang Utan Rehabilitation)

Pagi2 lagi kitorang dah siap untuk ke Semenggoh.Anak buah ku Kakak,Aiman,Irfan,Haziq,Lily dan juga Zharfan adalah orang yang paling tak sabar nak tengok Orang Utan..Kalau Ammaar dah besar,dia pun tergolong dalam golongan mereka ber-enam tu..

breakfast dulu kat hotel
denai nak ke tempat Orang Utan..
tu Orang Utan dok bergayut..

Zharfan n Orang Utan
Dah puas tengok Orang Utan kita pergi tengok buaya pulak..

Jong's Crocodile Farm

akak aku beli tiket
with Kakak n Ammaar


telur buaya




Pertunjukan bagi buaya makan
Culture Sarawak Village

Destinasi seterusnya adalah Culture Sarawak Village..nak gi sini kena lalu gunung Santubong..wahh..cantik gunung tu..mengikut Pak Jumat, dulu2 ada kawasan kampung orang Bunian dekat area kaki gunung tu..dulu2 manusia dengan orang Bunian berkawan baik..tapi biasalah manusia..mudah lupa..so lama2 Bunian pun taknak kawan dah dengan manusia then diorang menghilangkan diri...hehe..ok..untuk masuk CUlture Sarawak Village tu tiket masuk sorang dewasa rm 60..tapi disebabkan aku ada student card USM yang takde tarikh tamat belajar so aku dapatlah harga studnet..rm 30..hehe..waktu kitorang sampai sini cuaca tersangatlah panas..berpeluh2 aku dan Ammaar di buatnya..

Dalam Perkampungan Budaya Sarawak ni ada pelbagai rumah mengikut etnik masing2..ada jambatan gantung tapi disebabkan aku bawa Ammaar dengan stroller so tak dapatlah aku nak rasa naik jambatan kecik tu..kawasan ni memang luas..kebetulan pada masa kitorang gi sini diorang ada perayaan..so jumpalah macam2 etnik kat sana..Dan kitorang sempat juga tengok pertunjukan tarian etnik diorang tu..Ammaar sampai tak kelip2 mata tengok diorang menari..



yang ni tarian orang asli dari Banting,Selangor
yeayyy...tepuk tangan...
cakkk!!

Kedai Kek Lapis Dayang Salhah

Balik dari Cultural Sarawak Village,Pak Jumat bawa kitorang pergi beli kek lapis..Oh ya,balik dari Cultural Sarawak Village tu lalu depan MRSM Kuching..dapatlah jugak aku tengok sekolah incik hasben ku dulu..dulu dia sekolah MRSM Kuching dari form 1 sampai form 5..pandai gak dia ek...hehe

Ok berbalik kepada Kedai Kek Lapis Dayang Salhah ni,orang kata kek dia la antara kek lapis yang paling famous..tapi masa kitorang sampai tu mak aihhh...banyak tul umat manusia..terutamanya bebudak sekolah..rombongan kot..so kat sini aku pun shopping kek lapis untuk diri aku dan kawan2 office..korang boleh try dulu kek lapis ni..diorang dah siap otong kecik2 dan masuk dalam bekas..kalau korang rasa sedap,korang bolehla terus beli..


Kat sini pun ada jual Ikan terubuk masin
nampak tak budak2 sekolah je yang ramai..
boleh try dulu sebelum beli
Waterfront Kuching

Dan bagi penutup malam kedua kami di Sarawak, kitorang berjalan2 pula di waterfront..dan naik sampan ke seberang sungai yang ada buaya di malam hari memang amat mengujakan..terima kasih tuk pakcik sampan yang sanggup tunggu kitorang malam tu..tiket naik sampan tu kalau tak silap aku cuma rm 1.50 kot seorang..


dalam sampan
ABC yang tak berapa nak sedap
dekat seberang sungai tu ade food court..so kitorang dinner dekat situ aje..aku order ABC..alamakk..tak sedap pun...


CONTINUE TO PART 2..


No comments:

Post a Comment