Pages

Sunday, December 16, 2012

Bercuti di Sabah -- Part 4

Kg Sampir, Kota Marudu
31.08.2012 (Jumaat) - 01.09.2012 (Sabtu)

Pagi2 lagi aku dan incik hasben gi ambil kereta sewa..kami sewa sebuah viva untuk pulang ke kampung Sampir, Kota Marudu..Insha Allah ada rezeki kami akan beli kereta lain kat Sabah..sebab senang kalau kami balik ada kereta untuk jalan2..takdelah nak susahkan pak mentua untuk hantar kami kalau nak gi mana2..

Alhamdulillah, Ammaar pun dah sihat semula..dan kami memulakan perjalanan ke Kota Marudu dengan Bismillah..


Kami berhenti breakfast di Likas dulu dan terus menuju ke kampung halaman..perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kota Marudu ambil masa paling kurang 2 jam..yang buat kami lambat sampai sebab ada jalan yang sedang di baiki membuatkan kami terpaksa bawa 40km/h..sampai di Kota Marudu dalam jam 12.30 tghari ,mak mentua ku ajak singgah ke pekan Kota marudu untuk membeli bahan2 nak masak untuk lunch dan dinner malam tu.Sementara incik asben gi solat Jumaat , kitorang gi membeli-belah kat satu pasaraya di Kota Marudu..hemm..tak ingat apa nama pasaraya tu..aku just beli biskut untuk Ammaar aje..


Pekan Kota Marudu
Selepas incik asben abes solat , kitorang pun gerak semula menuju ke kampung..Alhamdulillah,selepas 20 minit kitorang pun sampai di umah Amang dan Indi..kami di sambut mesra oleh atuk (kami panggil Amang) , nenek ( Indi) dan makcik serta anak2nya..dan sebenarnya..anjing2 peliharaan atuk dan neneknya juga menyambut kami..tapi cepat2 pak mentua ku halau..hemm..sebenarnya , keluarga belah incik suami ku beragama Kristian..dan ada juga yang masih tiada agama..suamiku seorang muallaf..Alhamdulillah , walaupun suamiku memeluk agama Islam , syukur yang hubungan kekeluargaan kami tetap erat..pasal makan dan kebersihan , mak mentua ku memang jaga..sebab anak perempuannya (adik incik suami ) juga memeluk agama Islam..

Ok, dekat kampung , aku akan masak sendiri untuk aku dan suami ku..oh ya..makcik incik suami yang ada di kampung juga telah memeluk agama Islam..jadi,takdelah aku susah sangat kan..sungguhpun kami berlainan agama tapi kami tetap makan bersama2..

Gelagat anak aku , Ammaar memang mencuit hati Amang dan Indi..kadang2 pakcik dan makcik dia yang mengalah dengan dia..dan suka2 aje si Ammaar redah masuk bilik Indi..haishh...takde sape yang boleh masuk bilik Indi dan Amang tu tapi Ammaar boleh selamber aje..siap ambil jajan dalam bilik tu..

Dekat umah tu , mak mentua aku dah sediakan 1 bilik untuk kami..umah tu baru aje di tambah bilik..jadi, mak mentuaku buatkan 1 bilik untuk aku dan suami..ermm..baik sungguh mak mentuaku..Dan, satu kejadian yang tak di ingini dah berlaku pada malam tu..spek mata ku patah..huwaaaa...AMMAARRRRRRR!!!
semuanya sebab Ammaar..dah aku sorok spek ku bawah kain2..boleh pulak dia jumpa..dan apa lagi..dia kepak kan spek ku macam kepak ayam..huh..aku masa tu dah tertidur dah..aku tersedar sebab aku dengar dia tengah hisap sumthing..oohhh..terkejut aku bila tengok dia tengah syok hisap tangkai tepi spek ku..
hurmm.. di sebabkan incik asben tak berkesempatan nak gi hantar kedai spek mata , dia tukarkan tangkai spek nya dengan aku..arghhh..pening kejap kepalaku dengan si Ammaar ni..

Yang paling best kat kampung ni , belakang umah ni ada sungai..tapi di sebabkan tak hujan , air sungai tu jadi kering..takde rezeki la kami nak berendam dalam sungai tu macam badak berendam..hehe..so , time nak mandi , incik asben la tukang ambil air dan kami akan mandi senang hati..hehe..tapi, satu aje yang aku tak suka..anjing2 tu suka follow kitorang..tapi dah nama anjing peliharaan kan..Ia seolah2 macam jaga kitorang..mencicit2 aku lari kalau anjing tu follow dekat2..hihi..

