Pages

Friday, October 19, 2012

Tour to Sarawak- 25~27.05.2012-Part 2

Hari ke 3 (Ahad) di Kuching,Sarawak.

Pasar Serikin

Pagi2 lagi kitorang dah bersiap untuk ke Pasar Serikin..Pasar ni cuma ada pada hari Ahad saja.Kat sana pukul 10 pagi dah macam tengahari..Panas giler..badan Ammaar pun dah naik ruam dah sebab peluh..Sampai kat Serikin lebih kurang jam 10.00 pagi..Kitorang berpecah untuk cari barang masing2..sebab dalam kul 11.30 dah nak gerak balik ke bandar Kuching sebab tiket flight adik tengahari dalam kul 1 lebih..

1st barang yang aku beli adalah topi Ammaar..tu pun sebab Aiman merengek2 nak topi..maka terpaksalah aku belikan untuk dia dan Ammaar sekali..cantik topi Ammaar tu tapi sayangnya topi tu hilang dalam van..tah macamane tah boleh hilang..mungkin tercicir..

Aku jalan lagi dan jumpa tikar getah yang sesuai untuk Ammaar..Aku dapat beli dengan harga RM16..tu pun dah habis tawar dah..hehe..dan aku beli juga kain batik dan pelikat untuk mak mentua aku dan incik hasben..kain pelikat dia cantik2 dan murah2 lagi..tak de pulak gambar kitorang kat pasar Serikin nih..puas aku godek2 dalam hard disk tapi takde jugak..sorry lah ye sebab  takde pic..

Pasar Satok

Lepas hantar adik aku ke airport,Pak Jumat bawa kitorang beli ikan masin terubuk...wahh..murah2..ade yang 3 ekor rm10..ade yang 2 ekor rm10 dan ada yang seekor rm 10..semuanya bergantung pada saiz..kalau beli 6 percuma 1..
Ikan Terubuk masin di Pasar Satok



Muzium Kuching

Selepas habis memborong ikan masin terubuk tu, destinasi terakhir kami adalah ke Muzium Kuching.Kat sini semuanya tentang kucing..nak bawa kamera boleh tapi kena bayar yer..kat sini sempat jugak aku beli t-shirt gambar Kucing dengan harga rm 25..untuk kenang-kenangan..






Airport Kuching

Lepas ronda2 di Muzium Kuching,Pak Jumat bawa kitorang balik ke hotel..packing barang2 dan bersiap untuk ke Airport..yeah..masa untuk pulang..tapi beforetu Pak Jumat bawa kitorang makan kat satu kedai makan kat andar Kuching..kat sini pisang goreng with cheese dia memang best..perghhh..memang sedap..tapi sorry beb..aku tak ingat apa nama kedainye..

Dah sampai Airport,aku tengok Ammaar ni macam nak selsema balik jek..so aku pun bagi ubat kat dia..haha..gerenti tido dalam flight ni..huh..memang memerlukan semanat yang kental untuk gi travel berdua aje dengan si kecik ni..kalau papanya ada aku takde la susah sangat..terima kasih jugak tuk adik beradik aku yang lain yang banyak tolong aku jaga si kecik Ammaar nih..dan especially tuk anak2 buah aku yang paling suke layan Ammaar..

Masa dekat Airport ni ada satu kejadian berlaku..haha..semuanya gara2 kakak ipar kepada kakak aku yang tertinggal slip imigresen kat dalam beg besar dia..beg besar dia dah masuk dalam kargo lak tu..so terpaksa la  crew2 air asia punggah balik beg2 tu...sebelum tu flight memang dah delay..tapi ditambah lagi dengan kejadian tu,maka bertambah2 la delay nya..slip tu kena bagi balik dekat imigresen before kita tinggalkan Airport..

Dan akhirnya dapat gak kitorang naik flight..delay dekat sejam kot..dalam flight tu Ammaar tido tak sedarkan diri selepas minum ubat selsema..tapi bila sampai kat lcct dia leh muntah pulak..aiyooo...abes baju mama..bila ammaar dah tak sihat makanya dapatlah aku cuti esoknya..hehe..

hasil dari shopping di Kuching,Sarawak..dalam kotak tu ikan masin..kek lapis dalam beg besar tu..
Maka, tamatlah aktiviti cuti2 ku ke Sarawak selama 3 hari 2 malam..Sekian..

No comments:

Post a Comment