Pages

Sunday, April 5, 2009

Bersin..

ni ade info sikit tentang bersin..tau tak kenapa bila kita bersin mata kita akan terpejam?kat sini ade jawapan dia..sila la bace..

Bersin adalah tindakbalas tubuh yang dilakukan oleh membran hidung ketika mendapati adanya bakteria dan kelebihan cairan yang masuk ke dalam hidung, sehingga secara automatiknya tubuh akan menolak bakteria itu. Saraf-saraf yang terdapat di hidung dan mata adalah saling berkaitan, dan semasa kita bersin, maka secara automatiknya mata kita akan terpejam. Hal ini untuk melindungi saluran air mata dan kapilari darah agar tidak tercemar oleh bakteria yang keluar dari membran hidung.


Selepas kita bersin,sewajarnya kita perlulah menyebut 'Alhamdulillah'.Kenapa kena sebut 'Alhamdulillah'?Ok,macam ni..Semasa kita bersin, secara refleksnya otot-otot yang ada di muka kita akan menegang, dan jantung kita akan berhenti berdenyut untuk seketika.Setelah selesai bersin maka jantung akan berdenyut semula.Sebab itu, dalam agama Islam kita disarankan untuk mengucapkan kalimat pujian kepada Tuhan iaitu "Alhamdulillah" yang ertinya "Segala Puji bagi Allah", kerana jantung kita sudah berfungsi semula seperti normal selepas ia rehat kejap disebabkan oleh bersin tu tadi.

Orang yang mendengarnya jawablah macam ni :

Kepada orang lelaki : 'Yarhamkallah'

Kepada orang Perempuan : 'Yarhamkillah'

Kemudian, orang yang bersin jawab semula dengan ucapan : 'Yahdina Wa Yahdi Kumullah'.

2 comments:

  1. ape mksd yarhamkallah?ape mksd yahdi kumullah?

    ReplyDelete
  2. 'yarhamkallah' tu maksudnya 'Allah merahmati kamu'dan di balas kembali dengan menyebut
    'Allah memberi petunjuk kepada kamu, dan dibaikkan keadaan kamu'-'Yahdikumullah wa yuslih balakum'.

    ReplyDelete