Kami bermalam untuk 1 malam aje di kampung..sebab lepas ni ada aktiviti lain pulak..hehe..Selepas makan tengahari , kitorang pun gerak balik ke Kota Kinabalu..dan di sebabkan incik asben dah tukarkan tangkai spek kat aku , so , aku la yang kena drive balik..sampai aja kat K.K, aku singgah kedai jap untuk beli Sardin tin..dalam kepala aku menu makan malam masak sardin ajela..pastu telur dadar..cepat dan senang..

Pasar Filipin
02.09.2012 (Ahad)

Pagi2 lagi aku dah bangun sebab nak gi Pasar Filipin..hehe..berjalan saja kan?Dekat Pasar Besar K.K, aku gi cari udang galah tuk my boss , Mr. Chu ,tapi takde pulak..takde rezeki nampaknya..orang kat pasar tu kata, kalau ada pun diorang dah pos ke Semenanjung sebab permintaan sana lagi tinggi..So aku beli udang dan ketam bunga untuk di bawa balik ke esokan harinya..esok flight aku kul 3.00 petang so sempat lagi nak bekukan udang..Oh ya..ketam tu kena rebus dulu..kalau tak, janganlah harap boleh lepas masuk dalam kapal terbang nanti..cukuplah sekali aku dah terkena dulu..sedih sangat sebab dulu tu aku beli sampai 2 kilo..last2 takleh bawa masuk..

Lepas tu , pak mentua ku bawa balik udang dan ketam tu dan aku with incik asben dan Ammaar jalan2 ke Pasar Filipin..kat Pasar Filipin , aku beli gelang mutiara untuk budak2 opis sebagai ole2 dari Sabah..dan untuk si kecil Ammaar, aku beli baju 1 set dengan seluar dengan harga rm15..mahal juga baju2 kat situ..tapi untuk gelang2 mutiara tu , kena pandai tawar la..dapatlah rm10 untuk seutas gelang mutiara..aku beli brooch dan butang baju melayu untuk incik Asben sekali..

Tak lama tu , mak mentua dan adik2 ipar ku datang..diorang pun terpengaruh beli gelang mutiara..hehe..cantik2 gelang kat situ..

Gaya Street , Kota Kinabalu

dah puas kat Pasar Filipin tu, kitorang jalan kaki ke Gaya Street. Tak jauh pun dari Pasar Filipin..hurmm..lebih kurang 10 - 15 minit jalan kaki melalui jejantas..


Kat jejantas ni ada orang meniaga jugak..barang2 yang diorang jual tu kebanyakannya barang2 tradisional diorang..macam baju bajau..aksesori2 baju diorang dan macam2..

Dekat Gaya Street, lagi macam2 orang jual..Gaya Street ni ala2 pasar malam..tapi panjang gile..ada 2 line lagi..dari barang makan, baju ,gelang, souvenir , pokok2 , mainan sampailah ke binatang peliharaan..semua ada kat situ..Aku beli kerongsang 3 set dengan harga rm 11 sekotak.. cantik..kalau kat Kuala Lumpur dah cecah rm40 dah..tapi kena pandai tawar la..baju2 aku tak beli sebab kat sini mahal..aku beli gelang mutiara dan fridge magnet lagi..hehe..

Penat berjalan, kitorang pun balik ke rumah..tapi sebelum tu kitorang singgah kat KFC beli ayam bucket tu..so lunch , kitorang makan ayam goreng KFC dan nasi..hehe..family mentua aku ni jenis simple aje..so aku pun jenis simple, takdelah susah kan..

Tanjung Lipat ,Kota Kinabalu.



Petang tu , Pak mentuaku ajak gi Tanjung Lipat..berkelah katanya..hehe..




Tapi air laut dekat Tanjung Lipat ni agak kotor sikit..berminyak..so nak mandi pun kena fiir 2-3 kali..so Ammaar cuma main kat playground tu aja..

Dinner at Pasar Filipin

Malam pulak , aku ajak family mentuaku makan seafood dekat Pasar Filipin..aku order ikan siakap masak sweet sour, udang goreng butter , sotong goreng tepung , ikan bakar...air kelapa..air buah dan semuanya untuk 7 orang tak sampai pun rm150..Insha Allah, ada rezeki lagi boleh la bawa family mentuaku makan2 lagi..

Airport Kota Kinabalu
03.09.2012

Tiba masanya untuk kami pulang..hurmm..sedih rasanya dan tak puas lagi berjalan sebenarnya..hihi..Insha Allah, kami akan pulang lagi ke sini..mengeratkan lagi hubgan silaturrahim antara 2 agama..Terima kasih mama dan papa sebab sudi ambil cuti untuk kami..syaang mama dan papa..Insha Allah, kita akan jumpa lagi bulan 1 tahun 2013..plan seterusnya adalah Jakarta- Bandung with family mentua..


Alhamdulillah..tamat dah percutianku di Sabah bersama incik Asben dan my prince Ammaar Danish...

No comments:

Post a Comment